Assalamualaikum...
Kembali bersiaran... Entry kali ini bukanlah entry masak-masak... Tapi entry kali ini berkenaan usaha murni teman lama daku semasa zaman persekolahan di Ipoh dahulu... Beliau sedang mengusahakan Telekung project bersama puteri-puteri hati beliau...

Projek yang dilakukan ini secara ringkasnya adalah projek mengumpul telekung-telekung di wakaf-wakaf untuk dicuci... Sementara telekung-telekung di wakaf ini dicuci dan dipulangkan kembali, sudah pastilah memerlukan telekung lain sebagai ganti... Dengan ini, projek ini juga mengumpul telekung yang masih elok untuk dipakai samada yang lama atau baru... Telekung dewasa juga kanak-kanak adalah dialu-alukan... Telekung ini akan digunakan bagi dipinjamkan sementara telekung di wakaf tersebut dikutip untuk dicuci oleh beliau...
Setelah telekung di wakaf itu dicuci, ia kemudiannya dipulangkan ke tempat asal... Telekung yang dipinjamkan sementara tadi akan dikutip balik, dicuci dan digunakan pula sebagai ganti di wakaf lain yang diambil telekungnya untuk dicuci... Telekung yang dipinjamkan sementara di wakaf itu ditandakan dengan butang berbentuk bunga bagi mengelakkan tertukar atau terambil hak orang lain...
Bagi pembaca di luar sana yang sudi turut serta juga memberikan sumbangan telekung bagi kegunaan projek ini, bolehlah Email kepada beliau di azila79aziz@gmail.com .... Butiran yang lebih lengkap ada di blog beliau iaitu littlebookhut. blogspot.com juga di facebook...

Semoga usaha mulia dan murni beliau serta puteri-puterinya akan mendapat rahmat dari Allah S.W.T dan kita semua juga sentiasa dalam lindunganNYA ... Amin... Sekianlah entry untuk kali ini... Ada kesempatan, panjang umur kita jumpa lagi... Sekian, Wassalam...
0 Said...:
Post a Comment