Pages

Thursday, March 24, 2011

Donut Suria Pelangi...

As-Salam...
Salam hari Khamis yang berbahagia... ni kes geram tengok donut kaler santek kat rumah CMG tu... menggoda mata & nafsu makan betul... eheee... kena plak lama dah tak mendonut... lagilah geram jer... kanak-kanak ni memang suka dengan donut... so, berbaloi kalau buat pun... takderlah donut tu mati keras kat atas meja tu jer... ehehee...donut ni, rasanya aritu ada nampak kat umah Kak Nis Jabriya... dia pun dah try... :)

Memang biasa buat donut pakai resipi Donut Suria ni pun... cuma kali nie ada kaler jer... daku ni memang jenis malas dah nak tukar2 resipi bagi benda yang dah biasa buat atau kalau rasa dah serasi dgn resipi yang dah biasa pakai... takut kang dah buat2 tak memuaskan hati, membazir jer... lainlah benda yang nak dibuat tu, benda baru or resepi sedia ada belum capai kepuasan hati... barulah daku akan cuba dan cuba lagi sampai dapat resepi feveret...

Resipi ni daku CnP kat umah Cik Mat ajerlah... idaklah daku rajin nak menaip balik... ehhee... Tenkiu Cik Mat...


~ Kaler n pattern kurang cun... cuba lagi ~


BAHAN-BAHAN...

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
  • 1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100 ml air suam*
  • 1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
  • Sedikit lagi air (tambahan)
  • Pewarna makanan merah jambu dan hijau
  • Gula halus untuk salut donat


CARA MEMBUATNYA...

  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Bagi doh tadi kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal. 1 lagi adun dengan warna merah jambu dan 1 lagi dengan warna hijau, adun hingga sebati. Kemudian satu kan ketiga2 tadi dan uli perlahan sehingga mendapat corak seakan2 pelangi atau marble.
  3. Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan donat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....

Donut ni wat dua bentuk... bentuk tradisi dan yang dah ditocangkan... yang kelakar, anak teruna teman tu yang berkenan beno dgn donut tocang tu... kakak dia lepak jer... agaknya kakak dah biasa kena tocang rambut, tu yang dah tak hairan tu... hihihi...

~ Tergelap sedikit ~



Ni plak buat roti telur bawang... tapi men belasah jerla... janji ada rasa roti, telur n bawang... rangup ke, lembut ke, daku dah tak kisah dah... yang penting, kuah kasi banjirrrrr.... uwaaaaaa, tak sabar nak balik bumi Malaysia tercinta... kepala otak ni kira nak makan aje... ahahhaa... pastu badan mengembang tak ingat baru menyesal tak sudah... hihiihi...


~ Roti telur bawang dengan dal banjirrr ~



Lepas baik jer demam, budak kecik ni dah ada benda baru yang dia boleh buat... tapi Iman ni malas la... mengereng malas... entah bila la nak meniarap nie... yang dia tahu, hisap jari... hisap penumbuk... main sembur air liur... jerit n ketawa mengekek.... hihiih... berat pun tak berat sangat macam kawan2 dia yang lain... halus jer... tapi berat still dalam range normal la... takperlah dik, asal adik sihat...

~Pegang botol sampai terlelap... bila dia ada mood jer dia boleh beraksi begini ~




Sekian, wassalam...

Wednesday, March 23, 2011

Rojak India & Air mata kucing ...

Salam...
Selamat petang Rabu... dah tengah-tengah minggu ni, mood memang baik sikit... sebabnya dah nak hujung minggu... boleh rileks dan santai... kanak-kanak juga akan bercuti sekolah selama seminggu pada minggu depan... kalau sebelum-sebelum ni, En suami sibuk sekali dengan outage kat plant... jangankan kata nak ambil cuti, cuti hujung minggu pun kena masuk plant... memang tiap kali outage pun macam ni... alah bisa tegal biasa... makan bulan jugak outage ni... nanti time summer pun ada lagi outage yang lagi panjang ...

Resipi asal Rojak India ni, dari Chef Norzailina Nordin dari Alaf21... Tapi biasalah, kalau sampai kat tangan daku dah kena ejas la... ejas bergantung pada stok bahan mentah, kerajinan nak menyukat dan seangkatan dengannya... bukan sesaja nak menderhaka... tapi basic resipinya macam nilah... Rojak india ni ada macam2 nama la kot... sebab ada tempat panggil mee rojak... ada panggil rojak ayam... ada panggil pasembor... daku tengok lebih kurang sama jer pun... beza dekat eksesori dia jer agaknya... entahlah... sape yg maklum, bagilah tau daku yer... :)




Sumber resepi: PN. NORZAILINA NORDIN -Alaf21

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Bahan Kuah:
900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka

Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.

Taugeh dan sengkuang takder dalam stok... So, daku tambah jejari ketam yang digoreng salut tepung, ayam goreng crispy dan mee kuning... kuah pun daku lebihkan kacang sebab mmg suka kuah yang banyak rasa kacang ala-ala kuah kacang gitu...

~Banjir~



~Slurppp... sedap minum time2 cuaca panas nie... ~



Ni plak kes little Iman... gara2 kena jab Ahad aritu, terus jer demam... kat sini kalo jab bukannya campur ubat dalam sekali jab... sini, kalau dua ubat, dua kali lah jabnya... kali ni 3 ubat... satu oral dan dua kali jab kat kaki kiri kanan... maka, inilah hasilnya... 2-3 hari jugaklah demamnya turun naik... hari ni baru totally baik dari demam... alhamdulillah...


~Sian Tite... bak kate acik Ainn tite... ~



Sampai sini dulu entry ini... nanti sambung lagi... Sekian, wassalam...

Tuesday, March 22, 2011

Lemon chicken & Nasi goreng cina...

Salam...
Sambung lagi masuk entry... ari ni mengagahkan diri masuk entry... sebabnya nanti kalau mood malas sampai, alamatnya bersawang la umah ni... hihihii...

Ni plak akibat tetiba teringat lama tak makan Lemon Chicken Lina... Lina tu sifu Lemon Chicken kat Q8 ni ha... Lemon chicken beliau menjadi pujaan sahabat handai... ehehhee... biasa kalau nak makan, request jer kat beliau.. kali ni try wat sendiri... resipi pun cecampak jer... sebabnya si sifu aka Lina ajar, cecampak jer kata dia...

Ayam tu bersihkan dan perap dengan garam & serbuk lada sulah... bila nak goreng just celup telur & golek dengan tepung... goreng deep fry... kalo nak senang pakai tepung goreng segera tu jerkan... macam2 cap ada... perasa pun ada macam-macam... tapi daku kat sini takde... just pakai all purpose wheat flour campur rempah kurma, garam & lada sulah sket... pun sedap jugak...

Gravy dia... Jus lemon, kordial oren sunquick, air, garam n gula secukup rasa... ada jugak resipi yg daku jumpa tambah sos plum... daku takde, so wat yg basic jerla... Lemon chicken ni makan ngan nasi goreng cina... nasi goreng memang daku tak makan la... ratah ayam ajer... budak-budak ni plak takmau dengan gravy... nak ayam saje... ehehe...


~ Lemon chicken ~



~ Nasi goreng cina & Air mangga kordial sunquick ~




~Kek batik sesat... setiap kali buat, tak pernah nye ensem kek batikku ini... :P ~




~ Rezeki pagi jumaat... jiran atas bagi... seharian daku tak masak :) ~


Nanti bebila masuk entry berpasiran dengan kanak-kanak ni plak... Sekian, wassalam...