Pages

Wednesday, October 05, 2011

Aidilfitri 2011 di bumi Malaysia tercinta....

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah sekian lama berperam... Kalau durian dah jadi tempoyak, telur pulak dah boleh jadi telur masin... Lama sangat... Alhamdulillah Aidilfitri tahun ini kami sambut bersama keluarga dan sanak saudara tercinta...

Pagi Aidilfitri kali ini kami di Bahau, Negeri Sembilan... Menjelang tengah hari, kami bertolak ke Taiping, Perak... Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di rumah mertua di Kelana Jaya untuk beraya bersama... Kami tiba di Taiping usai Maghrib... Alhamdulillah sempat juga jumpa dengan Mak Ngah sekeluarga...

~ Our small family di pagi Aidilfitri ~



~ Us ~



~ Mama, Me & Ainn ... Cute hah? :P ~


~ Abah & Mama... Love u olls mucho2... ~



~ Riang ria Aidilfitri ~


Aidilfitri kedua kami pusing-pusing bandar Taiping... Cadangnya nak jumpa kawan-kawan... Malangnya banyak nombor kontek daku tiada... Yang daku dapat kontek malangnya tiada rezeki nak bersua muka... Insyaallah panjang umur di lain masa... Sempat juga kami pekena Yong Tau Fu Bomba dan Popia basah bawah Larut...

~ Sibuknya lah dengan Ayam dia ~


~ Siapa yg busuk skang? Dia yang belum mandi ~


~ Taman Tasik Taiping ~


~ Acik & Dina kayuh angsa ~


~Nur Irdina Izham Khalil ~


~ Acik & Dina ~


~ Yong Taufu Bomba ~


~ Yummylicous~


Aidilfitri ketiga kami meneruskan perjalanan ke Temerloh, Pahang... Iaitu kampung sebelah mertua... Dalam perjalanan, kami konvoi dengan abah singgah dahulu di rumah Mak Long di Bota... Setelah itu abah meneruskan semula perjalanan pulang ke Bahau, Negeri Sembilan dan kami ke rumah Cikgu Isa di Ipoh... Ke rumah cikgu, daku berjanji dengan Nita dan Hisham... Kami berjumpa di Masjid Taman Chempaka then terus ke rumah cikgu... Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Temerloh... Kami tiba menjelang tengah malam... Maklumlah kesesakan musim perayaan... Lepaskan lelah sebentar di McD Genting Sempah sambil menikmati makan malam...

Keesokan harinya di sebelah petang kami hanya pusing-pusing sekitar Temerloh... Sebelah paginya kami hanya bermalas-malasan melepaskan lelah setelah perjalanan panjang hari sebelumnya... Sabtu pagi kami bertolak ke Kuantan menghadiri majlis perkahwinan sepupu belah suami... Konvoi kami sekeluarga iaitu Abah, Mak, Keluarga Abang Long, Kami sekeluarga, Keluarga Iqmal, Izzad dan Azim... Kami semua kemudiannya check in di M.S Garden Kuantan, main bowling dan kemudiannya menikmati makan malam kami Restoran Santai Tg. Lumpur.... Keesokan harinya, selepas sarapan, kami temankan anak-anak mandi manda sebentar di pool, check out dan pusing-pusing di Mega Mall... Seterusnya meneruskan perjalanan balik ke Temerloh... Sempat juga singgah beli keropok kering dan ikan bilis untuk diangkut bawak balik ke sini... Isnin pagi, kami pulang semula ke Kelana Jaya...

~ Pengantin Baru ... Nasyura & Jai ~


~ Makan beradab~


~Hantaran~


~ Bowling Tournament Winner ~


Maka berakhirnya jalan-jalan Aidilfitri merangkap penghujung cuti-cuti Malaysia 2011... Insyaallah panjang umur kami balik lagi... Sounds tired huh our journey... Quite tired la, but worth it because spending times with our loves ones are priceless... Tak guna harta menimbun kalau keliling kita tiada kasih sayang ahli keluarga, saudara mara juga sahabat handai... :) Seminggu Aidilfitri, kami sudahpun berada semula di bumi Kuwait... Sempena Syawal yang masih bersisa, banyak lagi jemputan majlis Aidilfitri yang kami terima, juga masjlis-majlis morning cofee bersama teman2... Alhamdulillah... murah rezeki tuan rumah... Insyaallah cerita sesampainya di Kuwait, daku update kemudian...

~ Our little prince Muhammad Iman... Santai di tilam empuk M.S Garden ~


Sekian, Wassalam...

2 comments:

  1. best- raya yg best dpt berhari raya di bumi Msia..

    ReplyDelete