Assalamualaikum...
Selamat hari Khamis... Sudah sampai penghujung minggu buat kami di sini... Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-7 kami di sini berpuasa... Bersyukur juga ke hadrat Allah kerana anak-anak dapat berpuasa dengan lancar sehinggalah hari ini tanpa merungut sedikitpun tentang lapar dan dahaga... Mungkin kerana mereka telah biasa berpuasa penuh 2 tahun kebelakangan ini...
Entah kenapa terasa sangat nak makan cheesecakes... Nak buat loyang besar nanti asyik ulang makan sahaja... Maka dalam membelek resipi, jumpa resipi untuk buat cheesecake comel ini... Resipinya mungkin lebih kurang sama sahaja dengan cheesecake biasa yang lain... Cuma kaedahnya, dimasukkan ke dalam paper cup sahaja...
Apapun daku kongsikan resipinya di sini...
~ Jom makan ~
LITTLE STRAWBERRY CHEESECAKES...
Olahan: aymywithlove.blogspot.com
Sumber: BBC Good Food
Base:
- 50 g butter
- 6 keping biskut digestive ( dihancurkan)
- 225 g cream cheese
- 125 g double cream
- 50 g gula ising
- 1 biji telur
- sedikit parutan lemon
- 1/2 sudu besar jus lemon
- 1/2 sudu teh esen vanila
Topping:
- Sedikit jem strawberry ( dicairkan)
- Beberapa biji strawbery dipotong 4
Cara-caranya:
- Panaskan oven pada suhu 150c. Griskan loyang muffin ataupun acuan yang sesuai. Susun paper cup ke dalam loyang ataupun acuan.
- Cairkan butter dan masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi. Gaul sebati. Masukkan sedikit adunan biskut kedalam paper cup tadi. Tekan sehingga padat. Sejukkan seketika.
- Untuk filling, pukul cream cheese, gula, telur, parutan kulit lemon, jus lemon dan esen vanila sehingga licin.
- Di dalam bekas lain, pukul double cream sehingga bertanduk dan masukkan ke dalam adunan cream cheese. Gaul rata adunan.
- Masukkan adunan filling ke dalam piping bag. Gunting sedikit di hujung. Picitkan filling sehingga penuh di atas adunan biskut yang telah disejukkan tadi.
- Ketuk loyang di atas permukaan rata tadi agar filling menjadi sekata.
- Bakar selama 30 minit. Setelah masak, sejukkan.
- Untuk hiasan, letakkan sedikit jem strawberry yang telah dicairkan. Susun strawberry yang telah dipotong tadi.
~ Tekankan adunan biskut ~
~ Jem strawberry untuk topping ~
~ Sedia untuk dihidang~
Sampai di sini dulu entri kali ini. Jumpa lagi di lain entri. Sekian, wassalam...