Pages

Sunday, October 24, 2010

Berjenama atau tidak? : Sekadar pandangan...

Salam...

(Sebelum memulakan celoteh, nak beritahu... gambar dalam entry ini hanyalah hiasan semata2... tiada kaitan dengan tajuk... :) )

Salam sejahtera... tatkala dua kanak2 ni sedang lena diulit mimpi dek kerana baru lepas mandi, sarapan & makan ubat segala, gara2 demam, batuk & selsema daku amik kesempatan untuk conteng2 sikit buat renungan bersama... mungkin ada yang setuju dengan pendapat daku... dan pasti ribuan manusia juga yang langsung tak setuju dengan apa yang akan daku luahkan... terpulanglah... ini sekadar pandangan... tepuk dada, tanya selera... Entah kenapa tiba2 sambil melayan facebook itu, tiba2 rasa sesak pula bila melihat banyak sangat tag produk2 pakaian bayi & kanak2 berjenama... kadang2 daku2 buka n jenguk2 jugak... tapi entahlah, walaupun kadang2 tak dapat dinafikan, jenama2 yang dijual kemain lagi gahnya... Dengan harganya yang begitu murah, pastinya kadang2 kita teruja juga hendak membeli untuk anak2 kita...


Daku sangat suka dengan jenama minyak Telon ini... Irdina & Irfan, dua2 pakai minyak Telon ini semasa bayi...


Harga sehelai pakaian original memakan harga ratusan ringgit malah ada yang hampir mencecah ribuan ringgit ... pastilah tidak masuk akal jika pakaian sebegini dijual dengan harga yang hanya sekitar 10% dari harga asalnya bukan... Jauh di sudut hati daku kadang2 tertanya2... kenapa mereka2 ini berlumba2 untuk membeli pakaian berjenama ini sedangkan kita tahu, pakaian2 ini pastilah yang tiruan... Jika hendak dikata, corak2 dan design pakaian2 ini sangat cantik dan menawan, kadangkala tidak juga... banyak lagi jenama sederhana yang cantik, original dan lebih berkualiti yang ada dipasaran... Malukah mereka memakai jenama yg sederhana, ikut-ikutan kah, berlumba-lumba kah ? Entahlah...

Mungkin ada yang akan kata, daku sombong atau apa kerana tidak mahu membeli jenama tiruan... daku bukan sombong, tetapi daku simple sahaja... jika kamu mampu membeli pakaian yang gah berjenama ini, silakan dan teruskan... tapi jangan sampai papa tapi bergaya... jika kamu golongan sederhana, mengapa kamu tidak bersederhana sahaja? mengapa perlu berlumba-lumba dan bermegah2 dan seolah2 menjadi hamba jenama? banyak lagi jenama sederhana yang boleh memenuhi keperluan estetik kamu... berkualiti, tahan lama dan cantik juga... Lebih baiklah daku ke jualan2 murah dan membeli pakaian yang jenamanya mengikut kemampuan... seperti jualan murah di SOGO, Jusco dan sebagainya... pakaian berjenama sederhana seperti Poney, Baby Kiko, Miki, Disney, Anakku dan sebagainya boleh didapati dengan harga yang sangat memuaskan hati dan menawannya design dan coraknya juga tidak kalah dengan jenama2 tiruan ini... sebab daku tahu, sampai bila pun daku tak termampu nak belikan anak2 pakaian jenama Polo Ralph Lauren, CK atau Burberry... So, buat apa sibuk2 belikan yang tiruan? dalam erti kata lain, itu bukan taraf kemampuan daku... ehehee...



1/3 daripada longgokan barangan bayi... dah takder tempat nak letak dlm rumah yang sekangkang kera ini...


Daku? seperti yang daku katakan... sangat simple... daku membeli sesuatu keperluan yang berjenama kerana daku sangat selesa dengan jenama itu, suka dengan design dan kualitinya dan pastilah kita akan membeli jika ada budget dan merasakan harganya berbaloi... tak kiralah barangan apa... daku sanggup tunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan sebuah beg tangan yang diidamkan... daku juga tak kisah menabung berdikit2 demi membeli apa sahaja barangan yang diangankan... ada yang dibeli sendiri dan ada juga yang dihadiahkan En. Suami... yang dihadiahkan En. Suami pun, bukan hari ni sebut, esok boleh dapat... setelah berbulan2, mungkin juga bertahun menganyam angan2.. jika ada hari-hari istimewa mungkin dapat hadiah yang diidamkan jika cukup budget... jika tidak, perlu sabar sedikit lagi... sebab ada manusia yang jenis tidak sabar... kalau hendak sesuatu barangan, nak waktu itu juga... tak mahu tunggu dan sabar langsung... terus gores kad plastik dan menimbunkan hutang yang dah kian bertimbun... sehinggakan sampai satu ketika sudah tidak mampu menjelaskan hutang2 berkenaan dan merasa bosan melangsaikan hutang yang tidak2 surut... mengapa perlu sampai begitu?

Daku tak nafikan sebagai manusia biasa, daku juga kadangkala terpanggil dan bernafsu untuk memenuhi keperluan estetik yang berada di tangga terbawah sekali dalam teori Maslow... tapi tidak semua barangan kami sekeluarga berjenama... daku tak kekok membeli pakaian anak2 di jualan2 murah di Sogo, pakaian2 longgok di Jusco, jenama2 biasa di Billion, Giant, Carrefour dan sebagainya... cuma kita kena pandai membuat pilihan... kadangkala pakaian jenama biasa di supermarket biasa inipun, harganya agak mahal dan kualitinya tidak berbaloi... contohnya, sepasang baju basahan pakaian harian jika di pasar malam yg materialnya tidak telap peluh berharga RM15... tapi dengan design dan kualiti yang lebih baik boleh didapati di Anakku atau Disney dengan harga RM16.90... mengapa tidak membayar sedikit lebih bukan? pasti akan lebih berbaloi wang yang dilaburkan...


Pakaian yang masih belum dibasuh... baru diletakkan setempat...


Begitu juga dengan kasut, beg tangan, jam, sunglass dan sebagainya... daripada memakai barangan jenama tiruan yang harga asalnya mencecah ribuan ringgit, daku lebih senang dan selesa memakai jenama sederhana mengikut kemampuan... daku bukan sombong cuma merasakan mengapa perlu menggalas beg tiruan gred AA atau AAA yang harga asalnya beribu ringgit? untuk berlumba2 atau tayangan kepada siapakah? nak kata design dan coraknya sangat cantik, benarkah? bukankah banyak lagi jenama sedang2 aja yang lebih berbaloi dibeli jika dibanding dengan harga, kualiti dan designnya...

Pergi sahaja ke Jusco, Metrojaya, atau Sogo semasa jualan murah... Nahhh, bermacam2 jenama sederhana yang cantik dan berbaloi boleh didapati... daku sendiri tidak kekok pun memakai jenama Viss, Vincci, Carlo Rino, Elle, Renoma, Sembonia, Bonia, Guess dan sebagainya... semuanya boleh didapati dengan harga yang berperingkat2... pilih sahaja yang berkenan... tak perlulah membeli jenama Coach, LV, Gucci, Prada, Chanel, CK, DKNY atau Dior jika ianya hanyalah tiruan semata2 dan ingin bermegah2 dengan jenamanya... walhal kadangkala designnya pun tak cantik mana... Sekali pandang dari hujung rambut ke hujung kaki, orang sekeliling pun dah tahu original atau tiruan... dari ingin berlagak sombong dan bermegah2 dengan jenama mahal, terus dipandang mual oleh orang sekeling... perlukah sampai begitu?


Pelbagai saiz (bukan newborn) pakaian bayi yg dibeli semasa jualan murah ... paper bag ajer jenama GAP bukan sume dalam tu baju cap GAP ... makcik tak mampu okey... dibeli secara sedikit demi sedikit setiap kali sales...


Begitu juga dengan pakaian diri sendiri... daku biasanya membeli di kedai2 biasa sahaja... bazar2, pasar malam, Giant, booth2 kecil di dalam Mall, Semua House di jalan TAR juga di padang besar... tiada masalah langsung, asalkan nampak cantik dan selesa dipakai...

Cuma kami yang berada di sini agak bernasib baik... jenama pertengahan di sini tak putus2 ada sales... silih berganti... bagi penggemar beg tangan, pakaian dan kasut jenama yang agak jarang sales di Malaysia, sales di sini mengikut pertukaran musim seperti ZARA, Promod, Doherty Perkins, Nine West, Aldo, Mark & Spencer. dll.. pakaian kanak2 seperti Next, ZARA kids, Pumpkin Patch, Okaidi Obaibi, Mothercare, Gap, Guess dan sebagainya... tapi tidaklah kami asyik membeli belah di kedai2 berkenaan... mengikut keperluan juga... kalau keperluan biasa2 sahaja, kami pasti nantikan sales di Centrepoint yang ala2 Jusco itu... juga banyak pilihan dan sederhana... kedai2 ala2 baazar di sini pun daku terjah... tak ada masalah... tapi macam yang dikatakan, perlu bijak memilih dan membuat pilihan... tak perlu berlumba2 dengan sesiapa, mengikut keperluan dan kemampuan...

Kesimpulannya, kita membeli jenama sedemikian kerana menghargai dan meminati jenamanya dan suka akan designnya... bukan untuk berlumba2 atau dibandingkan dengan sesiapa... dan yang pasti mengikut ukuran di baju sendiri... tak perlu segan dan malu memakai jenama biasa atau sederhana... daripada sibuk berlumba2 membeli pakaian jenama tiruan agar dipandang tinggi dan dipuji2 oleh orang sekeliling... untuk apakah? walhal, sekilas pandang orang pun dah tahu kemampuan kita... bukankah lebih baik kita bersederhana... tapi, seperti yang dikatakan... mungkin ada yg setuju dengan catatan ini, dan mungkin juga ribuan yang membangkang... daku memang simple aja... tepuk dada tanyalah selera... Sekian wassalam...

P/s: Tak tahan woo kalau dgn manusia yang spesis, kalau kau ada aku pon nak ada... pantang nampak atau tahu... kau punya cantik aku nak lagi cantik... lagi tak tahan kalau dengan manusia mulut longkang... dia yg suka tiru orang, dia pulak kata orang yg suka tiru dia... sah2lah org tu awal2 lagi dah jadi trendsetter... tak segan ke acik Senah oiiii ? ehehee...

7 comments:

  1. Salam, saya setuju sangat dengan pendapat anda..!

    ReplyDelete
  2. panjangnyeeeeee pendapat! hehehe... aku setuju! aku ni, kalau aku tengok baju tu cantik n murah, walopun kat mydin , aku belasah jer... hahaha.....

    ReplyDelete
  3. Cumie: ahaha... sajer luahkan rase... aku ni, kalo yg murah aku suke aku beli jer... yg mahal aku suke, ada bajet aku belilah... tapi aku paling tidak sukeee bila mereka yg biar pape ase bergaya n jugak tidak suke mereka yg beli tiruan ajer, tapi berlagak, pura2 n sombong macam pakai yg ori punye... org yg pakai ori pun tak sombong macam tue... ~wink wink~

    ReplyDelete
  4. utk pengetahuan ko:

    handbag aku yg paling mahal : rm269
    purse yg paling mahal : rm200
    blouse/t-shirt paling mahal : rm 79.90
    seluar paling mahal : rm 49.90 kut ( lama giler tak beli seluar mahal, sbb takde saiz... )
    sandal/kasut paling mahal : rm158

    uwa... aku betul ke doktor ni? hahahaha.....

    ReplyDelete
  5. Salam dan selamat pagi.

    Saya juga bersetuju dengan pandangan Puan mengenai hal ini.Jenama yang popular ataupun tidak, semuanya bergantung kepada minat, keperluan dan kemampuan.Jika ada kemampuan belilah produk jenama yang popular dan mahal dan begitu juga sebaliknya.

    Yang penting kita selesa dan berpuas hati akan kualiti produknya.Comfortable dan mengikut keperluan dan kemampuan kita sebagai pembeli/pengguna.

    ReplyDelete
  6. ko ingat kat jusco tu semua ori ke? aku pernah beli kasut kerja croc jusco bukit tinggi.. ku sangka ori.. bila pakai dah kantoi barang tiruan... so hati2.. berani juga jusco jual barang tiruan..

    ReplyDelete