Pages

Monday, July 02, 2012

Salmon Fillet With Garlic Pepper Sauce serta konco-konconya...

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin... Euro 2012 telah pun tamat... Dengan ini, jadual tidur rakan taulan di tanahair bolehlah kembali seperti sedia kala... Kami di sini tidaklah terganggu jadual tidur dek kerana kelewatan  5 jam dari masa di tanahair... Usai perlawanan biasanya sekitar jam 12 tgh malam waktu di sini... Ok lagilah kan... 

Okey, kembali kepada cerita masak-masak... Kali ini tiada resipi yang daku hendak kongsikan... Ini kerana semuanya daku main agak-agak dan ikut suka sahaja,.. Kalau yang berminat, bolehlah cari menerusi Mr. Google... Pastinya banyak resipi yang akan memenuhi citarasa dan juga mengikut sumber bekalan bahan yang ada... Jadinya entri kali ini, entri tayangan sahaja.. Eheeeee... :P

Daku memanglah peminat Salmon No.1... Macammana ya, hendak digambarkan minatnya... Katakanlah kalau pada awalnya sebelum ke kedai makan dalam fikiran daku sudah terbayangkan menu lain yang ingin di'order' tetapi apabila sudah sampai ke kedai dan ada pulak salmon di dalam menu, pasti daku akan berbelah bahagi dan meronta-ronta jiwa raga samada ingin kekal dengan tujuan asal mahupun beralih arah kepada salmon... Ahahaha.... Terukkan? 

Biasanya kalau teringin hendak makan salmon, daku makan di luar sahaja... Kerana isirumah tak berminat dengan salmon... Hendak masak pun tak ada 'mood' rasanya... Tapi semasa keluar membeli bekalan isirumah minggu lalu, ternampak pulak salmon yang dah lama daku tak makan... Teringat pula tayangan perdana salmon steak oleh my old friend Puan Jonaina tidak lama dahulu... Aduh, teruja pula untuk cuba masak sendiri... Sudah terasa dan terbau-bau ke'ikanan'nya tatkala di pasaraya itu... Siapa yang tak suka bau ikan, sila angkat kaki... Eheee....

Hasil google berbagai resipi dan gravynya juga main campak-campak... Akhirnya...


~Salmon Fillet With Garlic and Pepper Sauce berserta konco-konconya ~




~ Spicy Creamy Prawn and Mushroom Pasta ~



~ Garlic Oregano Baguette With Mushroom Soup ~



~ Sumber Sayuran~



Sampai sini dulu entry tayangan kali ini... Entri akan datang insyaallah akan ada resipi untuk dikongsi bersama... Samada resipi kawan-kawan atau godek-godek sendiri... Sekian, Wassalam...

16 comments:

  1. sedapnya ya rabbi.... kami sini satu umah giler salmon. tapi ikan itu rega leh tahan :(( nanti nak try la wat mcm akak buat nih. awat tak buh resepi? sarip punya style just kukus gitu jek.... buh garam then lada itam. tu pun sedap sudah. lau mcm ni lagi la yummy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ila, tu la akak sorang jer yg layan... Tapi kali ni buat, boss kata sedap... Eheee... Ikan tu tak bubuh apa pon... black pepper and salt jer... then, panaskan butter sket masak atas nonstick pan jer... tutup la pan, bagi dia masak rata...

      Gravy dia, cairkan butter and campur tepung sesudu dua... mcm nak buat gravy chicken chop... masukkan parutan garlic sket... campur air or susu... perasakan garam dengan pepper... nak kaler, letak kaler kuning sket... masak sampai pekat gravy dia... kalau suka nak masam, leh letak sket lemon juice... akak tak letak pon... lemon perah kemudian jer bila nak makan...

      Delete
  2. salam kenal... seyes nmpk sgt sedaaap

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ FnF sudi singgah... Kalau dah salmon lovers, kalau masak macam mana pun memang rasa sedap...

      Delete
  3. oooo.... weekend ni nak try jugak insyaallah. nanti saya wat laporan. thanks kak ayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eheee... Try la... Insyaallah tak menyesal... Kalau dah suka salmon, masaklah kot mana pon... Memang la sodap... Eheee...

      Delete
  4. Akk belum pernah masak salmon, mesti sdp ni:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa suka ikan sedap kak... Sebab ada bau lemak ikan tu... :)

      Delete
  5. aimy yg diingati...semuanya sedap ni. Kak Jun pun peminat Salmon. Suka grill saja and makan dgn brokoli. and kak jun pun kalau masak2, macam aimy juga, jarang ikut aturan...main campak-campak. janji yg kita campak tu memang harmoni dgn perisa lauk pauk kita tu....mesti sesuai dan menyelerakan. U take care my dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Jun, betul... Gril saja dgn pepper n salt pun sedap dah kan... Tq kak sudi singgah... U too take care...

      Delete
  6. Assalamualaikum Aymy,

    salam perkenalan dari kak Nur yg jauh....terima kasih sudi singgah ke blog kak
    Nur yg tk seberpa tu....wow ikan salmon...ini fav hubby kak Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak... Terima kasih jugak sudi singgah sini... :)

      Delete
  7. Salam Kak Aymy,
    Mujur kami bukan hantu bole. Tvk yg final aje, itu pun selang seli dgn movie lain.hehehe...
    Salmon tu cantik berposing. Sayang nak makan. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu lah kan... Umah ni pon start pasang bila dh masuk semi... Eheee... Salmon posing maut namanya... hihiihi...

      Delete