Pages

Monday, May 04, 2009

Sotong Sumbat Berempah, Kerabu Tomato n Ikan Goreng Berempah...

Salam...
Selamat ari senin... Arini kita makan nasi putih plakk... Sotong Sumbat Berempah, Kerabu Tomato Ikan Bilis n Ikan Goreng Berempah... tema ala2 seafood gitu.. ekekek... dah lame tak makan nasik n lauk pauk... arini terajin plak nak masak lauk2 simple...

Kerabu Tomato Ikan Bilis n Ikan Goreng Berempah ni aku amik kat umah Kak Hana makyung yang femes itew... Resipi dia kat sini... Kerabu Tomato Ikan Bilis dan Ikan Goreng Berempah...Kerabu tu aku tambah bunga kantan sket... mentang2 ler ader sket stok bunga kantan yg bwk balik ritu... eksen plak...ekekke, jgn maree... aku tak berapa suke sangat makan tomato nie... tapi dek kerana kerabu best bangat nie, aku makan ratah gitu2 jer... sampai tak cukup... ekekeke...

Ikan goreng tu, makan ngan kuah kicap yg diperah limau + bawang besar + cili api... Walla, terangkat... makan lak pepanas... mmg sodappp...


Sotong sumbat berempah ni aku amik resipi dia kat majalah lama... dah reput pon majalah tu... hehehe... Sodapp... kalo lagi pedas, lagi sedapp... boleh la ejas ikut tekat sendiri... kalo nak rase ala2 percik, bleh la tambah hirisan daun kunyit n daun limau purutt.. tapi aku tak letak... sajer cube ikut resipi asal dia....


Sotong Sumbat Berempah...

Bahan-bahan...

  • 12 ekor sotong sederhana besar ( dibersihkan)
  • 3/4 cawan santan ( dari 1 biji kelapa)
  • 200 g udang ( dibuang kulit, dibersihkan - dicincang)
  • 1 btg daun bawang ( dicincang)
  • 1 btg daun seleri ( dicincang)
  • 8 tangkai cili kering-dikisar
  • 4 tangkai cili merah- dikisar
  • 2 btg serai-dikisar
  • 4 biji buah keras -dikisar
  • 1 biji bawang besar-dikisar
  • minyak masak
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara...

  1. Gaulkan bahan cincang bersama sedikit garam dan serbuk lada hitam...
  2. Sumbatkan bahan cincang di dalam sotong. Kemudian, masukkan bahagian kepala sotong yang telah dibersihkan. Sematkan sotong dengan lidi. Buat sehingga habis...
  3. Goreng sotong sehingga masak dan ketepikan...
  4. Panaskan minyakdan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Campurkan santan dan masak sehingga pecah minyak...
  5. Masukkan sotong tadi dan biarkan beberapa minit. Tutup api. Sedia untuk dihidang...
  6. Jika nak tambah daun kunyit dan daun limau purut, boleh tambah di langkah 5 bersama sotong...
Nampak syiok tak sutun nie? hehehe... kalo dapat makan lagi syiokk... ekekke... selamat mencube n selamat menjamu selera...

Sekiann, wassalam....

No comments:

Post a Comment