Pages

Wednesday, September 15, 2010

Salam Syawal & Aidilfitri...



Salam...
Salam Syawal & salam lebaran... sempena bulan mulia ini, kususun sepuluh jari... memohon ampun dan maaf atas salah dan silap... dah jarang update blog, nak karang ayat pun daku semacam dah lupa... :)

Let start dengan kisah puasa anak2... Syukur ke hadrat Ilahi, kedua2 kanak2 riang tu dapat berpuasa penuh sebulan Ramadhan... Irdina @ 7 ys n Irfan @ 5 ys... actually, this year dah 2nd year diaorang berpuasa... tapi tahun lepas tak dapat penuh sebab sessi persekolahan 2009/2010 start pertengahan Ramadhan... budak2 kat sini, bukannya puasa pun... kesian pulak dekat diaorang bila kawan2 yang lain bawak bekal segala n duduk2 makan time rehat... karang melangut pulak anak2 tu... so, bila start sekolah diaorang tak puasa... bawak bekal macam biasa... tapi weekend, diaorang akan puasa macam biasa... lagipun, last year masing2 baru 6 & 4 tahun... so, praktis pelan2 ok la kan... but still, Irdina dapat puasa 19 hari n Irfan 16 hari tahun lepas...

Tahun ni, bernasib baik sebab sessi persekolahan 2010/2011 bermula selepas raya... Alhamdulillah, mereka berdua dapat berpuasa penuh... 1st day & 2nd day, Irfan ada jugak sekejap2 tanya waktu berbuka... mujurlah abahnya balik seawal 2 ptg sepanjang Ramadhan... bolehlah jugak melayan kerenah anak2 untuk elakkan diaorang terasa bosan... takder istilah puasa separuh hari buat diaorang nie... sebab memang tak ajar dari mula... kalau diaorang mengeluh letih lekas2 distract dengan aktiviti lain... kalau tak pun, suruh mereka tidur sahaja... tak pernah let them know kalau dah tak larat, boleh puasa half day macam zaman daku kecik2 dulu... :) Alhamdulillah, dapat jugak bertahan hingga ke akhir...

Ni lah muka last day bangun sahur...



Persediaan raya tahun ini serba sederhana... ada pronya beraya diperantauan nie... walaupun, sedih juga di hati mengenangkan keluarga dan sahabat handai di tanahair, namun yang baiknya di sini, segalanya sederhana... kalau di tanahair, ada yang berlumba2 inginkan serba baru... pakaian, kasut, tas tangan, barang kemas, alat solek, perabut & hiasan rumah, cat rumah dan sebagainya... sehinggakan kereta juga tukar baru semasa menjelang Aidilfitri... :) di sini, segalanya sederhana... mana yang ada, pakai sahaja... cuma tahun ini tak dapatlah berbaju bertema melayu kerana baju kurung ummi mereka ni dah tak selesa dipakai ... jadinya, inginkan sedondon semuanya terpaksa pakai baju versi padang fasir... ehehehe...

Untuk baju raya kanak2 versi biasa aka baju jalan2, kami di sini bernasib baik... sebabnya sales tak putus2 sepanjang tahun... redanya cuma seketika, sebulan dua sales akan bermula lagi... sales di sini bukan seperti di Malaysia, yang kadangkala helah semata... harga dinaikkan seolah2 sales bukan main hebatnya... sales di sini agak telus... pakaian berjenama, boleh diperolehi dengan harga yang sangat berpatutan... yang sesetengah jenama ini, takkan dapat sales/harga sebegitu rupa di Malaysia... Jadinya, setiap kali sales kami akan beli sehelai dua... jadinya, menjelang Aidilfitri adalah juga sedikit yang masih belum dipakai... makanya jadilah baju baru buat kanak2 tu... baju ummi & abahnya, pakai aja mana yg ada... :) Bezanya di sini, sales tak banyak di bulan Ramadhan... jadinya, kalau sales menjelang Ramadhan, baiklah beli sedikit keperluan... jgn ditunggu sales sepanjang Ramadhan, takut hampa jika tiada...

Kuih muih raya juga sederhana tahun ini... tak ghairah buat seperti tahun lepas... sebabnya, pengajaran dari tahun lepas, umminya yang terpaksa makan sorang2 sampaikan menjelang Aidiladha masih ada kuih yang berbaki... jadinya, tahun ini buat 6 jenis sahaja dan juga dengan kuantiti yang sedikit... Di pagi raya, kami beraya di embassy... tanyakan pada cik suami, nak masak beria ke? katanya tak perlulah... cuma sedikit nasi impit, kuah kacang dan rendang daging... keesokan harinya pula, kami adakan makan2 sesama sendiri di rumah Zura dan Madi... Zura yang baik hati, menawarkan diri untuk jadi tuan rumah... so, kami pun pakat2 bawak makanan serba sedikit untuk jamu kawan2 dan tetamu yang datang... bukan buat open house beria pun, saja makan2 sesama kami untuk hilangkan rindu suasana raya... citer makan2 tu, daku sambung nanti yer...

So, ini ajalah kuih raya yang dibuat tahun ni...




Malam raya tu, tiba2 teringat nak buat kek untuk dibawa ke embassy... takder plan pun asalnya... tapi disebabkan sesi mengemas dan memasak habis agak awal, masih ada masa beberapa jam menjelang subuh, makanya buat jugaklah kek coklat moist simple ni untuk di bawa... malam raya, biasanya daku memang tak akan tidur... entah apa yg disibukkan pun tak tahulah... kadang2 bukan sibuk apa, takut terlewat jaga dari tidur dan kelam kabut esoknya... baiklah bersengkang mata tak payah tidur... lepas balik dari embassy dan solat Zuhur, sambunglah tidur... :)



Acara pagi raya... selepas mandi, sarapan & siap2 pakai baju, kami pun skype dengan keluarga di tanahair... lepas skype, barulah siap2 tuk bergambar sekeluarga... solat sunat Aidilfitri kat sini, bukan macam di Msia... lewat sket mulanya... kat sini, selepas solat subuh, terus akan sambung dengan solat sunat Aidilfitri... so, jemaah tak payah balik ke rumah dan datang semula ke masjid... jadinya, seawal 6.00 pagi semuanya telah selesai... kemudian, sambung pula acara pagi raya di embassy... bermula 9.30 pagi... sekitar 11.00 pagi, kami dah pun bergegas pulang kerana nak kejarkan masa untuk En. suami menunaikan Solat Jumaat...

Dalam banyak2 wajah yg dirindui, inilah yg paling2 dirindui... My mama & Abah... Tema Hitam mereka tahun ini... :)


So, nilah beberapa keping gambar di 1 Syawal yang sempat diambil...

Sebelum ke embassy...


Di embassy...

Solat Sunat Aidilfitri di embassy...


Jamuan raya...


Teman makan semeja... Zura & Madi yang juga tuan rumah makan2 kami keesokan harinya...


3rd Syawal... baju raya, Khalassssss ( habis) .... ehehee... time to jalan2 pas puas makan2...


Sampai sini sahaja conteng2 daku kali ini... lain kali, daku cerita pula kisah berhari raya bersama teman2 yang tak balik raya di sini... kanak2 juga dah kembali ke sekolah... maka, umminya juga akan kembali sibuk seperti biasa... tiada lagi sambung tidur selepas subuh... ehehe... kalau nak sambung, kena sambung selepas hantar kanak2 naik bas ke sekolah... :) Jumpa lagi... Wassalam...

2 comments:

  1. Muda lagi eh ayah ngn mak ayu... awet muda neh hehhe... Alah tuan rumah takde baik hati mana pun.. Tak sampai hati nk biar mak buyung kerja keras.. Ngan nk bawak perut lg.. Kite ni takpe, kendong lemak jek heheh

    ReplyDelete
  2. Muda tak mudalah Zura... sebab ayu anak sulung kot... tapi abah still belum pencen lagi la...
    ahaha... awak kendong lemak tang mananya? selim melim mcm model... :)

    ReplyDelete