Pages

Sunday, January 04, 2009

Sambal kentang n cupcake pandan ...

Salam..

Dah lama tak entry resepi tuk masak2 nie.. ni menu semalam.. sambal kentang.. Resepi ihsan Rahman Bestari MR.. memang best makan ngan nasi panas2.. cubalah..


Sambal Kentang...

Bahan-bahan ( boleh ikut kreativiti dan citarasa masing2 )

  • 5 - 7 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 - 2 inci belacan - ditumbuk
  • 50 gm ikan bilis / udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 buku kiub ayam maggi / knorr
  • 3 sudu makan cili giling
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis
  • serbuk perasa (kalau perlu)

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
  2. Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau mengikut saiz kentang.
  3. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam maggi / knorr. Jangan terlalu empuk supaya tidak hancur.
  4. Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.
  5. Setelah selesai acara menggoreng, tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
  6. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat.
  7. * Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan menggunakan belacan yang sudah sedia berperisa masin.
Ni plak pandan cupcake.. asalnya resipi vanila cupcake.. tapi tambah 2 sudu kecil pandan emulco jer.. dapat la dlm 12-15 biji yg comel satu adunan nie.. kalo pakai cup yg kecik sket bleh dapat dlm 20 biji.. tepung tu aku kurangkan sket.. sebab tepung kat sini, ntah nape kalo wat kek mesti kena kurangkan.. kalo tak memang keras.. dah terkena beberapa kali.. huhuhu..

Pandan Cupcake...

Bahan-bahan

  • 200 g butter
  • 160 g gula kastor
  • 200 g tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • 2 sudu teh pandan emulco

Cara-cara

  1. Panaskan oven kepada 180 deg. Ayak tepung naik sendiri .
  2. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
  4. Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yg telah diayak dan kacau rata. Last sekali masukkan pandan emulco.
  5. Isikan tray dgn cup. Masukkan adunan tadi ke dalam cup. Isikan 1/2 atau 3/4 cup sahaja.
  6. Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak. Siap dan hidangkan..
Siapa nak deco pun boleh no prob.. tapi yang ni aku buat plain jer.. sebab taknak mkn ising..
Sekian tuk hari ini.. Wassalam...

No comments:

Post a Comment