Pages

Sunday, August 09, 2009

Alhamdulillah, Terima Kasih n Makan2 terakru...

Salam...
Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Ilahi, Ainn kini dah keluar hospital... Terima kasih tak terhingga buat semua teman2 n saudara mara yang sudi mendoakan kesihatannya... dia diagnost menghidap ITP (Idiopathic Thrombocytopenic Purpura) ... yang mana, berlakunya pemusnahan sel darah merah oleh antibodi badannya sendiri... punca penyakit ini memang tidak diketahui seiring dengan namanya Idiopathic ( tidak diketahui puncanya) ... tapi penyakit ni bukan penyakit keturunan ... selepas diberi rawatan steroid, platlet darahnya sudahpun bertambah... syukur alhamdulillah... baru petang tadi dia dibenarkan pulang... dibekalkan dengan ubat2an dan perlu follow up lagi selepas ini... semoga dia akan terus sihat selepas ini... Amin...

Ni masak2 terakru beberapa hari nie... malas plak nak masuk entry satu persatu... yang mana sempat jerla yer...
Mee Bandung...
Breakfast ...
Ni plak wat kudap2 budak2 nie... Popcorn... resipi from Aludra MyR... senang bangat... pasni, takyah tunggu pergi wayang tuk makan popcorn... ekekek...


Aneka PopCorn Home Made...
Bahan-bahan ( Ikut suka ) ...
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya(jagung popcorn tauu)
  • garam secukup rasa
Tambah Karamel [Optional] ...
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
Tambah Coklat [Optional] ...
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara ...

  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam
  5. Untuk Karamel [Optional]
  6. Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
  7. Untuk Coklat [Optional]
  8. Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.
Yang aku buat ni, just pop corn Karamel... nanti aku masuk entry lain plak... sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment