Pages

Thursday, October 06, 2011

Sambungan Aidilfitri... Di Kuwait pulak...

Assalamualaikum...
Sampai kami di bumi Kuwait setelah bercuti musim panas yang agak panjang tahun ini... Tiap tahun pun, cuti summer sekolah budak-budak ni lebih kurang samalah panjangnya... Tapi kami tak pernah balik cuti time summer dan spend the rest summer holiday in Malaysia... But this year, we decided nak cuti lama kat Malaysia... Then, terpaksalah En. Suami berkorban sebulan dua without us kat sisi... Makan minum dan pakai serba kekurangan lah sikit... Eheee...

Sampainya kami di bumi Kuwait, Jumaat pagi... So beberapa hari tu sibuk la mengemas sana sini... Start Ahad tu, jadual daku dah mula diisi... Biasalah, mommies nie... When the kids goes to school kami curi-curi jugak masa nak ber'agenda'... Hidup di bumi asing ni, kena jugak bermasyarakat... Ada masa kita tak tahu bila kita perlukan orang lain dalam kehidupan kita... Keluarga dan saudara mara sudahlah jauh... Kawan-kawan sahajalah yang ada di sisi... Kalau dengan kawan-kawan pun saja nak cari pasal, saja nak korek cerita sana sini, saja nak laga-lagakan si polan dan si polan dan juga berlagak sombong, sendiri makan pengat & sendiri mau ingatlahkan... O.k titik bab tu ...

Banyak jugak jemputan coffee morning, open house jugak agenda sesaja yang daku attend... Since sampai sini, boleh kata every week ada jer satu dua jemputan dan ada juga yang kami sesaja menjemputkan diri sendiri... Ahahahaa... Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua tuan rumah dan penaja yang sudi jemput... Kalau sudi jemput, insyaallah takde aral daku juga sudi sangat nak menghadirkan diri :P ...

Few days sebelum berlangsungnya majlis jamuan raya kami tu, kebetulan CEO Malakoff juga Senior Vice President datang melawat staff juga bermesyuarat di sini... Maka, kami dijemput ke majlis jamuan Aidilfitri di Hotel Rotana Al-Manshar Fahaheel... Makan ajalah kerja kami... :)


~ Dato' Ambassador, CEO n Senior VP ~



~ Mommies from Malakoff & Embassy ... Dari kiri: Kak Imah, Datin Azlinda Rosli, Kak Fauziah, Me, Zura, Lina, Atie, Aza & Kak Ana ~



~ Sedap tak Stoberi nih? ~



So back to citer Aidilfitri di Kuwait... Majlis kami adakan 23 September lalu iaitu pada hari Jumaat... Sederhana jer pun... Majlis ni sharing with Zura, Lina & Azian... But at the end, Azian tak dapat joint sebab anak keciknya terpaksa dikejarkan ke ER sebab cirit-birit dan muntah-muntah... Alhamdulillah majlis sederhana tapi meriah dengan kunjungan kawan-kawan dan tetamu... Rasa macam buat kenduri kendara pulak... ketar jugak lutut sebab daku memang tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak...

Majlis kami bermula 1.30 petang usai solat Jumaat dan berakhir sekitar pukul 6.00 petang menjelang maghrib... Majlis dibuat di dua kediaman... kaum ibu duduk di rumah kami dan kaum bapa pulak, kami pinjam rumah kosong setentang dengan rumah kami tuk jamu selera dan borak... Tapi as usual, kaum bapa ni memang prefer dok lepak-lepak kat lorong depan rumah jer... Adalah jugak kerusi-kerusi yang kami susun di luar...

Menu utama ada tiga tuanlah maknanya... Zura with her superb Soto... Lina with her yummylicous Laksa Sarawak & ABC... Me just with humbly nasi minyak hujan panas, ayam masak merah dan rendang daging hitam... Alhamdulillah, semua makanan just enough for everybody... Sedap tak sedap or serasi kat tekak, entahlah kan... We tried our best... Hopefully they enjoyed it... Kalau makanan tak berapa nak best pun, at least dapatlah berkumpul, beramah mesra juga mengeratkan silaturrahim sesama kengkawan di bumi asing ni kan...

~ Kuih muih & Kudap-kudap~



~ Kek lapis Sarawak... diangkut dari Malaysia... tak kuasa daku nak melapis ~




~Laksa Sarawak Lina & Eksesori ~




~Soto Zura & Eksesori~




~Kuah Laksa Sarawak & Soto~



~Pulut Panggang Atie n Kuih Sekaya Zura ~



~ Lauk pauk Nasi hujan panas ~



~Nasi hujan panas~



~ Aidilfitri Goodies bag ~



~ Kuih raya... Almond London, Biskut Kelapa, Biskut Cornflakes & Popia simpul ~



~Aiskrim Malaysia... Bubur kacang, Asam boi, Milo & Sirap bandung ~



Kami bernasib baik sebab pada hari berkenaan Yang Berbahagia Dato Adnan Othman dan Isteri, Datin Azlinda Rosli merangkap Duta Malaysia ke Kuwait sudi melapangkan masa untuk datang meraikan dan memeriahkan majlis kecik-kecik kami ini... Jutaan terima kasih kami ucapkan... Terima kasih juga pada semua tetamu yang sudi menghadirkan diri memeriahkan majlis kami yang serba kekurangan... Dengan rendah hati, sebarang ketakcukupan dan kekurangan kami mohon maaf...


~ Tuan rumah bersekutu :P ... Zura, Me & Lina ~



~Our princess ~



~ Rasmi makan dulu sementara menanti ketibaan tetamu ~



~ Our kiddos ~



~ Tq Datin Azlinda Rosli kerana sudi datang~



~ Our guest... Tyvm kerana sudi memeriahkan majlis kami... Luv u olls ~



~ Kak Anis, Aza & Kak Nah, Wawa n Ila (muka tak nampak) ~


~ Atie, Kak Ija & Kak Imah~



~ Datin, Kak Nah, Me, Lina, Kak Eli, Kak Fauziah & Kak Anis ~



~Datin, Tasha & Kak Eli ~



~ Atie, Lina, Zura, Kak Ana, Me, Anis & Kak Anis ~


~ Dato' Adnan Othman, Mr. Kapten, Mr. Suzaimi, Mr. Raja,
Mr. Zufly & Mr. Muhyiddin~



~Mr. Zubir & Mr. Lim ~



~Kaum bapa yang menjamu selera di luar~



~Mr. I with Iman~



Selepas majlis kami, daku still tak henti-henti menjamu selera di majlis-majlis... Alhamdulillah... Sehingga kelmarin masih ada lagi jemputan ke majlis harijadi, bbq di embassy, morning cofee, bacaan Yassin + morning coffee dan sebagainya... Terima kasih tuan rumah... Minggu depan punya jadual pun dah ada jemputan untuk diskusi kaum ibu.. Jadual weekend daku pun dah kena ambik satu slot iaitu setiap Sabtu 9-11 a.m... Sebab masa tu daku gi kelas bahasa Arab... Baru merangkak pun, level 1... Baru jer mula 3 minggu... So setiap Sabtu, kalau nak ke mana-mana kena tunggu daku habis kelas dulu... Tapi, since En. Suami pun asyik kena masuk kerja jer hari Sabtu, habis kelas daku just melepek bersama anak-anak di rumah... Sampai sini dulu, Insyaallah kita jumpa lagi di lain masa... Sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment