Pages

Thursday, March 03, 2011

Homemade Mee Kuning & Mee Goreng...

Salam...
Selamat ari Khamis... Eeeee daku sangat suka hati sebab dah hujung minggu... bukan sebab apa, sebab boleh jalan-jalan cuci mata... tapi macam biasa, sementalah En suami yang sibuk, maka cuti weekend beliau tinggal sehari sahaja... so, segala2 benda nak kena buat hari tiu jugak... ke hulu ke hilir la seharian... penat tu memang penatlah kan... tapi best jugak sebab boleh cuti masak... makan kedai & tapau sahaja... :P

Minggu lepas jer kami bernasib baik, sebab En suami boleh cuti lama sempena Kuwait's National & Liberation day... dapatlah cuti Jumaat sehingga Ahad... lama lah sikit masa kami nak bercanda sesama anak beranak... :)

Balik kepada cerita masak2... mee kuning ni, buat entah minggu mana... lupa sungguh... agaknya 2 minggu lepas... resipi daku amik dalam Majalah Anis Bil 149, Januari 2010... Majalah yg diangkut masa balik cuti2 Malaysia tahun lepas... Resipi asal 1 kg tepung gandum... resepi ni, daku dah separuhkan ...

Sebelum tu, nilah rupa mesin yang daku guna... beli kat sini jer... malas nak angkut dari Malaysia... berattt... eheee...




Mee Kuning...




Bahan-bahan:

  • 500 g tepung gandum
  • 50 g tepung jagung
  • 200 ml air (daku guna 250 ml air)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air abu
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning
  • Minyak masak secukupnya untuk merenjis mee
  • Air secukupnya untuk merebus mee
Cara-cara...

1. Panaskan air untuk merebus di dalam periuk besar.
2. Campurkan 200ml air, air abu, garam dan pewarna kuning ke dalam bekas berasingan dan kacau sehingga larut.
3. Masukkan kedua-dua jenis tepung ke dalam bekas mengadun. Gaul rata seketika. Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan jangan lembik.
4. Uli seketika dan kepal-kepalkan doh menjadi bulat membujur. Leper-leperkan. Adunan tidak perlu di uli sehingga terlalu lembik atau terlalu lama.
5. Mulakan mencanai menggunakan mesin mee. Permukaan mee akan nampak kasar. Lipat-lipatkan doh dan ulang mencanai berulang kali sehingga kepingan menjadi licin dan cantik.
6. Laraskan ketebalan mee mengikut saiz yang disukai (daku guna sehingga saiz 2 sahaja). Jalurkan mee menggunakan bahagian menjalur. Letakkan mee yang dijalur memanjang di atas dulang.
7. Masukkan mee yang siap dijalur ke dalam air mendidih. Kacau sedikit agar mee tidak bergumpal. Setelah mee timbul, angkat dan toskan.

8. Sejukkan di atas dulang dan kirai-kiraikan sedikit. Apabila mee telah sejuk, renjis-renjiskan minyak dan lumur rata. Setelah itu boleh dibungkus atau disimpan di dalam bekas. Simpan di dalam peti ais.


Siap digoreng... Mee goreng hitam legam... Selamat menjamu selera...





Puri wif sambal bilis... Makan dengan kari pun sedap puri nie... :)



Sampai sini dulu cerita masak-masak... nanti rajin, ada cerita nak dikongsi, daku akan kembali... Sekian, wassalam...

4 comments:

  1. jiya penah wat skali jer mee kuning.. terus dah malas nak wat. hahaha.. penat! tapi mengancam mee goreng akak..

    ReplyDelete
  2. salam...

    ira pun ada maker mee tu, dapat hadiah. Tapi tak pernah buat pun...tak reti nak guna

    ReplyDelete
  3. wah rajinnya buat mee kuning sdiri....hehehe...

    ReplyDelete
  4. Jiya: Kat Msia sepah2 jual... apa susah... pilih jer... sini mmg xde jual mee kuning... kalo malas pakai spaghetti jer... belasahh...

    Ira: Kalo tak sebab sini tak jual, memang tak rajinlah nak buat... ehehe...

    Moklong: Terpaksa merajinkan diri... eheee...

    ReplyDelete