Pages

Sunday, August 21, 2011

Choco Macaron & Red Velvet Cake...

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran... Sementara menanti sahur, daku pun curi-curi masa untuk masukkan entry... Macaron ni dibuat few days back... Alhamdulillah kali ni buat dah ada la rupa sket walaupun tak jadi elok sangat... At least kali ni kakinyer dah keluar sket la dan tak bantut sangat... Cuma bancuhan kali ni, terlebih kacau agaknye... Masa nak paipkan guna piping bag tu, adunan tu meleleh cepat sangat... Susah nak kontrol... Anyway, practice makes perfect... Thanks to my sifu yang sangat baik hati yang sudi curi-curi masa ajar daku even daku request semborono & main selit jer... Eheee... :)


Filling Nutella ajer...


Red Velvet Cake ni, my sis punye request... Dia teringin sangat nak rasa kek yang mahsyur ni... Actually entah kenapa kek ni bukan in my favourite cake list... Dunno why... Nak kata tak sedap, sedaplah jugak rasa keknya... Taktau la pulak kalau dia jadi tak berapa nak sedap sebab kek ni daku yang buat... Eheeee... Tapi, daku pernah jugak makan kek ni yang orang lain buat... But still cannot satisfied my tekak ... Setakat nak makan sesuap or small piece, bolehla... Nama nak makan berulang-ulang macam daku makan kek lain, takder la kot... Nak kata daku tak suke cream cheese topping tu, daku suke jer dengan cheese cake... Entahlah... Misteri sungguh... Tapi, kalau ada sesapa yang nak bagi the best RVC ni untuk daku, so that i can change my perception, ur are welcomed... Ehheeee....



Before kena potong...


Then, ni plak main uli roti... Lama betul tak meroti jugak main masak-masak... Malas betul... Blossom Bread daku main pusing-pusing2 jer pun... Bunga pun tak berapa macam nak bunga... Jadikla....






Rasa dah okey... Tekstur jer belum memuaskan hati... Kena belajar banyak lagi ni... Okeyla, sampai sini dulu... Nanti kalau sempat daku masuk entry lagi... Sekian, Wassalam...

AND the winners goes to....

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah seminggu tak sempat nak update... Mintak maaf sesangat bagi mereka yang menantikan keputusan GA tempoh hari... Terima kasih tak terhingga bagi semua yang sudi menyertai...

Terdapat 29 penyertaan... Daku dah randomkan kesemua peserta dan berikut adalah nombor penyertaan kesemua peserta untuk kategori pembaca dan follower...
  1. Aisyah
  2. Kak Deeja
  3. Kak Ina KL
  4. Kak Ieda
  5. Sri Rahayu Mamat
  6. Jaa
  7. Lovely Kitchen
  8. MamaFN
  9. Mer
  10. Vanilagirls
  11. Rusna
  12. Huda
  13. Cik Rose Cute
  14. Abazilah
  15. Azatie Sayang
  16. Fieda Rafli
  17. The Giveaway Stuff
  18. Kak Nor
  19. Farz Zull
  20. W4w4d33
  21. Ain Hinata
  22. Mommy Nana
  23. UmmiUmaira
  24. Nur Syahida
  25. Cik Puan Hady
  26. Fadzillah
  27. Pausi Pendi
  28. Ika
  29. Bitter Sweet
Daku menggunakan True random number services... Bagi kesemua pembaca dan follower, pemenang bagi hadiah ini...



ADALAH peserta Jeng Jeng Jeng....

Pemenangnya Kak Deeja dari www.deeja-anakdesa.blogspot.com from Taiping... Kebetulan Kak Deeja ni pulak adalah orang pertama yang entry GA ni... Terima kasih yer kak... Kak Deeja nanti bagi alamat nak posto2 ole-ole yer...

Ini pulak penyertaan bagi follower untuk kategori BONANZA... ada dua pembaca yang bukan follower... So, penyertaan tinggal 27 ajer...

  1. Sri Rahayu Mamat
  2. Farz Zull
  3. Kak Ieda
  4. Cik Rose Cute
  5. Kak Deeja
  6. Fadzillah
  7. Rusna
  8. Jaa
  9. MamaFN
  10. Mer
  11. W4w4d33
  12. UmmiUmaira
  13. Cik Puan Hady
  14. Lovely Kitchen
  15. The Giveaway Stuff
  16. Nur Syahida
  17. Azatie Sayang
  18. Bitter Sweet
  19. Ika
  20. Fieda Rafli
  21. Huda
  22. Abazilah
  23. Kak Ina KL
  24. Vanilagirls
  25. Kak Nor
  26. Mommy Nana
  27. Ain Hinata

Pemenang bagi kategori bonanza dengan hadiah ini



ADALAH...

Pemenangnya ialah Kak Nor dari www.secubitgaramnor67.com ... Kak Nor ni from Terengganu... Kak Nor, jangan lupa bagi alamat yer... Tenkiu jugak untuk akak sebab sudi memeriahkan GA daku yang tak seberapa nie...

Tahniah kepada kedua-dua pemenang... Kepada yang belum bernasib baik, jgn putus asa... Insyaallah ada rezeki, daku anjurkan lagi GA untuk kali seterusnya.... Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi drop by dan sudi menyertainya... Moga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya....

Sekianlah entry tuk kali ini... Hadiahnya akan dipos ASAP setelah dapat alamat pemenang2 tadi... Sekian, Wassalam...

Saturday, August 13, 2011

Less 24 hours for closing My FIRST Giveaway...

Assalamualaikum...
Telah hampir seminggu daku bukakan penyertaan untuk My FIRST giveaway nie... Alhamdulillah adalah juga yang sudi joint walaupun blog daku ni pun bukannya ada orang nak terjah selalu...

Blog ni bukannya ada resipi-resipi or masak-masak yang hebat... Jugak bukannya ada citer-citer panas or gossip-gossip terlaris artis tu kan... Nak tengok gossip artis pergi ajerla Beautiful Nara jugak Oh Bulan... Ngeeeee... Nak kata macam diari bukan juga... Diari tu nak kena tulis selalu juga more to private things la kan... Daku takder la nak cerita A to Z pasal diri sendiri or our family... Maklumlah benda ni public... Ada sesetengah cerita kita boleh share, ada sesetengah cerita kita tak perlu nak share...

Takkan la cerita beli berus gigi sebatang jugak beli sekeping belacan daku nak warwar kan kat satu dunia kot... Jugak KALAU beli baju raya ciptaan Rizalman & kasut Dato' Jimmy Choo daku nak hebah-hebah... ini cerita KALAU O.K... Memang tak mampu nak beli la pun sebenarnya... Ahahahaha... Seganlah pulak kan nak over exposed ni... Hihihiihh... Hadiah-hadiah yang En.Suami hadiahkan pun, setakat sesekala nak sebut tak apalah... Sampai nak tunjuk setiap mak nenek yang daku beli or daku dapat jugak nak tayang segala, maaflah yer... Itu sume benda private lah kan... Yerla, kalau terlebih tayang dan terlebih cerita pun nanti bawa kepada berlebih-lebihan kan... As daku selalu cakap, bersederhana lebih baik...

Okey, back to cerita giveaway or GA nie... Daku dah siapkan hadiahnya... Memanglah tak seberapa... Sesungguhnya memang ikhlas buat pembaca-pembaca semua.... Hadiah ni hari tu daku dah beritahu ada dua kategori kan... Satu untuk semua follower dan pembaca... Satu lagi extra for follower iaitu BONANZA...

Setelah difikir-fikir, inilah hadiah BONANZA yang daku mampu nak persembahkan...


Hadiahnya sama jer dengan kategori biasa... Cumanya, ada extra Set Condiment Queen Anne nie... Set ni daku bawak dari Kuwait...



So, ini pula hadiah untuk semua pembaca dan follower yang akan terpilih bagi kategori biasa... Set Tupperware dan rempah nasi khabsa dan juga rempah ayam shawarma... Rempah ni jugak daku bawak dari sana...



Daku tahu, its not much... tapi ianya ikhlas buat anda... Insyaallah kalau ada rezeki lebih dan ada kesempatan lain nanti, adalah hadiah lain buat anda semua... Sampai jumpa lagi... Siapa yang belum sertai, silalah joint di entry giveaway di link INI ataupun di entry sebelum ini di bawah... Tarikh tutup pada Ahad 14 Ogos sebelum 12.30 tengahhari... Sekian, terima kasih dan Wassalam...

Sunday, August 07, 2011

My FIRST giveaway @ aymywithlove.blogspot.com...

Assalamualaikum...
Selamat pagi Ahad... Sebenarnya dah lama nak bagi giveaway ni, tapi asyik tertangguh dek kerana berada di bumi padang pasir tu kan... This is my first giveaway after 3 years blogging... So, sempena bulan yang mulia ini, daku ambil kesempatan untuk berikan giveaway buat semua para pembaca... Since daku cuti-cuti Malaysia ni, bolehlah daku tunaikan hajat di hati... Senang nak posto dari sini... Kalau dari Kuwait, susah sketla...

Daku tahu blog daku bukanlah ada ramai pembaca or follower pun kan, dah namanya pun blog suka-suka... bukan untuk tujuan komersil ke apa... but still daku nak ucapkan thank you so much pada semua reader sebab sudi follow dan kengkadang tu datang jugak skodeng blog yang tak seberapa ni dan kadang-kadang berhabuk sebab tuan dia tak datang cuci ... :)

Ni bukan gambar hadiah giveaway tu yer... Ni gambar si Iman bucukk... Eheheeee....



Giveaway ini terbuka kepada semua pembaca... Terdapat dua jenis giveaway yang akan diberikan... My FIRST giveaway (Follower dan Reader) dan juga My FIRST BONANZA giveaway (Follower only) ....

Syarat Penyertaan simple sahaja ;

1. Anda hanya perlu tinggalkan komen menyatakan anda ingin joint giveaway ini...
2. Seterusnya anda hanya perlu tinggalkan maklumat berikut:
a. Alamat e-mail untuk dihubungi
b. Link blog anda (jika ada)
c. Nyatakan sama ada anda follower atau tidak
3. Pemilihan atau cabutan akan dibuat secara rawak...
4. Setiap orang, hanya dikira satu penyertaan sahaja kecuali bagi follower yang akan juga dipilih untuk kategori BONANZA...

My FIRST giveaway akan dipilih di kalangan Follower & Reader manakala My FIRST BONANZA giveaway goes to my Follower only.... Ini bermakna, jika anda Follower, anda berpeluang menerima kedua-dua jenis giveaway tersebut... Bergantung pada rezeki lah kan... :)

Hadiahnya? Ermmmm belum muktamad lagi sebab ada few things dalam kepala ni... Tapi hadiahnya bukanlah yang mahal-mahal pun kan... Mungkin ada unsur main masak-masak or makan-makan sket la kot... Mungkinnnn yer bukan for sureeeee... Tapi takderlah daku mampu nak bagi Royal Albert or Noritake satu set ke apa ker... Sebabnya daku pun tak mampu nak pakai... Ehehehehe... Tapi insyaallah, hadiah itu nanti adalah tanda ingatan seikhlas hati daku buat pembaca semua....

Penyertaan giveaway ini akan berlangsung pada Ahad, 7 Ogos 12.30 pm sehingga Ahad, 14 Ogos 12.30 pm... Yang mana ada kengkawan ramai tu, bolehlah jemput kengkawan semua menyertai... More is merrier kan... Sekianlah entry untuk kali ni... Wassalam...

Saturday, August 06, 2011

Agar2 Lapis Cendol, Fruit Tart & Kek Kukus Lapis Coklat ...

Assalamualaikum...
Selamat pagi Ahad dan tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Ramadhan buat semua... Kembali bersiaran setelah sekian lama berhibernasi :P ... Disebabkan dah janji pada entry lepas yang kali ini daku akan masukkan entry masak-masak, maka daku tunaikan juga... Bukannya tak memasak tapi apa yang dimasaknya kadang-kadang tak teringat langsung nak ambik gambar... Asyik ingat nak santap ajer... Sudahnya gambar entah ke mana...

So, kali ini adalah sedikit hasil tangan diri sendiri setelah sekian lama bercuti... Sejak duduk bawah ketiak bonda ni, semuanya main tolong-tolong aja kat dapur... Tak buat dah masak-masak lengkap... Semuanya air tangan mama... Bila lagi kan nak merasa duduk bawah ketiak mama... Eheeee...

Okey terus ke cerita masak-masak... Mulanya nak buat tengah malam sikit bila kanak-kanak semua dah lena... Tapi, umminya yang terlena sekali... Ehehhee... Maka, buatlah keesokan paginya... Kek ni niatnya nak bagi Emi si mak buyung yang merupakan my sister bestfriend untuk bawak balik ke Pahang... Memang dah kira agak-agak sempatlah sejuk lama sket sebelum dipotong... Tiba-tiba ada pertukaran plan, suami Emi terpaksa datang ambil Emi lebih awal dek kerana kekangan tugas beliau... Mujur jugaklah kek tu sempat siap... Makanya, dengan masih suam-suam kek tu pun dipotong... For sure la coklat di dalamnya still lagi masih lembik... Memang sangat tidak hensem okey... Tak kisahlah janji si Emi dapat rasa... Insyaallah ada rezeki nanti buat lagi kasi hensem sket... Resipi still pakai resipi yang sebelum ni daku pakai... Boleh tengok dekat entry sini...



Then, next project adalah mini fruit tart... Ni baru first time daku buat... Entahkan jadi, entahkan tidak... Suspen... Ahahhaa... Buatnya untuk makan-makan sempena besday dua beradik si Irdina dan Irfan tempoh hari... Hasilnya? Bolehla kot... Tapi before letak custard filling tu, daku letakkan coklat masakan yang dicairkan... So that, those shell lambat sikitlah lembiknya after put custard filling and fruits yang basah tu kan...

Cengkerang, fresh from oven... Terlebih tebal daku rasa... Next time kena nipiskan sikit...


Terover filled coklat... Nyaris-nyaris melimpah... Patutnya coklat tu just beruskan nipis jer dalam shell tu... But me, memang suka derhaka dengan resipi ni... ahahhaa... Dari segi rasa, extra sedaplah dek kerana coklat tu... But dari segi konsep dah melencong la kot... Sebab ni fruit tart... Bukan chocolate tart... Whateverrrr... Daku bukan masuk pertandingan Mastercheff or Hells Kitchen tu kan... Hihiihihi...


Next dessert yang dibuat was Agar-agar lapis cendol... Takder pakai resepi... Agak-agak dan campak-campak jer pun... Daku, masakkan agar-agar ikut sukatan ... Then, bahagikan dua bahagian... Satu ditambah gula merah dan sedikit gula pasir... Satu lagi ditambah gula, santan, cendol dan secubit garam... Kalau nak extra wangi, boleh masak dengan daun padan... Tip supaya cendol tu berterabur sekata dan tak turun ke dasar sahaja, adalah masukkan cendol bila bahagian bersantan tu dah mula sejuk sedikit... jangan semasa bancuhan still atas api... tapi janganlah pulak, lewat sangat sampai agar-agar tu dah beku... nanti dia terapung dekat atas jer pulak... kalau rasa tak yakin, bolehlah masukkan sesudu dulu... try tengok kalau dia dah boleh terpisah merata instead of jatuh semua ke dasar...

This is also my first attemp... Rasa dah okey, lemak manis-2 buah... Also sedikit keras... Next time kena tambah air sikit... Then, kalau nak extra lemak manis, boleh tambahkan sikit lagi gula dan santan...


So, next entry apa yer? Adakah kisah masak-masak, makan-makan or agenda lain? We'll see... Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi...Sekian, Wassalam...