Pages

Tuesday, March 22, 2011

Princess & Aladdin @ ESF Character Day...

Salam...
Selamat hari Selasa... punyalah dah banyak hari tak masuk entry... bendanya ada nak ditulis tapi, terasa macam sibuk la pulak... ehehee... ari tu dah janji nak masuk entry budak dua orang punya Character Day ni kan...

Disebabkan dah banyak sangat costume dalam rumah ni, so daku pun malas dah nak beli costume... Irfan just pakai costume Aladdin Irdina masa show tempoh hari... Irdina pulak nak jadi princess, so daku just beli gaun sehelai dan sedikit eksesori... yang lain-lain just pakai apa yang ada kat rumah ni aja lah... beli gaun boleh jugak pakai kemudian hari... kalau beli costume, alamat lepas pakai simpan masuk muzium ajalah... membazir jer kan...

Tapi pada petang sebelum nak ke sekolah tu, Irfan pulak demam... so, tak jadilah dia ke sekolah... just sempat ambik gambar dekat rumah jer... kesian jugak dekat dia, sebab dah berkobar-kobar... tapi disebabkan dia demam dengan batuk yang teruk takut jugak nak bagi dia kesekolah... sebab dia kan ada asthma... nanti melarat pulak jadiknya... so better dia duduk rumah saja... nasib baiklah dia tak menangis... ehhehe...

Kebiasaannya, setiap kelas akan dipilih pelajar yang mempunyai character tercantik... rezeki Irdina tahun ini, dia dipilih sebagai pemenang di dalam kelas dia... bukan kemain seronok dia... Kemudian, wakil setiap kelas akan dikumpul dan diadakan sessi bergambar untuk dimasukkan ke dalam buletin sekolah dan di juga dipamerkan di board di kaki lima sekolah...


~ Princess Irdina ~



~ Aladdin ~



~ Hadiah yang dibawa pulang ~



Sampai sini dulu entry kanak-kanak ari ini... nanti sambung entry makan dan makan lagi :) ... Sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment