Pages

Sunday, June 24, 2012

Otak-otak ikan tenggiri...

Assalamualaikum...

Entry masak-masak pertama setelah begitu lama memerapkan diri... Entah kenapalah mood seakan hilang untuk berblogging sejak dua menjak ini... Hendak dikatakan sibuk, tidaklah sesibuk mana... So, warming up dan streching sikit pembakar semangat...

Dalam peti ais adalah beberapa keping ikan tenggiri yang entah sudah sekian lama kejung bertapa di dalam tu... Tak tahu nak dibuat apa... Tertengok pula siaran Masterchef selebriti yang masak otak-otak... Maka dapatlah idea nak mencuba.. Tak pernah buat pun sebelum ni... Makan aje pandai... Cuba jugalah buat walaupun tak ada daun kelapa... Mana pula nak dicari daun kelapa dekat sini kan... Daun pokok kurma adalah...  Ehehee... Maka daku gantikan dengan daun pisang... Hasilnya... 




Memang ada rasa otak-otak yang daku biasa makan... Kalau bakar dengan daun kelapa juga atas bara arang, lagilah terangkat... Resepi asal  Otak-otak daku ambil daripada Kak Ita Masam Manis di link SINI... Namun di sini juga daku dah olah sedikit untuk simpanan daku... Terima kasih Kak Ita... Nanti bila lapang saya pergi geledah lagi dapur akak lagi... Banyak resipi menarik dekat sana...

OTAK-OTAK...


3 keping ikan tenggiri - Diambil isinya dan dicincang halus
3 batang cili merah * dikisar
5 batang cili kering *
1 cm kunyit hidup*
1 batang serai*
3 biji buah keras*
1 sudu besar serbuk ketumbar atau 2 sudu besar ketumbar biji*
1cm belacan*
Secarik asam keping
1/2 cawan santan
Garam gula secukup rasa
Daun kelapa untuk membungkus
Lidi secukupnya


Cara-cara...
1. Masukkan semua bahan kecuali isi ikan, daun kelapa dan lidi ke dalam periuk... Masak sehingga kuah menjadi pekat... Sejukkan...
2. Apabila sudah sejuk, masukkan isi ikan dan gaul rata...
3. Isikan inti ikan ke dalam daun kelapa dan sematkan lidi di kedua hujung... 
4. Panggang sehingga masak...


Jika hendak dibuat inti popia bahannya sama... Cuma kaedahnya sedikit berbeza dan ada sedikit tambahan bahan... Bahan kisar ditumis dengan sedikit minyak... Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga kering dan perisakan dengan garam, gula dan asam keping tadi... Sejukkan... Apabila bahan tumisan telah sejuk, masukkan isi ikan, 2 sudu besar tepung ubi dan setengah biji telur. Gaul sebati. Kemudian boleh diisikan ke dalam kulit popia. Kalau biasanya popia kita digulung bulat, tapi popia otak-otak dileperkan sedikit seperti bentuk lepat.


Intinya...




Selepas dibungkus daun pisang serta dipopiakan...



Edisi popia for tea... Edisi daun pisang for dinner... Khalasss... 



Sekian, sampai sini... Wassalam...

Tuesday, January 17, 2012

Kiddos meals n Ummi's tea time...

Assalamualaikum...
Dah berbulan lamanya tidak tersapu sawang kat rumah ni... Entah apa yang disibukkan, daku pun tak pasti... Ehehee... Sebelum yang lalu lalang naik mual asyik terpandang agar-agar yang dah berkurun lama tu, daku masukkan sket entry masak-masak yang juga bukan baru... Tapi baru sempat nak update... :)

Smarties cupcake ni buat masa budak-budak ni ada party kat sekolah... Saja buat tambah-tambah kudap-kudapan diaorang... Resipinya, daku pakai resipi kek coklat moist biasa yang daku buat...

~Smarties cupcake~


~Close up~



Spaghetti malas dengan Chicken fingers... Lunch untuk kanak-kanak itu... Dinner masak lain yang juga campak-campak... hihii...


~ Spaghetti n Chicken fingers~



Kek pelangi carca merba, Cendol dan Tempek pisang... Ada tempat panggil Lempeng pisang... Mana-mana ajerlah... Nak bungkus satu-satu buat lepat, daku malas... So, lempengkan aje... janji ada rasa pisang dengan kelapa... Yang pasti, Muhammad Iman tak suka... Makanan lembik-lembik semuanya dia tak suka, termasuklah buah pisang dan juga bubur...


~ Kek Pelangi~



~Tempek pisang~



~Cendol~



Tu jer gambar masak-masak yang tercicir... Buat masa ni tak ada masak-masak yang fancy-fancy... Sungguhlah menjadi malas di musim sejuk... Salahkan musim pulak, padahal memang diri sendiri yang MMMMMMalas kan... Eheeee... Insyaallah, ada kesempatan jumpa lagi... Sekian, Wassalam...

Thursday, November 10, 2011

Kek Lapis Coklat Pandan...

Assalamualaikum...
Sambungan entri tuk hari ini... Kek lapis ni buat pun dah lama... Tapi, biasalah... Entry daku kalau tak peram tak sah... Resipi asal adalah Kek Lapis Mocha Pandan by DayangJack@ Dapurku sayang... Tapi daku takdelah letak coffee emulco or Nescaffe, jadinya rasa coklat ajerlah...

Inilah first time daku melapis kek lapis versi bakar ni... Dah berminggu-minggu yang lalu pun buat kek ni... Memang tak terfikir mampu buat pun sebelum ni... Biasanya main order jer kek lapis sarawak ni... Kalau setakat 4-5 lapis, daku boleh tahan lagi... Ni berbelas lapis, umak aiiii... Bercinta makcik... Tapi dek kerana teruja sangat tengok kek ni sampai terigau kat dapur DJ, gagahkan jugak... Udahler seri kaya nye takder la pulak kan... Kena buat seri kaya dulu lah pulak... Adoyaiiii... Tapi lepas menuntut sket dengan Kak Ana few weeks back, adalah jugak semangat tu datang... Semangat sudah mariiiii...

Akhirnya, jadiklah kek lapis seperti ini... Serba kekurangan rupanya... Harap maaflah yer... Budak-budak baru nak belajar... Asalnya daku timbang setiap lapis tu, tiba-tiba penimbang digital tu buat hal lah pulak... Dah tak berfungsi pulak... Tukar bateri pun tak boleh pakai jugak... Aiyakkk... So, main agak-agak jerla lapisnya... Tu la, lapis ada yang tinggi rendah... Buat-buat kelabu mata sudah lah yer... Eheeee....

~ Kek Lapis Coklat Pandan First Timer :P ~




Ini resipi asal oleh DJ okey... Terima kasih daun keladi yer DJ... Nanti bebila rajin daku gi korek resipi kat sana lagi...

Kek Lapis Mocha Pandan
Resipi: DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan (Loyang 8" x 8" )...

  • 10 biji telur gred A
  • 500 g mentega berkualiti tinggi (DJ menggunakan mentega SCS)
  • 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
  • 150 g gula kastor
  • 100 g serbuk horlicks
  • 150 g serikaya
  • 300 g susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
Cara-cara...
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
  8. Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis.
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA :
  • Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
  • Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
  • Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
  • Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" atau 10" x 10" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
  • Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
  • Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.



Yang pastinya bebudak ni amatlah suka... Selagi stok masih ada, kalau boleh nak bawak bekal ke sekolah tiap hari... Mak budak ni pon suka sangat rasanya... Tapi still kurang puas hati dari segi tekstur... Kurang lembab walaupun dah simpan seminggu... Maybe telur kecil sikit so kuantiti telurnya terkurang... Or maybe butter kurang berkualiti ataupun suhu oven agak tinggi buatkan kek ni kurang lembab... Takpe, next time kalau rajin boleh cuba lagi... Yang ariff, bolehlah bagi petua yer... :)


Budak-budak ni memang sukakan kuih muih berpandan dan berkaler hijau ni... Sampaikan si kakak kata nak makan lapisan hijau jer... Amboi-amboi... Penat umminya melapis sampai sakit pinggan nak makan yang hijau jer... Next time ummi buat kek seketul perasa pandan kaler hijau... Makanlah sampai puas... Ummi pun takpenat nak melapis... Eheee....

Ada cita-cita nak melapis kek kukus dalam masa terdekat ni... Tapi nak dapat semangat R tu, entahkan bila... Nak-nak musim sejuk ni... Kejenya nak melingkar dalam selimut jer... :P ... Penimbang dah nazak tu pun kena cari pengganti sebelum next project... Sampai sini dulu entry kali ni... Panjang umur, insyaallah jumpa lagi... Sekian, Wassalam...