Pages

Monday, January 05, 2009

Moist Chocolate Cake...

Salam...
Entah kenapa aku dok terbayang2 kek coklat.. maka disebabkan sume brg2 nak dibuat kek tu ada kat umah.. aku pun buatla kek coklat yang paling senang n simple nie.. takyah pakai butter pun.. kek ni, resipi asalnya kek kukus.. tapi aku bereksperimen la ari nie.. try bancuhan yang sama tapi bakar.. apa jadi? Alhamdulillah kek ni menjadi.. still sedap n moist..

Resipi ni dah lama dlm simpanan aku.. dan dah entah berapa kali aku buat pun tak ingat.. hehehe.. maknanya tu, banyak kali dah la... setiap kali buat, memang tak menghampakan... bestt... resipi ni aku ambik dari Iqtiyani masa kami still kat Manjung lagi.. tapi tak silap aku, Yani pun ambik dari Dora.. Anyway thanks to Yani n Dora.. For cake lovers, especially yang lembut n gebu, you should try this...



Moist Chocolate Cake...

Bahan-bahan..

  • BAHAN A:
  • 1 cawan air
  • 1 cawan serbuk koko (kalau nak best, guna van houten)
  • 1 cawan gula pasir

  • BAHAN B :
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung (kalau takde sangat, minyak masak pun boleh)
  • 1 cawan tepung *diayak
  • 1 sudu teh baking powder *diayak
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Campur semua bahan A di dalam periuk dan masak atas api sehingga gula hancur.. ketepikan..
  2. Pukul gula dan telur sehingga kembang.. pastu masukkan esen vanila dan kacau rata..
  3. Kemudian, masukkan bahan A tadi dan kacau rata..
  4. Masukkan pulak minyak dan kacau lagi..
  5. Last sekali baru masukkan tepung n baking powder.. Kacau rata...
  6. Masuk dlm loyang yang dah dilengserkan... tuang adunan...
  7. Kalo nak kukus, panaskan dulu kukusan sampai mendidih... tutup loyang dengan aluminium foil tuk elak air menitis... kukus sampai masak...
  8. Kalo nak bakar, Bakar di dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu.. 180 Cel.. Bakar lebih kurang 30-40 minit atau sehingga masak.. yang mana dulu la kan...
  9. Kalau nak wat coklat ganache dia, senang jer.. panaskan 2 cawan whipped cream atas api.. bila dah didih, tutupkan api.. masukkan plak coklat masakan.. lebih kurang 100 g.. kalau nak lebih kecoklatannya bleh tambah coklat masak tu ikut tekak memasing la...
Itu jerla resepi dia.. senang jer.. Sekian tuk ari ini.. Wassalam...

Sunday, January 04, 2009

Roti Arab n Kari Daging...

Salam..

Hari ni tuk dinner, wat roti arab n kari daging jer.. Balas bekas Ita pun dengan menu yang sama.. hehehe.. Resipi roti arab ni dari Kak Fiza MR.. Memang sedap, gebus n tapi garing... Cubalah, sure tak nyesal...


Roti Arab...

Bahan-bahan ( 16 biji )

  • BAHAN A :
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • BAHAN B :
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
  4. Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
  5. tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
  7. Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
  8. bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!

Tuk resepi kari daging, rasanye tak payah la kot.. sume org pun pandai buat kan... hehehe...



Yang lagi satu nie, roti arab versi kanak2 ribena.. wakaka..


Itu saje tuk ari ini.. Wassalam...

Sambal kentang n cupcake pandan ...

Salam..

Dah lama tak entry resepi tuk masak2 nie.. ni menu semalam.. sambal kentang.. Resepi ihsan Rahman Bestari MR.. memang best makan ngan nasi panas2.. cubalah..


Sambal Kentang...

Bahan-bahan ( boleh ikut kreativiti dan citarasa masing2 )

  • 5 - 7 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 - 2 inci belacan - ditumbuk
  • 50 gm ikan bilis / udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 buku kiub ayam maggi / knorr
  • 3 sudu makan cili giling
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis
  • serbuk perasa (kalau perlu)

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
  2. Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau mengikut saiz kentang.
  3. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam maggi / knorr. Jangan terlalu empuk supaya tidak hancur.
  4. Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.
  5. Setelah selesai acara menggoreng, tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
  6. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat.
  7. * Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan menggunakan belacan yang sudah sedia berperisa masin.
Ni plak pandan cupcake.. asalnya resipi vanila cupcake.. tapi tambah 2 sudu kecil pandan emulco jer.. dapat la dlm 12-15 biji yg comel satu adunan nie.. kalo pakai cup yg kecik sket bleh dapat dlm 20 biji.. tepung tu aku kurangkan sket.. sebab tepung kat sini, ntah nape kalo wat kek mesti kena kurangkan.. kalo tak memang keras.. dah terkena beberapa kali.. huhuhu..

Pandan Cupcake...

Bahan-bahan

  • 200 g butter
  • 160 g gula kastor
  • 200 g tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • 2 sudu teh pandan emulco

Cara-cara

  1. Panaskan oven kepada 180 deg. Ayak tepung naik sendiri .
  2. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
  4. Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yg telah diayak dan kacau rata. Last sekali masukkan pandan emulco.
  5. Isikan tray dgn cup. Masukkan adunan tadi ke dalam cup. Isikan 1/2 atau 3/4 cup sahaja.
  6. Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak. Siap dan hidangkan..
Siapa nak deco pun boleh no prob.. tapi yang ni aku buat plain jer.. sebab taknak mkn ising..
Sekian tuk hari ini.. Wassalam...