Pages

Thursday, November 10, 2011

Kek Lapis Coklat Pandan...

Assalamualaikum...
Sambungan entri tuk hari ini... Kek lapis ni buat pun dah lama... Tapi, biasalah... Entry daku kalau tak peram tak sah... Resipi asal adalah Kek Lapis Mocha Pandan by DayangJack@ Dapurku sayang... Tapi daku takdelah letak coffee emulco or Nescaffe, jadinya rasa coklat ajerlah...

Inilah first time daku melapis kek lapis versi bakar ni... Dah berminggu-minggu yang lalu pun buat kek ni... Memang tak terfikir mampu buat pun sebelum ni... Biasanya main order jer kek lapis sarawak ni... Kalau setakat 4-5 lapis, daku boleh tahan lagi... Ni berbelas lapis, umak aiiii... Bercinta makcik... Tapi dek kerana teruja sangat tengok kek ni sampai terigau kat dapur DJ, gagahkan jugak... Udahler seri kaya nye takder la pulak kan... Kena buat seri kaya dulu lah pulak... Adoyaiiii... Tapi lepas menuntut sket dengan Kak Ana few weeks back, adalah jugak semangat tu datang... Semangat sudah mariiiii...

Akhirnya, jadiklah kek lapis seperti ini... Serba kekurangan rupanya... Harap maaflah yer... Budak-budak baru nak belajar... Asalnya daku timbang setiap lapis tu, tiba-tiba penimbang digital tu buat hal lah pulak... Dah tak berfungsi pulak... Tukar bateri pun tak boleh pakai jugak... Aiyakkk... So, main agak-agak jerla lapisnya... Tu la, lapis ada yang tinggi rendah... Buat-buat kelabu mata sudah lah yer... Eheeee....

~ Kek Lapis Coklat Pandan First Timer :P ~




Ini resipi asal oleh DJ okey... Terima kasih daun keladi yer DJ... Nanti bebila rajin daku gi korek resipi kat sana lagi...

Kek Lapis Mocha Pandan
Resipi: DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan (Loyang 8" x 8" )...

  • 10 biji telur gred A
  • 500 g mentega berkualiti tinggi (DJ menggunakan mentega SCS)
  • 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
  • 150 g gula kastor
  • 100 g serbuk horlicks
  • 150 g serikaya
  • 300 g susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
Cara-cara...
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
  8. Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis.
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA :
  • Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
  • Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
  • Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
  • Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" atau 10" x 10" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
  • Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
  • Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.



Yang pastinya bebudak ni amatlah suka... Selagi stok masih ada, kalau boleh nak bawak bekal ke sekolah tiap hari... Mak budak ni pon suka sangat rasanya... Tapi still kurang puas hati dari segi tekstur... Kurang lembab walaupun dah simpan seminggu... Maybe telur kecil sikit so kuantiti telurnya terkurang... Or maybe butter kurang berkualiti ataupun suhu oven agak tinggi buatkan kek ni kurang lembab... Takpe, next time kalau rajin boleh cuba lagi... Yang ariff, bolehlah bagi petua yer... :)


Budak-budak ni memang sukakan kuih muih berpandan dan berkaler hijau ni... Sampaikan si kakak kata nak makan lapisan hijau jer... Amboi-amboi... Penat umminya melapis sampai sakit pinggan nak makan yang hijau jer... Next time ummi buat kek seketul perasa pandan kaler hijau... Makanlah sampai puas... Ummi pun takpenat nak melapis... Eheee....

Ada cita-cita nak melapis kek kukus dalam masa terdekat ni... Tapi nak dapat semangat R tu, entahkan bila... Nak-nak musim sejuk ni... Kejenya nak melingkar dalam selimut jer... :P ... Penimbang dah nazak tu pun kena cari pengganti sebelum next project... Sampai sini dulu entry kali ni... Panjang umur, insyaallah jumpa lagi... Sekian, Wassalam...


Seri Kaya Pandan...

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran... Winter sudah menjelma lagi... Pejam celik, pejam celik sudah setahun masa berlalu setelah melahirkan si kecil Iman ini... Tapi yang tak bestnya, Iman dah hampir setahun, Umminya belum lagi berjaya capai berat ideal... Hihihihiih... Jika panjang umur, tidak lama lagi genap setahun juga usiaku bertambah... Syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNYA... Alhamdulillah...

Okey, terus ke entry masak-masak... Seri kaya pandan my feveret juga feveret anak-anak... Sehingga menjilat sudu bebudak tu... :) Resepi asalnya seri kaya karamel oleh CMG... Daku dah ejas sket dan tak buat karamel then just tambah pandan emulco juga sedikit pewarna hijau dan kuning...

~ Seri Kaya Pandan~



Bahan-bahan...
  • 3 biji telur
  • 400 ml pati santan
  • 240 g gula pasir ( Kalau taknak manis, boleh kurangkan sedikit)
  • 1 1/2 sudu besar pandan emulco ( Daku takde daun pandan)
  • Sedikit pewarna kuning dan hijau bagi seimbangkan warna

Cara-cara...
  1. Masukkan semua bahan di dalam periuk... Masakkan di atas api sederhana... Kacau menggunakan whisk sehingga bancuhan masak dan menjadi pekat... Kepekatan mengikut kesukaan masing-masing...
  2. Pastikan bancuhan sentiasa dikacau agar ia tidak berketul dan menjadi licin...
  3. Berhati-hati ketika mengacau kerana bancuhan akan memercik semasa di dalam proses menjadi pekat...
  4. Setelah siap, padamkan api... Sejukkan dan boleh disimpan di dalam botol atau bekas yang bersesuaian...
P/s: Jika ada daun pandan, boleh juga gantikan pandan emulco dengan pati daun pandan atau gunakan kedua-duanya sekali... Ikut citarasa anda...

Sebenarnya daku buat kaya ni untuk dimasukkan dalam bancuhan kek lapis... Dek kerana hari tu terlupa sangat nak angkut kaya dari Malaysia... Terpaksa lah merajinkan diri buat kaya sebab teringin sangat nak cuba buat kek lapis dalam entry akan datang ni... Cerita kek lapis, kita sambung nanti...

~ Gambar ni takde berkenaan denga seri kaya... bukan udang celup tepung cicah seri kaya pandan okey... Hihihhihi... Entah gambar mana sesat... Sumbatkan aje... ~


Sekian, wassalam...