Pages

Friday, September 11, 2009

.: Salam Aidilfitri n Maaf Zahir dan Batin :.

Salam...
Ni, nampaknya maybe ni antara entry2 yang terakhir kot sebelum Syawal... byk urusan umah tangga yang nak dibereskan... so, dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut Aidlifitri kepada semua teman2 n sanak saudara tak kira di mana anda berada... mahu di bumi Malaysia terchenta atau di seluruh pelusuk dunia... kepada yang sudi, silalah amik kad kat bawah ni yer... bawak balik umah masing2... :)


... Indahnya bunga mekar di taman...
...Bunga dipetik kemas di tangan...
...Aildiladha diraikan tanda pengorbanan...
...Aidilfitri disambut penuh kemaafan...

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN~

~ From Kuwait With Love ~
Izham, Ayu @ Aymy , Irdina n Irfan

Mohon dan ampun aku pinta andai ada terkasar bahasa... andai ada tercalar rasa... andai ada hati yang terluka dek kerana coretan n kata2 aku kat dalam blog merapu ini... aku mohon ampun dari hujung rambut dan hujung kaki... maaf zahir dan batin...

Ni pes time kami sekeluarga beraya di perantauan... tahun lepas ingat kena beraya kat sini jugak, tapi alhamdulillah dapat tiket last menet n boleh balik... thn ni, mmg takder perancangan nak balik pon... beraya di sini ajerla kot... kepada kawan2 yg sama2 akan beraya diperantaun, jgn sedey2 yea... :)

Kepada semua, berhati2 di jalan raya masa nak pulang ke kampung halaman untuk bertemu insan tersayang... semoga semua selamat sampai ke destinasi untuk bersama keluarga tercinta... yang mana tak dapat pulang ke kg halaman bertemu keluarga kerana apapun urusan, bersabarlah yea :)

Insyaallah selepas masuk entry majlis iftar malam nanti n kutip kad raya dr umah kawan2, aku akan berehat buat seketika... aku akan kembali bersiaran selepas Aidilfitri nanti... sekian, wassalam...

3 comments:

  1. Selamat menyambut hari raya 'idul fitri maaf bati zalir

    ReplyDelete
  2. selamat hai raya maaf zair batin dari cm sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Aymy.. time kasih for kad raya ek.. kite amek nie :)

    ReplyDelete