Pages

Sunday, July 15, 2012

Simple Moist Chocolate Cake ...

Assalamualaikum...

Salam hari Ahad... Tinggal beberapa hari lagi menjelang Ramadhan... Semoga kita semua diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menempuhi Ramadhan kali ini... Insyaallah... Nampaknya Ramadhan dan Syawal kali ini daku sekeluarga akan berada di bumi Kuwait ini... Sedih juga tidak dapat bersama keluarga di tanahair... Jika panjang umur dan murah rezeki mudah-mudahan akan bersama keluarga di tanahair tahun hadapan...

Okey kembali kepada cerita kek... Kek coklat ni simple dan sangat mudah untuk dibuat... Daku percaya kanak-kanak sekolah rendah pun mampu nak buat kek ini :) ... Sudah bertahun-tahun daku ulang pakai resipi kek ini jika ingin membuat kek coklat versi kukus... Resipinya mudah sahaja...

~ Versi cuppies ~




Moist Chocolate Cake...
Bahan-bahan..
  • BAHAN A:
  • 1 cawan air
  • 1 cawan serbuk koko ( Kalau di Malaysia daku gunakan Van Houten, di sini daku gunakan Alali)
  • 1 cawan gula pasir


  • BAHAN B :
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung (Kalau tak ada, minyak masak pun boleh)
  • 1 cawan tepung *diayak
  • 1/2 sudu teh baking powder *diayak
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara...
  1. Campur semua bahan A di dalam periuk dan masak di atas api sehingga gula hancur. Ketepikan.
  2. Pukul gula dan telur sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan bahan A tadi dan kacau lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan pulak minyak dan kacau lagi.
  5. Akhir sekali baru masukkan tepung dan baking powder. Kacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilenserkan.
  7. Panaskan dulu kukusan sehingga mendidih. Masukkan loyang berisi adunan. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk elakkan air menitis. Kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.
  8. Untuk coklat ganache, panaskan 1 cawan whipped cream di dalam periuk. Apabila telah mendidih, tutupkan api. Kemudian masukkan coklat masakan lebih kurang 50g dan satu sudu besar butter. Kalau ingin lebih kecoklatannya boleh tambah coklat masakan ikut selera masing-masing.


~ Versi cuppies~



Memang macam-macam resipi kek coklat yang ada di luar sana... Terpulang pada selera anda lah kan... Resipi daku ini hanya gunakan air... Jika anda mahukan kek yang lebih berlemak, anda boleh gantikan air dengan susu... Daku sukakan kek yang kuat bau kokonya dan rasa coklatnya, maka daku hanya gunakan air sahaja... 

~ Versi potong ~



Sampai sini dulu entry kali ini... Semoga ada kesempatan untuk berjumpa lagi... Sekian, wassalam...

3 comments:

  1. Lookin' good! Ohh! Great cake! I love to try that! Can't wait to try this recipe. I'll make these for my mom and my brothers and sister. They will be so happy about this.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap. nak try untuk jamu tetamu time raya pun ok nih..selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  3. To activate mcafee antivirus key, install, reinstall McAfee redeem key at Mcafee.com/activate call toll free +1-855-550-9333 visit www.mcafee.com/activate .
    http://mcafee.comactivationsupport.com/

    ReplyDelete