Pages

Sunday, July 22, 2012

Chocolate Ganache Cheese Tart & Double Chocolate Cheese Tart...

Assalamualaikum...

Ramadhan Kareem buat semua pengunjung beragama islam yang sudi datang bertandang ke teratak buruk daku ni... Alhamdulillah, kami di sini telahpun selamat menyelesaikan Ramadhan hari ketiga kerana kami di Kuwait telah mula berpuasa pada hari Jumaat yang lalu... 

Cheese tart ini daku buat dah lama... Baru berkesempatan untuk update... Resepi asas cheese tart ini daku ambil dari rumah Kak Ita Masam Manis di SINI dan juga rumah Kak Wan Resipicitarasawan di SINI... Kalau tidak silap daku, kedua-dua sumber asalnya adalah dari rumah Kak Azita Zain, Dari Rumah Azita di SINI... Kalau ingin melihat resipi asal, silalah berkunjung ke rumah kakak-kakak di sana... :)

Resipi ini daku sudah olah sedikit dengan menambahkan filling coklat ganache di dalam kedua-dua jenis cheese tart ini... Maka yang cream cheese biasa diletakkan filling coklat ganache, menjadi Chocolate ganache cheese tart dan yang chocolate cream cheese diletakkan filling coklat ganache menjadi Double chocolate cheese tart... 

~ Chocolate Ganache Cheese Tart & Double Chocolate Cheese Tart ~



Crustnya daku buat dua perisa satu yang biasa dan satu lagi yang coklat... Namun di sini daku hanya kongsikan resipi bagi crust yang biasa sahaja kerana resipi crust coklat yang daku cuba dari sumber yang lain tempoh hari tidak memenuhi citarasa daku... 


~ Aneka crust~




Okey jom kita tengok resipinya...

Sumber asal resipi: Azita Zain @ Dari Dapur Azita Zain
Olahan: Aymy @ Aymywithlove

TART CRUST/ SHELL...

Bahan-bahannya...
  • 170gm marjerin atau butter 
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla


Cara membuatnya...
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. 
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Untuk cheesenya pula, daku kongsikan kedua-dua perasa cheese... Yang biasa iaitu perasa vanila/ lemon dan juga perasa coklat...


VANILA/ LEMON CREAM CHEESE...


Bahan-bahannya...
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
  • sedikit coklat emulco untuk lorekan


Cara-cara membuatnya...
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. 
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. 
  4. Ketepikan 2-3 sudu adunan putih untuk lorekan. Adunan ini diletakkan sedikit coklat emulco.
  5. Masukkan filling coklat ganache menggunakan piping bag ke dalam kulit tart.
  6. Kemudian, masukkan pula cream cheese  juga gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  7. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tart menggunakan adunan yang telah diasingkan dan ditambah coklat emulco tadi.



CHOCOLATE CREAM CHEESE...

Bahan-bahannya...
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 80 g coklat masakan
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu besar coklat emulco

 Cara-caranya...
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanila.
  3. Putar lagi hingga rata. Ketepikan 2-3 sudu besar adunan putih untuk lorekkan.
  4. Picitkan filling coklat ganache ke dalam kulit tart. 
  5. Kemudian masukkan coklat cream cheese ke dalam piping bag dan picit penuh ke dalam kulit tart.
  6. Untuk lorekan, masukkan adunan putih yang diketepikan tadi ke dalam piping bag, gunting sedikit muncungnya. Buat beberapa dot di atas permukaan adunan kemudian lorek dot dengan pencungkil gigi.
  7. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Sentuh krim dengan hujung jari. Jika tidak melekat maknanya telah masak. Jika tidak, bakar seminit lagi.

Untuk filling coklat ganache pula ini resepinya...

CHOCOLATE GANACHE FILLING...

1/2 cawan heavy cream ( daku tiada, maka daku gunakan whip cream sahaja)
100 gram dark cooking chocolate
1 sudu besar butter

Cara-caranya...

  1. Panaskan heavy cream sehingga mendidih. Tutupkan api. 
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau sebati.
  3. Masukkan pula butter dan kacau rata sehingga licin berkilat.
  4. Sejukkan sedikit dan gunakan secepat mungkin bagi mengelakkan coklat membeku.

~ Cream cheese daku tak cukup membumbung... Lain kali kena letak lebih sikit baru naik cantik ~



Terima kasih sekali lagi pada empunya resipi asal dan pengongsi yang sudi berkongsi ilmu... Memang sangat sedap crust dan cream cheese bagi kedua-dua adunan ini... Daku sangat berpuas hati... Tak boleh buat selalulah nampaknya, takut baju makin sendat dan lemak-lemak hodoh menojolkan diri... Ehehehee...


Sampai sini dulu entry aneka cheese tart... Berjumpa lagi di lain entri... Sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment