Pages

Tuesday, May 24, 2011

Blog Berdebu Pasir & Cuti2 Malaysia ...

Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat semua... Ya Allah, apa dah jadi dengan blog daku ni? Berhabuk berdebu pasir dah gamaknya seiring dengan kekerapan sandstorm yang melanda bumi Kuwait sejak akhir-akhir ni... Eheheee... Kemalasan nak mengupdate tak tahulah nak cakap macam mana...

Cerita masak-masak pun memanglah amat sedikit dek kerana main masak-masak sejak dua menjak ni, semuanya standard budak sekolah rendah aja... Kalau biasa standard PMR, adalah ampun jugak... Ni kalau dah sampai semua masak-masak main campak aja, tak kuasalah daku nak ambik gambar bagai... Huhuhuhu... Tapi kesian jugak kepada pengunjung yang nak muntah tengok entry basi yang dah berbulan-bulan... Terima kasih tak terhingga buat pengunjung yang masih sudi melawat juga masih sudi follow daku walaupun daku kurang aktif sejak akhir-akhir ini...

Dari kutipan yang dapat dibuat celah-celah folder tu, jumpalah beberapa keping gambar yang daku belum sempat nak upload... So, entry kali ni just jamu mata masak-masak tak seberapa ini...

~Chicken Chop With Mushroom Blackpepper Gravy ~



~ Kembung & terubuk bakar dengan kuah kicap ~



~ Telur Bistik ~



~ Kerabu Jantung Pisang ~



~Kerabu Mangga ~



~Kuih Ketayap~


Lepas entry ni, mungkin tak ada lagi entry masak-masak buat masa terdekat... Sebabnya nak clearkan peti ais... taknak tambah stok baru... Sebabbbbbbbbbbb minggu depan kami dah nak balik bumi Malaysia tercinta... Sebenarnya jiwa raga ni dah sampai Malaysia pun... dah setahun setengah tak balik... Pertama kalilah juga Iman akan sampai ke bumi Malaysia sebab dia lahir di Kuwait ni...

Kali ini, kami balik cuti lama sikit... En suami balik temankan kami dan akan berkursus di Malaysia... Lepas tu, En suami akan balik semula ke Kuwait dan kami akan bertapa di kampung... Sehinggalah En suami akan balik bercuti menjelang Aidilfitri nanti dan angkut kami semula ke sini... Maknanya sepanjang cuti Summer sekolah bebudak ni sehingga Aidilfitri, kami akan berada di bumi Malaysia... Setelah dua tahun beraya di perantauan, akhirnya dapat merasa feel raya di Malaysia tahun ni.... Insyaallah...

Sekianlah entry pada pagi berbahagia ini... Wassalam...

5 comments:

  1. Salam sekali masuk pederet ye manu tu...sdp npk ikan bakar tu...
    Selamat pulang ke M'sia yee dan selamat beraya di sini..isi kan masa besame yg seronok besama family....

    ReplyDelete
  2. Salam kunjungan.. blog menarik.. singgah la ke blog saya :)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  3. burrp....kenyang, walaupun cuma gambar, ada juga.
    slmt kembali ke Malaysia, bnyk masa terluang tu boleh la update blog selalu..

    ReplyDelete
  4. hehehe best dah balik msia kekeke
    :D

    ReplyDelete
  5. Shiela: Tq Shiela... :)
    Bob: Tq atas kunjungan...
    Kak Zana: Balik Msia lagi banyak program... :)
    Nana: Eheee... haruslahh... :P

    ReplyDelete