Pages

Monday, October 17, 2011

Bukan sekadar buat cekodok... MENEMBAK Riffle pun boleh...

Assalamualaikum...
Seram tak dengar tajuk? Eheee... Gimick jer lebih... Memang betul tau, mommies ni bukan just pandai buat cekodok or main masak-masak jer... menembak pun boleh... jangan main-main okey... Biasanya entry makan-makan, masak-masak or jenjalan... Kali ni, lain sikit... Jenjalan bersukan...

Alkisahnya, Jumaat lepas adalah hari bersukan bagi Malakoff staff & kroni... So, kali ni adalah aktiviti menembak di Shooting Range Complex... Somewhere dekat 6th Ring Road Expressway... Daku ingatkan kaum bapa jer pun yang nak menembaknya... rupanya kaum ibu pun dipelawa untuk turut serta... Masa En. Suami tanya nak joint ke, daku pun taktau nak jawab apa... Menembak? Apa ke halnya daku nak tembak? Tapi sounds interestinglah kan... So, bila Lina dan Zura pun nak joint sekali, daku pun dengan jiwa kental pun sign jugak la borang yang dah diisi En. Suami...

Masa tunggu turn tu, takderla perasaan apa-apa pun... Dok intai orang punya result menembak tu jerla kan... Tapi bila dah masuk & instructor tu ajar pegang pistol, alahaiiiiiii ketar oo lutut makcik... abih sume ketar... jari nak pegang pistol pon ketar... Seram sejuk dibuatnya... Ahahaa...

Jangan main-main eh... Shooting range sini pakai pistol betul O.k... 9mm... Bukan pistol tipu ke apa... Ada la 20 biji peluru yang nak dilangsaikan... Punyalah rasa lambatnya masa berlalu, sebab ketar sangat... sentakan boleh tahan kuat... dengar bunyi tembakan pun daku terkejut walau pakai penutup telinga... Nasib baik tak melatah... Eheee... daku ni dahlah memang lemah bab sukan mukan menggunakan tangan ni... tangan ni memang tak boleh nak straight... macam tak bedung jer pun... memang dah agak, kompom berterabur hasil tembakan... tekaan tepat belaka... 2 biji peluru entah tembak kemana... sebab tak cukup lubang kat kertas... Ada 18 lubang jer.... Hasil cubaan pertama... Ahahaa... bersepah giler... Tapi, Lina & Zura punya quite nice... Hebat jugak for mommies yang first timer tau...


~Ni kalau tembak orang, kompom lumpuh orang tu satu badan... Semua part badan dia kena :P~



Hasil menembak guna pistol 9mm En. Suami pulak, cun jugak... bulls eyes dia bersepah2... rapat2...Then, after Pistol kami ke Riffle pulak... lupa pulak nak tanya Riffle model apa yang derang pakai... For Riflle kami ada 10 peluru jer... Hasil tembakan En. suami for Riffle not so good as Pistol... Pistol much2 better... Ini lah hasilnya... compare lah Pistol & Riffle En. Suami... berbeza sangat kan...


~Pistol by En. Suami... Ada bakatlah jugak... Agak-agak dia bayang sapalah yang ditembak tu yer :P~



~Riffle by. En. Suami... Not so good eh ~



Tapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya... Jangan ingat mak-mak ni, just boleh buat cekodok, buat kek or goreng maggi ajer... MENEMBAK Riffle pun daku boleh Okeyy.... Tak caya? Ni lah hasilnya... much-much better than Pistol :) ...


~Ada berani? Terasa ala-ala askar wataniah la pulak... Eheheee ~



Kesimpulannya, kita takkan tahu apa yang kita boleh buat melainkan kita mencuba... daku tak pernah terpikir pun nak try menembak nie... Tapi since peluang di depan mata, apa lagi... Tinggal IC dekat entrance & isi borang jer... Then terus boleh menembak... Maybe akan ke sana lagi bila berpeluang... Menarik jugak... Sesekali lepaskan lelah menguruskan rumahtangga... Bayangkan jer muka sesapa kat depan tu, then tembakkkk.... kabooommm, lega... tapi hasilnya lepas tu sakit juga sendi bahu ni... sebab hentakan balik tembakan tu... En. Suami pulak terpaksa picit-picitkan bahu... Eheee...

~ Yang ni takde kena mengena dengan menembak... Layan anak tekak... Eheee... Macaron tersohor di dunia... Tak cuba, mana nak tahu kan... Vanila, Pistachio & Hazelnut... Niceeee ~



Sampai sini dulu bebelan kali ini... Ada cerita menarik, insyaallah daku kongsi lagi... Sekian, wassalam...

Thursday, October 06, 2011

Sambungan Aidilfitri... Di Kuwait pulak...

Assalamualaikum...
Sampai kami di bumi Kuwait setelah bercuti musim panas yang agak panjang tahun ini... Tiap tahun pun, cuti summer sekolah budak-budak ni lebih kurang samalah panjangnya... Tapi kami tak pernah balik cuti time summer dan spend the rest summer holiday in Malaysia... But this year, we decided nak cuti lama kat Malaysia... Then, terpaksalah En. Suami berkorban sebulan dua without us kat sisi... Makan minum dan pakai serba kekurangan lah sikit... Eheee...

Sampainya kami di bumi Kuwait, Jumaat pagi... So beberapa hari tu sibuk la mengemas sana sini... Start Ahad tu, jadual daku dah mula diisi... Biasalah, mommies nie... When the kids goes to school kami curi-curi jugak masa nak ber'agenda'... Hidup di bumi asing ni, kena jugak bermasyarakat... Ada masa kita tak tahu bila kita perlukan orang lain dalam kehidupan kita... Keluarga dan saudara mara sudahlah jauh... Kawan-kawan sahajalah yang ada di sisi... Kalau dengan kawan-kawan pun saja nak cari pasal, saja nak korek cerita sana sini, saja nak laga-lagakan si polan dan si polan dan juga berlagak sombong, sendiri makan pengat & sendiri mau ingatlahkan... O.k titik bab tu ...

Banyak jugak jemputan coffee morning, open house jugak agenda sesaja yang daku attend... Since sampai sini, boleh kata every week ada jer satu dua jemputan dan ada juga yang kami sesaja menjemputkan diri sendiri... Ahahahaa... Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua tuan rumah dan penaja yang sudi jemput... Kalau sudi jemput, insyaallah takde aral daku juga sudi sangat nak menghadirkan diri :P ...

Few days sebelum berlangsungnya majlis jamuan raya kami tu, kebetulan CEO Malakoff juga Senior Vice President datang melawat staff juga bermesyuarat di sini... Maka, kami dijemput ke majlis jamuan Aidilfitri di Hotel Rotana Al-Manshar Fahaheel... Makan ajalah kerja kami... :)


~ Dato' Ambassador, CEO n Senior VP ~



~ Mommies from Malakoff & Embassy ... Dari kiri: Kak Imah, Datin Azlinda Rosli, Kak Fauziah, Me, Zura, Lina, Atie, Aza & Kak Ana ~



~ Sedap tak Stoberi nih? ~



So back to citer Aidilfitri di Kuwait... Majlis kami adakan 23 September lalu iaitu pada hari Jumaat... Sederhana jer pun... Majlis ni sharing with Zura, Lina & Azian... But at the end, Azian tak dapat joint sebab anak keciknya terpaksa dikejarkan ke ER sebab cirit-birit dan muntah-muntah... Alhamdulillah majlis sederhana tapi meriah dengan kunjungan kawan-kawan dan tetamu... Rasa macam buat kenduri kendara pulak... ketar jugak lutut sebab daku memang tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak...

Majlis kami bermula 1.30 petang usai solat Jumaat dan berakhir sekitar pukul 6.00 petang menjelang maghrib... Majlis dibuat di dua kediaman... kaum ibu duduk di rumah kami dan kaum bapa pulak, kami pinjam rumah kosong setentang dengan rumah kami tuk jamu selera dan borak... Tapi as usual, kaum bapa ni memang prefer dok lepak-lepak kat lorong depan rumah jer... Adalah jugak kerusi-kerusi yang kami susun di luar...

Menu utama ada tiga tuanlah maknanya... Zura with her superb Soto... Lina with her yummylicous Laksa Sarawak & ABC... Me just with humbly nasi minyak hujan panas, ayam masak merah dan rendang daging hitam... Alhamdulillah, semua makanan just enough for everybody... Sedap tak sedap or serasi kat tekak, entahlah kan... We tried our best... Hopefully they enjoyed it... Kalau makanan tak berapa nak best pun, at least dapatlah berkumpul, beramah mesra juga mengeratkan silaturrahim sesama kengkawan di bumi asing ni kan...

~ Kuih muih & Kudap-kudap~



~ Kek lapis Sarawak... diangkut dari Malaysia... tak kuasa daku nak melapis ~




~Laksa Sarawak Lina & Eksesori ~




~Soto Zura & Eksesori~




~Kuah Laksa Sarawak & Soto~



~Pulut Panggang Atie n Kuih Sekaya Zura ~



~ Lauk pauk Nasi hujan panas ~



~Nasi hujan panas~



~ Aidilfitri Goodies bag ~



~ Kuih raya... Almond London, Biskut Kelapa, Biskut Cornflakes & Popia simpul ~



~Aiskrim Malaysia... Bubur kacang, Asam boi, Milo & Sirap bandung ~



Kami bernasib baik sebab pada hari berkenaan Yang Berbahagia Dato Adnan Othman dan Isteri, Datin Azlinda Rosli merangkap Duta Malaysia ke Kuwait sudi melapangkan masa untuk datang meraikan dan memeriahkan majlis kecik-kecik kami ini... Jutaan terima kasih kami ucapkan... Terima kasih juga pada semua tetamu yang sudi menghadirkan diri memeriahkan majlis kami yang serba kekurangan... Dengan rendah hati, sebarang ketakcukupan dan kekurangan kami mohon maaf...


~ Tuan rumah bersekutu :P ... Zura, Me & Lina ~



~Our princess ~



~ Rasmi makan dulu sementara menanti ketibaan tetamu ~



~ Our kiddos ~



~ Tq Datin Azlinda Rosli kerana sudi datang~



~ Our guest... Tyvm kerana sudi memeriahkan majlis kami... Luv u olls ~



~ Kak Anis, Aza & Kak Nah, Wawa n Ila (muka tak nampak) ~


~ Atie, Kak Ija & Kak Imah~



~ Datin, Kak Nah, Me, Lina, Kak Eli, Kak Fauziah & Kak Anis ~



~Datin, Tasha & Kak Eli ~



~ Atie, Lina, Zura, Kak Ana, Me, Anis & Kak Anis ~


~ Dato' Adnan Othman, Mr. Kapten, Mr. Suzaimi, Mr. Raja,
Mr. Zufly & Mr. Muhyiddin~



~Mr. Zubir & Mr. Lim ~



~Kaum bapa yang menjamu selera di luar~



~Mr. I with Iman~



Selepas majlis kami, daku still tak henti-henti menjamu selera di majlis-majlis... Alhamdulillah... Sehingga kelmarin masih ada lagi jemputan ke majlis harijadi, bbq di embassy, morning cofee, bacaan Yassin + morning coffee dan sebagainya... Terima kasih tuan rumah... Minggu depan punya jadual pun dah ada jemputan untuk diskusi kaum ibu.. Jadual weekend daku pun dah kena ambik satu slot iaitu setiap Sabtu 9-11 a.m... Sebab masa tu daku gi kelas bahasa Arab... Baru merangkak pun, level 1... Baru jer mula 3 minggu... So setiap Sabtu, kalau nak ke mana-mana kena tunggu daku habis kelas dulu... Tapi, since En. Suami pun asyik kena masuk kerja jer hari Sabtu, habis kelas daku just melepek bersama anak-anak di rumah... Sampai sini dulu, Insyaallah kita jumpa lagi di lain masa... Sekian, wassalam...

Wednesday, October 05, 2011

Aidilfitri 2011 di bumi Malaysia tercinta....

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah sekian lama berperam... Kalau durian dah jadi tempoyak, telur pulak dah boleh jadi telur masin... Lama sangat... Alhamdulillah Aidilfitri tahun ini kami sambut bersama keluarga dan sanak saudara tercinta...

Pagi Aidilfitri kali ini kami di Bahau, Negeri Sembilan... Menjelang tengah hari, kami bertolak ke Taiping, Perak... Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di rumah mertua di Kelana Jaya untuk beraya bersama... Kami tiba di Taiping usai Maghrib... Alhamdulillah sempat juga jumpa dengan Mak Ngah sekeluarga...

~ Our small family di pagi Aidilfitri ~



~ Us ~



~ Mama, Me & Ainn ... Cute hah? :P ~


~ Abah & Mama... Love u olls mucho2... ~



~ Riang ria Aidilfitri ~


Aidilfitri kedua kami pusing-pusing bandar Taiping... Cadangnya nak jumpa kawan-kawan... Malangnya banyak nombor kontek daku tiada... Yang daku dapat kontek malangnya tiada rezeki nak bersua muka... Insyaallah panjang umur di lain masa... Sempat juga kami pekena Yong Tau Fu Bomba dan Popia basah bawah Larut...

~ Sibuknya lah dengan Ayam dia ~


~ Siapa yg busuk skang? Dia yang belum mandi ~


~ Taman Tasik Taiping ~


~ Acik & Dina kayuh angsa ~


~Nur Irdina Izham Khalil ~


~ Acik & Dina ~


~ Yong Taufu Bomba ~


~ Yummylicous~


Aidilfitri ketiga kami meneruskan perjalanan ke Temerloh, Pahang... Iaitu kampung sebelah mertua... Dalam perjalanan, kami konvoi dengan abah singgah dahulu di rumah Mak Long di Bota... Setelah itu abah meneruskan semula perjalanan pulang ke Bahau, Negeri Sembilan dan kami ke rumah Cikgu Isa di Ipoh... Ke rumah cikgu, daku berjanji dengan Nita dan Hisham... Kami berjumpa di Masjid Taman Chempaka then terus ke rumah cikgu... Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Temerloh... Kami tiba menjelang tengah malam... Maklumlah kesesakan musim perayaan... Lepaskan lelah sebentar di McD Genting Sempah sambil menikmati makan malam...

Keesokan harinya di sebelah petang kami hanya pusing-pusing sekitar Temerloh... Sebelah paginya kami hanya bermalas-malasan melepaskan lelah setelah perjalanan panjang hari sebelumnya... Sabtu pagi kami bertolak ke Kuantan menghadiri majlis perkahwinan sepupu belah suami... Konvoi kami sekeluarga iaitu Abah, Mak, Keluarga Abang Long, Kami sekeluarga, Keluarga Iqmal, Izzad dan Azim... Kami semua kemudiannya check in di M.S Garden Kuantan, main bowling dan kemudiannya menikmati makan malam kami Restoran Santai Tg. Lumpur.... Keesokan harinya, selepas sarapan, kami temankan anak-anak mandi manda sebentar di pool, check out dan pusing-pusing di Mega Mall... Seterusnya meneruskan perjalanan balik ke Temerloh... Sempat juga singgah beli keropok kering dan ikan bilis untuk diangkut bawak balik ke sini... Isnin pagi, kami pulang semula ke Kelana Jaya...

~ Pengantin Baru ... Nasyura & Jai ~


~ Makan beradab~


~Hantaran~


~ Bowling Tournament Winner ~


Maka berakhirnya jalan-jalan Aidilfitri merangkap penghujung cuti-cuti Malaysia 2011... Insyaallah panjang umur kami balik lagi... Sounds tired huh our journey... Quite tired la, but worth it because spending times with our loves ones are priceless... Tak guna harta menimbun kalau keliling kita tiada kasih sayang ahli keluarga, saudara mara juga sahabat handai... :) Seminggu Aidilfitri, kami sudahpun berada semula di bumi Kuwait... Sempena Syawal yang masih bersisa, banyak lagi jemputan majlis Aidilfitri yang kami terima, juga masjlis-majlis morning cofee bersama teman2... Alhamdulillah... murah rezeki tuan rumah... Insyaallah cerita sesampainya di Kuwait, daku update kemudian...

~ Our little prince Muhammad Iman... Santai di tilam empuk M.S Garden ~


Sekian, Wassalam...