Pages

Saturday, June 23, 2012

Semangat yang hilang and I'm Back...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pejam celik pejam celik 2012 sudah pun di pertengahan... Ramadhan pula menjelang tiba... Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang bernafas di muka bumi ini... Dan tanpa disedari juga sudah berbulan-bulan blog daku ini tidak dikemas kini... Bukan setakat tidak dikemaskini, dijengah pun tidak... Bukannya sibuk sangat sehingga tidak sempat... Cuma semangat yang hilang... Eheeee...

Dalam masa tidak bersiaran itu, banyak juga perkara yang berlaku... Antaranya, Malakoff Family Day 2012 telah berlangsung dengan jayanya... Kali ini diadakan di Wafra Desert Camp... Merasa jugaklah kami ber'camping' beramai-ramai di penghujung musim sejuk... Owhhh memang sejukkkk...






Mommies...


Ada juga daku diminta memasak sedikit  serta menjaga gerai nasi lemak sempena Malaysian Food Bazaar yang diadakan di Kedutaan Malaysia di Kuwait... Bukan masak banyak pun, cuma daging masak hitam untuk digandingkan dengan nasi lemak... Tak disangka juga gambar semasa bazar tersebut disiarkan di surat khabar tempatan... Kredit gambar dari Naa Ummu Syamil... Akak mintak izin copy yer... Semasa berita ini keluar di dada akhbar, kami telahpun selamat sampai di tanah Belanda untuk cuti-cuti musim bunga...

Keratan akhbar...




Gambar ini juga daku ambil dari Fb Zura... Malas daku nak korek memory card yang lagi satu... Ehehee...



Good job everybody... Kredit gambar to Abang Megat...



Usainya Malaysian Food Bazaar, tengah malam itu kami pun memulakan perjalanan cuti-cuti musim bunga kami... First landing di Amsterdam, Netherlands... Merentasi Brussel, Belgium... Kemudian ke UK... Menjelajah Italy dan berakhir di Rome... Dua minggu lebih yang memanglah seronok sebab dapat tengok tempat baru tetapi tidak kurang juga memenatkan... Iyalah, berjalan bukannya berdua-duaan berbulan madu... Berjalan bersama anak-anak... Apatah lagi bersama dengan si Iman yang mulai lasak dan baru dapat kaki... Sungguh adventure... Eheeee... Tetapi pengalaman bercuti bersama keluarga itu tetap indah... Bukan kerana jauh mana kita pergi tetapi yang lebih penting lagi bermakna adalah dengan siapa kita melalui dan menikmati momen-momen berharga tersebut...  Betul tak? 

 Salah satu spesis bunga yang ada di Keukenhof, Netherlands...



Us at Keukenhof... Photo taken by Irfan... Nice job huh...



One of my favourite momento... At Venice, Italy...




Selepas kembalinya cuti-cuti, penat belum pun hilang sibuk pula mengemas dek kerana memasuki rumah baru... Penat memanglah penat, tapi bersyukur juga dapat pindah ke rumah yang sedikit selesa sesuai dengan keperluan serta perkembangan anak-anak... Alhamdulillah...

Dalam pada itu, adalah jugak masak-masak sikit untuk makan-makan house warming... Mula-mula daku hanya buat untuk ibu-ibu Malakoff sahaja... Baru- baru ini barulah daku berkesempatan untuk buat majlis seisi keluarga untuk Malakoff families... Tidak lupa juga daku telah selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-10... Syukur padaNYA atas segala rahmat dan kurniaanNYA... Alhamdulillah... 

Daku juga telah selamat menduduki peperiksaan akhir kelas Bahasa Arab untuk level 2... Secara tak rasminya, alhamdulillah sudah pun lulus... Cuma menanti keputusan rasmi dan majlis penyampaian sijil... Insyaallah, ada rezeki juga kesempatan boleh sambung ke level 3 pula nanti...

Dan selebihnya rutin harian yang biasa... Yang rutin tu pun kalau nak disenaraikan, never ending story kan... Bukan untuk daku sahaja... Untuk semua orang pun sama juga... Tak kiralah suri rumah juga yang bekerja... Sama sahaja padat jadualnya... Tak bolehlah kita kata yang surirumah senanglah boleh duduk rumah goyang kaki... Cuba anda yang bekerja rasa hujung minggu? Goyang kakikah? Tidak bukan... Lelah juga menguruskan keluarga... Tidak adil juga surirumah mengatakan cuma dia sahaja yang bersusah payah uruskan rumahtangga sedangkan yang bekerja tidak... Bayangkan yang bekerja juga ada tanggungjawab dan beban digalas semasa di tempat kerja... Sekembalinya ke rumah sambung lagi kerja-kerja rumah seperti mana yang anda surirumah lakukan... Bezanya, yang bekerja 1/3 masanya di luar rumah... Tapi tanggungjawab tetap sama... Dan daku juga pasti mereka juga berusaha keras untuk melakukan yang sebaik mungkin kepada keluarga yang mereka cintai... Tak begitu?

Alahai, kan dah melalut... Ngeee... Tidak ketinggalan juga menghadiri jemputan majlis dan rakan taulan... Dan sesungguhnya yang paling tak best adalah, badan daku makinlah mengembang dengan jayanya... Itu yang lagi membuatkan semangat ini hilang... Eheeee.... Puas jugalah untuk menjejak semangat yang hilang, akhirnya ketemu jua... Alhamdulillah... Insyaallah akan mula perlahan-perlahan... Ini entry memanaskan enjin sahaja... Insyaallah jumpa di lain masa... Sekian, Wassalam...

6 comments:

  1. Selamat kembali berblog Aymy, jgn la hilang semangat. Bila dah mula tu, pasti kwn2 disini nak tahu perkembangan kisah Aymy ditempat org. Anggaplah blog ni sbg teman sejati, tak tengok sehari, tak boleh tidur malam...hehe..
    Akak respect kaum wanita yg bekerja tapi tetap menjalankan tanggungjawab dirumah, memasak, membasuh, jaga anak dll. Penat tu...kita yg tak kerja ni pun kekadang surrender.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah akan cuba... Eheee... Kerja rumah tak pernah habis... Tak kiralah pada yg bekerja atau tidak... Saya dah merasa dua-dua... Ehee...

      Delete
  2. Bestnya.. Jln2 byk negara plak tu.. Untung akak..:) jgn hilang smgt kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Rezeki dapat jenjalan... Insyaallah akan kembali perlahan-lahan...

      Delete
  3. itu la....lama jugak akak menghibernatekan diri. kat fb pun sunyi :)) jangkit dengan saya ke kak?

    harap rajin memblog kembali....

    p/s saya punya fb mmg deactivate. seminggu skali jek akan buka atas sebab2 tertentu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan... Memang takde modd betul... Kat Fb kdg2 boring tgk status org yg ntah apa-apa... Annoying... So, baik akak duduk diam2 kan... Takut org pon annoy dgn kita kalau kita tiap jam dok update status... Eheee...

      Delete