Pages

Thursday, December 25, 2008

Ina datang umah...

Salam...


Aku seronok sangat dapat jumpa ina yang dah lama sangat aku tak jumpa... dah 6 tahun lebih aku tak jumpa.. last sekali jumpa masa aku still kejer kat IKIP Kuantan dulu... dia ngan family on the way ke JB.. sempat gak singgah jumpa aku kat umah mama kat Bahau..

Thanks sebab sudi singgah..
Kebetulan sampai umah tengah hari n lauk pauk kenduri Ikin ada.. So, jemput sekali la makan tengah hari.. makan jerla apa yang ada.. mintak maap ler serba kekurangan... aritu breakfast dah masak nasi lemak.. tengah hari plak tak masak sebab bebudak nie memang kalau makan nasi lemak berulang2 sampai petang.. hehehee.. Ina ajak pi Kuantan..

Insyaallah panjang umur n ada rezeki, kalau cuti panjang nanti sampai la aku kat Kuantan tu.. Aku pun memang suka pi Kuantan tu.. Mengenang kembali saat2 dating ngan Mr Hubby dulu.. wakakaka...
Wassalam...

Wednesday, December 24, 2008

Kek hantaran bertunang anak Cikgu Biha, Ikin..

Salam...

Projek ku bermula dah nak dekat tengah hari.. ni la hasilnya yang tak seberapa itu... tangan pun terketar2... wakakaka... satu bijik kek bulat n satu set cupcake 16 biji...





Selamat Bertunang yea Ikin... Moga jodoh kekal berpanjangan sehingga selamat mendirikan rumahtangga n hingga akhir hayat... Ikin nie di makeup oleh ainn.. comel tak? hehehe...


Ni plak almond cheesecake yang dibuat sehari sebelum pi Midvalley... hehehehe.. blehla kalo nak makan sendiri2 jer...


Sekian main masak2 tuk ari nie... Wassalam...

Tuesday, December 23, 2008

Cuti-cuti malaysia at Cititel Midvalley...

Salam...

Disebabkan kemaruk sangat nak shopping pepuas, aku, mama, ainn n eja pi cuti2 malaysia kat Cititel Midvalley... tapi terpaksa ler bawak bebudak dua beradik ni sekali... kami terpaksa pi berempat jer, sebab abah kat perlis skang n dia kate taknak joint.. hehehe.. malas ler tu nak melayan kami shopping2... so sebelum abah balik dari perlis, kami pun turun kl dulu...





Bukan nak shopping aper sangat pun, baju sejuk anak2 jer.. dan comforter set... tapi kalau tetiba jumpa benda2 yg menarik, kalo ada bajet blehla rembat... Puas jugakla berjalan pusing2 midvalley... 1st round, kami semua pi sesama.. 2nd round aku pi ngan eja.. tinggalkan bebudak ngan mama n ainn.. pastu, 3rd round shift mama ngan ainn plak.. pastu keesokan harinya pas check out kami semua round sekali lagi... memang nak tercabut kaki..


Pastu, on the way balik, singgah umah Nojie kat seremban n anta Eja balik kat seremban 2... pas sampai umah, aku dah nak pengsan.. penatzz sangat.. hehehe.. nak on9 ngan Mr Hubby pun dah tak larat.. KIV esok.. Esok plak nak buat kek untuk Cikgu Biha plak..

Sekian..Wassalam...

Thursday, December 18, 2008

Cuppies for staff Microsun...

Salam...

Esok last day Ain punyer praktikal kat Microsun bahau... Dia request cuppies for her friends.. memandangkan irfan pun dah makin sihat (alhamdulillah) , aku pun ada masa tuk wat cuppies nie.. dan yang paling tak sangkanya nyer, adik2ku ainn, aliff n man (kawan si adib) pun sibuk gak nak menconteng2 kat cuppies aku tue.. habis kelam kabut dibuatnya.. diaorang ni kalau bab menyibuk, memang nombor satu.. kebetulan plak aliff baru sampai dari Jitra pagi tadi pas complete dia nyer dip program kat Politeknik Jitra...


At last nie hasilnya... hasil tangan conteng2 aku ngan adik2 ku yang merapu2 itu.. hehehe... cute tak? cam budak2 tadika jer kan.. wakakaka.. and next week ada plak order Kek n Cuppies from Cikgu Biha tuk hantaran pertunangan anaknyer 25 hb nie.. lum ader idea lagi.. Sabtu nak pi Seremban tuk cari alat2 n bahan2 yg tak cukup n sopping2 sket... Wassalam..

Monday, December 15, 2008

Irfan masuk wad...

Salam...

Penat wat kek tak hilang lagi, tetiba irfan pulak kena asthma.. dah ler mr hubby not around.. malam tu tengok still sihat lagi.. cuma batuk sikit2 jer.. tapi ubat dah makan.. tetiba dah nak dekat subuh tu, nampak dah gelisah.. lepas sembahyang subuh terus jer aku gegas ke Kelana Jaya Medical Centre.. sebab tu jer nearest klinik or hospital yang bukak 24 jam.. terpaksa ler pi emergency room subuh2 hari tu...

Lepas checkup, dr cakap keadaan agak serius.. kena admit ward.. adeh, pagi ni plan dah nak balik bahau.. mak pun dah nak balik pahang.. semua plan terpaksa KIV.. nak buat macam mana, dah anak tu tak sihat.. dr cakap kalau nak transfer hospital pun kena pakai ambulans sebab oksigen level dia dah low.. Nak transfer pi mana? aku pun tak tahu.. at last stay jer kat KJMC tu.. at least dekat sket ngan umah mak kalau nak ulang alik..





Alhamdulillah 2nd day, keadaan dia much better.. and 3rd day much2 better.. masuk ward hari khamis (11/12/08) , discharged hari ahad (14/12/08) malam.. Masa 3rd day tu, Wahidah, Zaidi n baby Auni ada datang melawat Irfan kat hospital.. kebetulan Zaidi ada kursus kat KL, so Wahidah pun balik umah ibu dia kat sentul... thanks sebab sudi luangkan masa tuk visit kitaorang walaupun susah gak nak jumpa jalan.. at last ada sorang cina nie yang baik hati tolong bawakkan diaorang ke KJMC...


Alhamdulillah, keadaan makin pulih.. tapi this time, dr bekalkan dengan inhaler n aero chamber.. for treatment n prevention n ubat-ubatan.. thanks for dr syed n friends.. serta nurses n staffs at KJMC yang banyak membantu sepanjang aku kat ward... Aku harap sangat, keadaan camni tak berulang.. ni dah 2nd time dia admitted.. harap lepas ni aku lebih alert dan boleh prevent dari keadaan macam nie berulang.. Wassalam...

Shopping at ICCA PJ...


Salam..

Sempat gak aku curi masa tuk shopping kat ICCA PJ sesampainya kat bumi Malaysia hari tue.. Baru ari ni sempat nak posting gambar... hehehe.. bak kata k Ton, biar menyesal beli dari menyesal tak beli... ni la yg aku shopping... berapa banyak habis? hehehe.. biarlah rahsia...




Selamat tahun baru... 1430 Hijrah n 2009... Azam tahun baru? hehehe.. adalah sikit2.. next time ler citer.. Wassalam...

Wednesday, December 10, 2008

Kelas Lovelianacakes...

Salam... Tarikh 10 Dis 08 di antara hari yang paling seronok buat aku sebab dapat attend kelas deco kat Lovelianacakes.. Kelas ni dibuat di rumah k Ayu di Puchong... Seronok tak terkata sebab first time wat deco cakes nie tapi hasilnya, memang tak dijangka n diduga.. kelas yang diadakan secara one to one nie memang sangat memuaskan hati.. senang nak belajar.. dan belajar sampai dapat... walaupun hasil tangan aku nie takler sekemas mana, tapi practise makes perfect... dah tahu teknik2 yang asas, yang lain boleh explore sendirilahkan.. ikutla kekreativitian memasing...


Actually thanks for mr hubby sebab this is my birthday present for this year... sebab aku beria2 nak attend kelas deco cakes dan dia plak takder idea nak bagi present apa for this year, so dia offer kelas ni as a gift.. of course la aku suka kan.. aku ni takder la plan nak wat business ker apa ker buat masa terdekat nie.. just nak menambahkan ilmu pengetahuan n experience something new... so ni ler hasil2nya... enjoy the pameran key... hehhe.. nak order? tunggu aku balik semula ke tanahair key... wakakaka... Kelas yang aku ambik...fancy cookies, cupcake, photocake ngan 3 tier wedding cake.. my sis azim n k nur from sentul just ambik kelas cupcake n fancy cookies...






Sekianlah pameran tuk hari ini... Salam...

Amalan untuk murahkan rezeki...

Salam..

Senarai amalan ni diambil dari gmail mr hubby yang diforward oleh rakan2nya...

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah - Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar - Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa - Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: "... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah - Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa - Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. " (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah - Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain - Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat - Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak - Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. "

10. Berpagi-pagi - Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim - Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. " (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk - Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah - Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud) - Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha - Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah - Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu - Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa - Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya - Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal - Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: "Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Selamat Beribadah dan Semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah swt.....

Saturday, December 06, 2008

Selamat Aidiladha n Cuti-cuti Malaysia...

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua teman2 n sedara mara... Kami akan pulang ke tanahair ahad nie.. Insyaallah sampai KLIA tengahari isnin tu... Seronok nak balik kg, tapi yg tak seronok sebab kami balik bertiga jer.. Mr hubby tak boleh balik sebab working permit in proses.. tak bleh kuar kuwait.. kalo dah kuar, kang takbleh masuk balik.. Kami balik dalam 2-3 minggu.. So tinggallah Mr hubby sengsorang kt umah...

Seminggu ni dia sibuk sket sebab ada inspection.. so kuranglah sket terasa sunyinyer.. balik pun dh lambat.. pergi kejer kul 6 pg, balik kul 8 mlm... Lagipun dia sibuk gak ngan siri prison break musim2 lepas yang tertinggal... Belum lagi smallville musim lepas2 tu... tu sume gara-gara download kat u torrent... ntah segala macam cerita sume men download jer.. Nak tengok tv kat sini, entah cerita zaman biler.. ketinggalan zaman tul... hehehe...

So, sebelum balik ni aku dah masak siap2 kuah kacang, rendang n mini ketupat...tuk mr hubby... kang aku anak beranak seronok2 raya kat kg.. dia makan nasi bungkus jer... kami raya awal beberapa arilah kat sini sebab ketupat rendang dah siap... hehehe...

Keyla, aku banyak lagi kejer nak setelkan... nak gosok stok baju kejer mr hubby, baju nak pakai sok n kemas2 sket mana yang patut... nanti, dah selamat landing di tanahairku aku tulis lagi... Wassalam...

Friday, December 05, 2008

Donut oh donut...

Petang nan dingin ni, perutku rasa lapar la plak... ntah kenapa aku rasa cam nak makan donut ... dah lama tak makan.. last makan, masa bulan puasa aritu la kot.. disebabkan aku ni tak pernah wat donut sendiri, so kali ni nak cuba... yis segera pun ada kat umah nie... At last, syukur alhamdulillah... menjadi jugaklah donutnya.. gebu2 n tembam.. kalau mama nengok ni, sure dia kata tembam cam tuan dia.. wakaka.. betulla tu.. So, donutku ada 4 versi.. satu yg biasa.. Pastu wat yang letak crunchy peanut butter.. disebabkan aku malas nak mencairkan coklat masakan, aku pakai coklat nutella jer... dan yg last sekali, bentuk love tu ada strawberry filling... actually bukan pakai filling pun.. aku pakai jem n masukkan dalam piping beg jer... hehehe... so inilah hasilnya...







Resepi dia aku ambik skyblue nyer.. kat MR.. Ni resipinya...

Donut...

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
Tq ye sky, 4 resipi nie...Sekian pameran untuk ari ini...Terima kasih..Salam...

Malas nak masak...

Apabila penyakit M for malas melanda.. memang malas nak main masak2 nie.. tapi perut anak2 ku perlu gak aku isi dan perutku jugak akan tumpang sekaki... hehehe.. So, nie ajelah menu tuk tengahari nie... Nasi goreng tumis.. Anak2 makan ngan telur, aku makan dengan sambal tumis balance semalam.. nampak sangat kemalasannya kan.. Mr hubby memang tak lunch kat umah.. tempat kejer dia jauh.. Rasa dia ala2 nasi ayam gitu.. tapi versi goreng.. tulah kejer aku, main reka2, campak2 n belasah jerla.. Siapa yg M macam aku, boleh cuba... tapi kalo tak M pun, kalau nak kelainan sket pada nasi goreng u all, bolehla try...


Nasi Goreng Tumis...

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 2-3 sudu marjerin/ butter
  • 1/2 labu bawang besar- dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 1/2 inci halia- dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 2 ulas bunga lawang
  • 1 kiub pati ayam
  • *sedikit lada sulah- jika suka *garam secukup rasa -jika perlu, sebab kiub pati ayam dah masin

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan cairkan marjerin/butter.. Tumis kayu manis dan bunga lawang...
  2. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau dan kekuningan..
  3. Masukkan nasi dan gaul rata.. Kemudian, masukkan kiub pati ayam yang dihancurkan.. gaul rata..
  4. Masukkan lada sulah dan garam.. Gaul rata dan tutup api apabila nasi nampak berkilat dan terbit minyak..
Sekian, wassalam...

Thursday, December 04, 2008

Cepat sungguh masa berlalu...

Salam...

Sungguh cepat masa berlalu... tak sangka, dah lebih sepuluh tahun aku meninggalkan zaman persekolahan.. yg lebih tepatnya dah 12 tahun.. dan selama itu jugaklah boleh dikatakan banyak kawan2 lama yang dah terlost contact.. Maklumlah zaman dulu bukan ade email, sms, facebook, friendster dan seangkatan dengannya nie.. Nak ada talian telefon kat rumah pun susah.. Nak main tulis2 surat ni, malaslah pulak.. Maka terpisahla aku ngan kengkawan lama yg entah dah kat mana.. tapi seiring kemajuan zaman it yg serba canggih ni, tak sangka boleh jumpa balik kawan lama yg dah berbelas2 tahun berpisah..

Zaman sekolah rendah, sek men rendah, sek men n zaman kat U dulu.. Bila dapat contact balik member2 lama, mulalah kenangan lama terimbau.. wakaka.. macam2 peristiwa n kenangan.. paling banyak n seronok sekali time form 4 n form 5.. Waktu tu aku sekolah kat ipoh.. Adeh, memacam citer.. bile terkenangkan boleh sengih sengsorang dibuatnya...

Kengkawan zaman men rendah yg aku still contact sekali sekala Noor, Atin, Faizul a.k.a machang, Jai, Azuan n Cumie... Tapi dari Machang dapat jugakla dengar2 berita tempias dari classmate lama aku Zulkainain, Taib n Sofia.. Dari cumie, dapat gak dengar2 tempias citer2 kawan2 kelas lain.. Actually cumie ni classmate aku dari darjah 1.. tapi masuk darjah 6 n sek men, kami kelas lain.. yang baru aku jumpa kat facebook, Bad n Jeff yg juga classmate aku.. erm byk gak story mory pas berpisah lama nie..

Lepas PMR, aku, Azuan, Taib n Jai pindah sek kat ipoh.. Machang pi sek sains, Noor, Cumie n Jeff ke MRSM.. Yang tinggal kat sek lama atin n friends.. tapi pas PMR dah rombak2 kelas sebab ikut aliran sains, sastera n sebagainya... Tapi, aku, azuan, taib n jai meneruskan langkah ke ipoh.. hehehe.. alam yg paling bestla aku rasa.. jiwa muda.. perangai muda.. wehh, nakal sungguh.. masa form 4 kami segan2 lagi sebab senior ni sibuk jer jaga tepi kain org.. dah naik form 5, kamilah raja.. hahaha.. dan kat sini jugakla selain budak ber3 tu, aku kenal ngan classmate aku yg memang best n rock oo... Kelas kami ni 7 org jer pompuan.. yg lagi 34 owg tu lelaki.. selalu la gak kena buli ngan depa.. tapi lelama kami pun pandai gak buli depa nie... Member2 baik aku kat ipoh, surelah classmate aku n dorm mate aku.. tapi ada gak ngan junior2 yg aku rasa rasi... Dorm mate yg aku still contact, shuhaiza.. tapi yg jumpa balik kt fster, Zana, Aya, Isma, Nik, Yatt (junior) , Tut (junior)... shada yg jugak junior sama course dulu pun jumpa k fster n fbook..

Classmate perempuan aku, Nita, Atie, Ana, Gee, Ijat, Fairoz.. Kami memang la rapat sebab 7 ketul ni jer pompuan.. kena bersatu.. wakaka.. tapi yg paling sama senget ngan kepala otak aku nie, Sham, Ajis, PG, Jo, Azhar, Azan, Yazel n Bajet.. Tak lupa juga Ikhwan yg selalu bagi aku tiru homework LK n Azman... Ketua kelas aku, Azan.. Azhar plak penolong dia.. kiranya sume ni kroni aku ngan nita, my very2 best fren.. yg paling best sekali, Jodoh Nita n Sham memang panjang... diaorg skang dah ada sorang anak.. Hangpa hilang pi mana? kalo yer pun nak pi dok bangkok, sblum pi tu bagila no kontek ke.. tup2 ilang.. no tipon pun dah takbleh pakai.. Cari kt facebook n fster takder pun.. tak IT betul la korang nie... class mate aku lenlain.. dua org syed.. syed asraf n syed nasrul, adnan, reza dll...

Nak cite zaman kenakalan aku ngan kroni, memang tak habis 10 hari 10 malam.. lain kali aku cerita key.. Terima kasih jugak kat abg sam sebab dialah geng2 kat KAB UKM dapat kontek balik.. kalo tak, aku tak jumpa k dahliah, abg usop, k nazha, abg tokki n lenlain tu.. tu sume geng sama2 berkompang dulu .. kecuali abg usop.. dia exco yg femes kat kamsis dulu.. hehehe... Rindu plak rasanya nak ketuk kompang.. ooo lupa lak junior aku Fazlie yg juga bekas YDP kamsis tu dulu.. ngan budak ni, main sms jer...

Yg baru ku jumpa kt fster memang la ramai.. nak senaraikan memangla panjang.. Kalo ada nama yg tertinggal tu mahap la.. bukannya lupa.. tapi byk sangat.. nanti aku top up key... Pen off dulu, nak dinner.. perutku dah berdangdut inul gerudi.. Papai.. Salam...

Wednesday, December 03, 2008

Irdina's end of term party...

Minggu ni minggu last for this term tuk sekolah kakak.. pastu cuti sebulan.. nanti 4hb Jan baru start balik sekolah.. Rabu bersamaan 2hb Dis ada party yg akan diadakan di sekolah.. So pihak sekolah mintak contribute crisp untuk anggaran 5 org kanak2.. Last week aku try wat kerepek carrot, ingatkan nak suruh Dina bawak kerepek tu la pi sekolah.. Sedap n berkhasiat.. Tapi malangnya, masa pas masak jer rangup krup krap2.. pastu petang dah lemau.. salah aku yg masak ke, sebab cuaca skang kat sini tgh winter.. taktaula.. mana nak jadi crisp nyer..



penin punyer penin last2 pi supermarket masa beli brg dapur, beli jer pek party mix... kompom tak lemau..

Memang ingat minggu last nak buatkan cupcake tuk classmate Irdina, tetiba ada plak party.. Alang2, aku buat la cupcake tuk menyeronokkan lagi suasana.. itupun kalau depa seronok la ngan cupcake bodoh2 aku nie.. hehehe.. nak wat buttercream, bahan takder.. so, pakai whipped cream jer.. tapi lembik sket la.. jadila.. asal ader kaler2 bagi bebudak tu seronot.. So nie lah hasilnya.. cupcake ceklat yg tak seberapa.. ade 3 version.. first, saje try krim tu.. 2nd, wat jamu ita masa dtg pinjam majalah ptg semalam.. yang 3rd tuk bawak pi sekolah... kelakar kan.. tapi entah kenapa ler aku betul2 minat ngan seni cupcake nie.. ada rezeki, balik msia nak belajar proper sket..



Sampai sini dulu.. Salam....