Pages

Wednesday, October 27, 2010

Berpada-padalah : Janganlah over sangat...

Salam...
Selamat ari Rabu... Entry hari ini, berkenaan ke'over'an status di FB dan komen susulan atas entry yang lepas... berkenaan jenama atau tidak? daku menyusun sepuluh jari atas luahan rasa tempoh hari dan hari ini andai ada yg terasa hati... ada ke yg kecik hati bila daku cakap daku tak suka pakai barangan yg tiruan? ehehehee...

Itu hak peribadi la kan... as I told you, tepuk dada tanya selera... kamu suka juga, kamu belilah... duit kamu, hak kamu... yang daku cakap, tentang daku... benda murah yang cantik dan daku suka, daku beli... biarlah tiada jenama, cap ayam atau made in China... takder hal okey... kalau barang2 yang mahal pun kalau daku suka & ada bajet daku beli juga... kalau takde bajet, daku anyam angan-angan sahaja... bukan keje daku asyik2 nak beli yg mahal-mahal saja... di Mydin pun daku pergi shopping juga... cuma daku tak suka jenama tiruan .... itu sahaja... :)

Kalau kamu suka yang tiruan sebab designnya cantik dan harganya menarik, terpulanglah pada kamu... tapi yang daku SANGAT tidak suka pada spesis biar papa asal bergaya dan mereka yang suka berlumba2 sapa hebat lagi dahsyat... juga mereka yang pakai tiruan sahaja tapi pura-pura original, berlagak dan sombong seolah2 mereka itu pakai yang original... orang lain yang pakai barangan berjenama original inipun senyap2 sahaja dan tak berlagak sombong... takder nak bising satu dunia... itu sahaja yg daku tidak suka...


Iklan kejap... Gambar hiasan semata2 juga... tiada kaitan dengan tajuk entry... :)

Anak dara saya suatu ketika dahulu...
DAN
7 Tahun selepas itu... cepat sungguh masa berlalu...



Sambung pulak cerita hari ini... entah kenapa dua tiga hari ni, daku rasa tahap kebosanan daku membuak2 la plak... Bosan sebab apa ek? Bosan mengadap status mereka2 kat FB nie... Kadangkala bukan tahap bosan aja... dah tahap meluat pun ada...Ya Allah, sucikanlah hati hambamu ini... Amin...


Daku bukan bosan kat specific person or what tapi secara amnya lah.. entahlah, makin hari makin menjadi2 pulak daku tengok... manusia2 kat Fb ni pon, mostly bukanlah yg baru daku kenal... most of them, daku kenal since zaman sekolah dulu2... belasan tahun yg lalu... maybe dulu, ada yg kenal2 gitu jer kan... ada yg rapat, ada yg tidak... but, since zaman dah ada FB nie, baru daku nampak belang2 manusia2 tu kan... macam2 perangai ada... macam mana nak kenal? huhuhuu... enteng dong... tgk jenis2 status yg dia biasa letak pon dah boleh nilai manusia jenis macam mana mereka ni...


Status yg ringan2, humor, biasa2 aja daku tak kisah la kan... kalau tak boleh letak status, apa halnya nak dibuat ngan FB tu kan... yang tak tahan tu, dengan status yang buat orang rasa mual & nak muntah you... walaupun daku pregnant, tapi bukan sebab alahan yer daku nak muntah... ahahha... :)

Antara spesis2 manusia ini...


Pertamanya... ada manusia yg letak pangkat kat pangkal nama... kalau kamu Dr. ke, Ir. ke, Dato ke, Datin ke daku tak kisah la... tapi kalau kamu setakat Manager ke, Ast. Manager ke tak payah la letak depan nama kamu tu... Manager X or Ast Manager Y... Ish, tak sanggup daku nak mandang... naik loya pon ade... maybe kamu sesaja, suka2, atau nak gurau2... tapi pleaselah... agak2 la... huhuuhuuh.... daku bukan dengki atau apa, daku sedar aku hanya cikgu cabuk aja.. tapi, ishhh... sakit matalah... ehehe.. tapi kalo daku pakai nama Cikgu Ayu, sedap jugak kan... ehehhee...


Keduanya... kamu tag dengan bisnes yang bukan2... kalo bisnes yang jual2 barang ni, daku tak kisah... tapi paling bosan dengan tag skim2 nak bagi kaya nie... segala macam mak nenek... jgnlah ingat sume orang terkejar2 sangat nak kaya... nak kaya bukan dtg bergolek... takdanya kalau kamu usaha tak tara mana, tiba2 emas nak turun dari langit... skim2 yg penuh penipuan nie... takkan kekal lama pon kayanya... banyak yang kamu dapat, jika tak berkat duit kamu... esok2 ,lagi banyak yg kamu kena keluarkan... juga nak nasihatkan juga bagi mereka2 yang buat marketing melalui facebook ni kan... kalo nak men'tag' tu kena berhemah la jugak... at least bgtau la feel free to tag and remove tag kan... yerla, kdg2 dah penuh dan berderet sgt dgn tag2 yang tak perlu... so, kalo kami pembeli yang berminat dgn produk tu, kami akan keep in tag la kan... kalo bukan keperluan kami , then kami remove jerla tag tue... jgnlah sebab kami remove tag, kamu nak berkecik2 hati pulak kan... itu hak kami la sebagai pembeli dan pengguna... ada plak yg sumpah seranah kita sebab kita remove tag dia punya posting... adoila, salah kamikah.?


Ketiganya... Sangat tak sanggup nak mandang status2 yang bukak pekung di dada berkenaan kisah umah tangga... sedara sedari... kamu nak gaduh suami isteri ker, suami dan isteri kamu ada affair ker, kamu nak maki hamun perempuan atau lelaki yang dok mengendeng2 pasangan kamu ke atau apa2 aja yg mengaibkan rumahtangga kamu, tak payahlah kamu nak heboh2kan... setel kamu suami isteri sudah... nak luahkan perasaan pun, pergilah ke saluran yang private sket kan... dengan org2 terdekat dan rapat dengan kamu... kenapa pulak nak canang satu dunia?... kamu bukan artis... takder sapa nak ambik tahu... takder sapa nak simpati... baca cerita gossip artis pun boleh meluat dan naik jelak... ini pulak kisah kamu... seganlah sikit dan hormatilah diri kamu sendiri... sebab benda-benda macam ini, secara tak langsung menjatuhkan maruah kamu sendiri...


Keempat... Alkisah mereka yang suka gaduh sana sini di FB nie... Haishh... kamu bukan kanak2 sekolah rendah lagi... tak payah la nak tuju posting2 menyakitkan hati kat orang lain... pulak nanti ramai pulak penyokong belah sana dan belah sini... sahut menyahut berbalas-balas komen yang bukan2... kamu tak segan ke? kamu masing2 dah beranak pinak... anak dah berderet pun ada... kenapa perlu jadi macam tu... bila kamu selalu sangat gaduh sana sini dgn X,Y dan Z... itu menunjukkan apa? kamu jugak yg tidak matang... kalo geram dgn orang pun, berpada-padalah kan... sekali sekala okeyla nak luahkan... tapi kalo saban hari asyik post status yang kejenya nak maki dan cari gaduh dengan orang aja... orang aja yang tak betul... kamu aja yg betul, maka renung2kanlah diri sendiri jugak... tak salah kita muhasabah diri... entah2 salah kita juga kan... mungkin kita ada ter'over' di mana2... kita yg tak sedar... mungkin ada juga yg akan kata, suka hatilah aku nak over ke apa... Fb ni aku yg punya... ahahha... so, kalau orang lain pun over, kamu janganlah pulak nak melenting tak tentu hala... telan ajerla... kamu marah bila org kata kamu over... So, kamu jgn pulak la sibuk nak kata org over... diam2 sudah... jgn nak bising2.... Ngeeee,,,


Kelimanya... bg mereka yang suka sangat update status sehari sampai berpuluh2 kali... kat news feed tu, sume status dia aja... kalo status tu sedap dipandang atau biasa2 aja okeyla jugak ni... ni status pun, entah apa2 entah... bahasa pun tak sedap nak dengar... agaknya diaorang ni takder kejer lain ke? dok mengadap FB aje ker? tapi dok merungut seharian asyik tak cukup masa & busy segala... tapi boleh sempat pulak nak berFB 24jam dan membalas komen2... ish, sgt tak paham...


Keenam... ada gak ke keenamnya? ahaha... cukup-cukup lah tu kot... nanti daku komen lebih2 daku pulak dikatakan over... ahaaahha... ini peringatan jugak untuk diri sendiri... agar jgn terlalu alpa dan leka berFB... jgn sampai menyakitkan hati orang, mengaibkan sesiapa atau diri sendiri atau membuatkan orang menyampah dgn diri... Nak share something pun, biarlah berpada2... bersederhana kan lebih baik? FB ni gelanggang nak tambah kawan... bukan cari lawan... kalo tak suka, remove aja diam2... tak payah nak maki sana sini... kamu tak payah tau pasal aku, aku pun tak payah tahu pasal kamu... kan senang cerita... buat apa bising2?
Sampai sini ajer coleteh ari ini...

Awas si penulis... kamu pun, jgn asyik nak berceloteh aja... jangan asyik nak kondem orang aja... duduk diam2 n pantau dari jauh sudah... ehehehe... kamu bebel banyak2 pun tak guna... sebab kdg2 manusia ini tak boleh ditegur dan memang suka terjun dengan labu-labunya... kalau dah tegur mana yang patut, tapi masih degil... So, biarkan aja... Sekian wassalam...


P/S: Sangat tidak suka bila ada orang paksa masuk mana2 jualan langsung.... tak kuasa daku nak layan... setakat ajak beli produk, daku tidak kisah... ni yang paksa suruh joint segala dan suka bertandang rumah orang tak tentu masa... pagi, petang, siang, malam dan tengah malam semata2 nak suruh joint jadi ahli... nanti esok2 daku dah jadi ahli, nak suruh daku jadi macam merekakah? bertandang rumah orang dan mendesak orang sampai buat orang menyampah? tak kuasa makcik oii... kena2 pulak jualan langsung bagi apa2 produk pelangsingan badan... yang sibuk promote sana sini dan pusing satu Malaysia mencari ahli... walhal, tukang promote tu, dah bertahun daku kenal tapi tidak langsing2 pun... Opssss... terover sudah... ahahaa...

Sunday, October 24, 2010

Berjenama atau tidak? : Sekadar pandangan...

Salam...

(Sebelum memulakan celoteh, nak beritahu... gambar dalam entry ini hanyalah hiasan semata2... tiada kaitan dengan tajuk... :) )

Salam sejahtera... tatkala dua kanak2 ni sedang lena diulit mimpi dek kerana baru lepas mandi, sarapan & makan ubat segala, gara2 demam, batuk & selsema daku amik kesempatan untuk conteng2 sikit buat renungan bersama... mungkin ada yang setuju dengan pendapat daku... dan pasti ribuan manusia juga yang langsung tak setuju dengan apa yang akan daku luahkan... terpulanglah... ini sekadar pandangan... tepuk dada, tanya selera... Entah kenapa tiba2 sambil melayan facebook itu, tiba2 rasa sesak pula bila melihat banyak sangat tag produk2 pakaian bayi & kanak2 berjenama... kadang2 daku2 buka n jenguk2 jugak... tapi entahlah, walaupun kadang2 tak dapat dinafikan, jenama2 yang dijual kemain lagi gahnya... Dengan harganya yang begitu murah, pastinya kadang2 kita teruja juga hendak membeli untuk anak2 kita...


Daku sangat suka dengan jenama minyak Telon ini... Irdina & Irfan, dua2 pakai minyak Telon ini semasa bayi...


Harga sehelai pakaian original memakan harga ratusan ringgit malah ada yang hampir mencecah ribuan ringgit ... pastilah tidak masuk akal jika pakaian sebegini dijual dengan harga yang hanya sekitar 10% dari harga asalnya bukan... Jauh di sudut hati daku kadang2 tertanya2... kenapa mereka2 ini berlumba2 untuk membeli pakaian berjenama ini sedangkan kita tahu, pakaian2 ini pastilah yang tiruan... Jika hendak dikata, corak2 dan design pakaian2 ini sangat cantik dan menawan, kadangkala tidak juga... banyak lagi jenama sederhana yang cantik, original dan lebih berkualiti yang ada dipasaran... Malukah mereka memakai jenama yg sederhana, ikut-ikutan kah, berlumba-lumba kah ? Entahlah...

Mungkin ada yang akan kata, daku sombong atau apa kerana tidak mahu membeli jenama tiruan... daku bukan sombong, tetapi daku simple sahaja... jika kamu mampu membeli pakaian yang gah berjenama ini, silakan dan teruskan... tapi jangan sampai papa tapi bergaya... jika kamu golongan sederhana, mengapa kamu tidak bersederhana sahaja? mengapa perlu berlumba-lumba dan bermegah2 dan seolah2 menjadi hamba jenama? banyak lagi jenama sederhana yang boleh memenuhi keperluan estetik kamu... berkualiti, tahan lama dan cantik juga... Lebih baiklah daku ke jualan2 murah dan membeli pakaian yang jenamanya mengikut kemampuan... seperti jualan murah di SOGO, Jusco dan sebagainya... pakaian berjenama sederhana seperti Poney, Baby Kiko, Miki, Disney, Anakku dan sebagainya boleh didapati dengan harga yang sangat memuaskan hati dan menawannya design dan coraknya juga tidak kalah dengan jenama2 tiruan ini... sebab daku tahu, sampai bila pun daku tak termampu nak belikan anak2 pakaian jenama Polo Ralph Lauren, CK atau Burberry... So, buat apa sibuk2 belikan yang tiruan? dalam erti kata lain, itu bukan taraf kemampuan daku... ehehee...



1/3 daripada longgokan barangan bayi... dah takder tempat nak letak dlm rumah yang sekangkang kera ini...


Daku? seperti yang daku katakan... sangat simple... daku membeli sesuatu keperluan yang berjenama kerana daku sangat selesa dengan jenama itu, suka dengan design dan kualitinya dan pastilah kita akan membeli jika ada budget dan merasakan harganya berbaloi... tak kiralah barangan apa... daku sanggup tunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan sebuah beg tangan yang diidamkan... daku juga tak kisah menabung berdikit2 demi membeli apa sahaja barangan yang diangankan... ada yang dibeli sendiri dan ada juga yang dihadiahkan En. Suami... yang dihadiahkan En. Suami pun, bukan hari ni sebut, esok boleh dapat... setelah berbulan2, mungkin juga bertahun menganyam angan2.. jika ada hari-hari istimewa mungkin dapat hadiah yang diidamkan jika cukup budget... jika tidak, perlu sabar sedikit lagi... sebab ada manusia yang jenis tidak sabar... kalau hendak sesuatu barangan, nak waktu itu juga... tak mahu tunggu dan sabar langsung... terus gores kad plastik dan menimbunkan hutang yang dah kian bertimbun... sehinggakan sampai satu ketika sudah tidak mampu menjelaskan hutang2 berkenaan dan merasa bosan melangsaikan hutang yang tidak2 surut... mengapa perlu sampai begitu?

Daku tak nafikan sebagai manusia biasa, daku juga kadangkala terpanggil dan bernafsu untuk memenuhi keperluan estetik yang berada di tangga terbawah sekali dalam teori Maslow... tapi tidak semua barangan kami sekeluarga berjenama... daku tak kekok membeli pakaian anak2 di jualan2 murah di Sogo, pakaian2 longgok di Jusco, jenama2 biasa di Billion, Giant, Carrefour dan sebagainya... cuma kita kena pandai membuat pilihan... kadangkala pakaian jenama biasa di supermarket biasa inipun, harganya agak mahal dan kualitinya tidak berbaloi... contohnya, sepasang baju basahan pakaian harian jika di pasar malam yg materialnya tidak telap peluh berharga RM15... tapi dengan design dan kualiti yang lebih baik boleh didapati di Anakku atau Disney dengan harga RM16.90... mengapa tidak membayar sedikit lebih bukan? pasti akan lebih berbaloi wang yang dilaburkan...


Pakaian yang masih belum dibasuh... baru diletakkan setempat...


Begitu juga dengan kasut, beg tangan, jam, sunglass dan sebagainya... daripada memakai barangan jenama tiruan yang harga asalnya mencecah ribuan ringgit, daku lebih senang dan selesa memakai jenama sederhana mengikut kemampuan... daku bukan sombong cuma merasakan mengapa perlu menggalas beg tiruan gred AA atau AAA yang harga asalnya beribu ringgit? untuk berlumba2 atau tayangan kepada siapakah? nak kata design dan coraknya sangat cantik, benarkah? bukankah banyak lagi jenama sedang2 aja yang lebih berbaloi dibeli jika dibanding dengan harga, kualiti dan designnya...

Pergi sahaja ke Jusco, Metrojaya, atau Sogo semasa jualan murah... Nahhh, bermacam2 jenama sederhana yang cantik dan berbaloi boleh didapati... daku sendiri tidak kekok pun memakai jenama Viss, Vincci, Carlo Rino, Elle, Renoma, Sembonia, Bonia, Guess dan sebagainya... semuanya boleh didapati dengan harga yang berperingkat2... pilih sahaja yang berkenan... tak perlulah membeli jenama Coach, LV, Gucci, Prada, Chanel, CK, DKNY atau Dior jika ianya hanyalah tiruan semata2 dan ingin bermegah2 dengan jenamanya... walhal kadangkala designnya pun tak cantik mana... Sekali pandang dari hujung rambut ke hujung kaki, orang sekeliling pun dah tahu original atau tiruan... dari ingin berlagak sombong dan bermegah2 dengan jenama mahal, terus dipandang mual oleh orang sekeling... perlukah sampai begitu?


Pelbagai saiz (bukan newborn) pakaian bayi yg dibeli semasa jualan murah ... paper bag ajer jenama GAP bukan sume dalam tu baju cap GAP ... makcik tak mampu okey... dibeli secara sedikit demi sedikit setiap kali sales...


Begitu juga dengan pakaian diri sendiri... daku biasanya membeli di kedai2 biasa sahaja... bazar2, pasar malam, Giant, booth2 kecil di dalam Mall, Semua House di jalan TAR juga di padang besar... tiada masalah langsung, asalkan nampak cantik dan selesa dipakai...

Cuma kami yang berada di sini agak bernasib baik... jenama pertengahan di sini tak putus2 ada sales... silih berganti... bagi penggemar beg tangan, pakaian dan kasut jenama yang agak jarang sales di Malaysia, sales di sini mengikut pertukaran musim seperti ZARA, Promod, Doherty Perkins, Nine West, Aldo, Mark & Spencer. dll.. pakaian kanak2 seperti Next, ZARA kids, Pumpkin Patch, Okaidi Obaibi, Mothercare, Gap, Guess dan sebagainya... tapi tidaklah kami asyik membeli belah di kedai2 berkenaan... mengikut keperluan juga... kalau keperluan biasa2 sahaja, kami pasti nantikan sales di Centrepoint yang ala2 Jusco itu... juga banyak pilihan dan sederhana... kedai2 ala2 baazar di sini pun daku terjah... tak ada masalah... tapi macam yang dikatakan, perlu bijak memilih dan membuat pilihan... tak perlu berlumba2 dengan sesiapa, mengikut keperluan dan kemampuan...

Kesimpulannya, kita membeli jenama sedemikian kerana menghargai dan meminati jenamanya dan suka akan designnya... bukan untuk berlumba2 atau dibandingkan dengan sesiapa... dan yang pasti mengikut ukuran di baju sendiri... tak perlu segan dan malu memakai jenama biasa atau sederhana... daripada sibuk berlumba2 membeli pakaian jenama tiruan agar dipandang tinggi dan dipuji2 oleh orang sekeliling... untuk apakah? walhal, sekilas pandang orang pun dah tahu kemampuan kita... bukankah lebih baik kita bersederhana... tapi, seperti yang dikatakan... mungkin ada yg setuju dengan catatan ini, dan mungkin juga ribuan yang membangkang... daku memang simple aja... tepuk dada tanyalah selera... Sekian wassalam...

P/s: Tak tahan woo kalau dgn manusia yang spesis, kalau kau ada aku pon nak ada... pantang nampak atau tahu... kau punya cantik aku nak lagi cantik... lagi tak tahan kalau dengan manusia mulut longkang... dia yg suka tiru orang, dia pulak kata orang yg suka tiru dia... sah2lah org tu awal2 lagi dah jadi trendsetter... tak segan ke acik Senah oiiii ? ehehee...

Tuesday, October 19, 2010

Chocolate Orange Marble Cake...

Salam...
Selamat hari Selasa... sehari dua ni, daku agak sibuk sket... bukan sibuk dengan apa, sibuk dengan geng bas sekolah... ahahaha... makan2, lepak2, borak2 n shopping2... citer tu nanti kita sambung...

Ni just entry pendek tuk resipi kek ceklat oren marble ni... resipi asal kek butter pelangi resipi mama... daku godek2 jadik kek ceklat oren ni... sebabnya, rasa nak makan kek... tapi macam nak makan kek ceklat... tapi rasa jugak macam nak makan kek oren... cemana tu ek? tu yg last2, marble kan je dua spesis kek ni... ambik you, dua2 rasa pon ader... so resipinya...


Bahan-bahan:

  • 250 g butter
  • 250 g gula ising ( taknak manis, boleh kurangkan sket gula)
  • 220 g tepung - diayak bersama
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder - diayak bersama
  • 50 ml air perahan oren
  • 1 sudu besar parutan kulit oren
  • Sedikit pewarna kuning/oren
  • 50 ml air *dibancuh bersama
  • 3-4 sudu besar serbuk koko* dibancuh bersama
Cara-cara:

  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang... masukkan telur satu persatu dan pukul lagi...
  2. Masukkan tepung n baking powder dan kacau rata...
  3. Bahagikan adunan kepada dua...
  4. Satu bahagian dicampurkan dengan jus oren, parutan kulit oren & pewarna kuning/oren...
  5. Satu bahagian dicampurkan dengan bancuhan air dan serbuk koko tadi...
  6. Griskan loyang... masukkan adunan dibahagian tengah loyang secara berselang seli... marblekan adunan...
  7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 Cel selama 40 minit atau sehingga masak...

Kalau suka bolehlah toppingkan kek tu... kalau makan gitu2 jer pon, shedapp... ehehe...




Ni pulak nasi dagang entah bila minggu... dah lupa dah...





Apam Indonesia ni lagi la dah lama buat... agak2 kalo naik tongkang dari sini balik Indon pon dah boleh sampai... ahahha... layankan jer...



Sekianlah tuk entry pada pagi berbahagia ini... ehhee... next time, kalo rajin akan ada entry gebang kosong & lepak2 geng bas sekolah ... Wassalam...

Sunday, October 03, 2010

Cendol, ABC & Kopok Lekor...

Salam...
Selamat hari Ahad... kembali bersiaran... taktau nak citer apa... rutin weekday biasa2 aja... weekend kuar pusing2 jap... cari brg dapur & lengkapkan keperluan baby sket2 lagi... minggu depan dah nak masuk 8 bulan... alhamdulillah, minggu ni dah 31 minggu... Dijangka tarikh csection tu, sekitar minggu ke 37... so, tinggal 6 minggu jer lagi... insyaallah... kita merancang, Allah menentukan segalanya kan... takutt? huishhh ada ke tak takut... buta2, idup2, sihat2, pi serah perut nak kena belah... mestilah takut kan... tapi, kalo tak belah, cemana pulak baby tu nak keluar kan... mudah-mudahan segalanya dipermudahkan, sihat & selamat semuanya... Amin...

Kali ni stamina kurang sket... kalo dulu, 8-9 bulan masih gagah pusing MidValley... kali ni, baru nak masuk 8 bulan dah letih nak pusing merata... haisshhh... rugi sungguh... dah ler sales baru nak mula... ehehee... tapi yang pasti cik suami la yg paling lega kalau time2 sales macam ni, para isteri tak larat nak pusing2... lega sket poket n wallet... ahahha... anyway, walaupun macam tu, still lega jugalah, sebab banyak keperluan baby dah hampir siap semuanya... sebab pertengahan pregnancy ritu dah start beli sikit-sikit... sebab risau cam gini lah, last2 minit badan dah cam tak berapa nak gagah... so, lepas ni boleh rehat2, kurangkan aktiviti merayap2, kemas umah siap2, siap2 basuh kain baju baby, packing beg spital semua kan... ada la 2-3 ketul benda lagi nak dicari, tapi boleh cari pelan2 la kan... insyaallah still ada masa...

Jom cite masak2 plak... entah naper seminggu lepas tekak ni rasa nak minum segala spesis air la plak... kan senang kalo just terasa nak minum air sirap ke, oren ke, bandung ke... ni terasa nak minum ABC n Cendol la plak... adoila, makcik bercinta betul la... benonya ABC dah minum masa open house umah Kak Linda ritu... tapi rasa nak minum lagi bergelen2... ahaha... teruk tol perangai... maka terpaksa la menggodek segala eksesori yg ada... isi cendol, cincau & lengkong merah... cincau tu, kali ni just amik esktrak air rendaman akar aku cincau tu, dimasak ngan agar2 jer... so, dia tak jadi kenyal la... dulu penah buat resipi yg pakai tepung jagung... so, kali ni try pakai agar2 jer pulak... akhirnya, jadikla dua spesis air ni... tapi yg kureng umph nye daku takder kacang putih nak lempor dalam ABC tu... kalau ada, lagilah sedap... tak sempat dah nak pi cari... nak minum sesangat dah... ahahha...

Cendol again...


ABC campak2... takder mesin parut air batu... just crushedkan jer ice cube tu... tak kisahla, janji rasa ABC... 3 ari berturut aku dok mengadap ABC nie... ehehe... puas hati den...


Dah kena kacau...


Kopok lekor... kali ni wat pakai tepung sagu yang dikirim masa Ema nak back for good ritu... Mr. Sabri yang balik ke sini nak handover duty yang bawakkan... mekacih yer Ema cayang... mekacih gak atas ketupat palas segera tu... :) Resipi kopok lekor ni ada banyak sgt... taktau nak try yg mana... so, buat sket2 dulu la kan... try dulu... tapi cam best gak ler hasil kali nie... sbb dia mengecut pas goreng... aku memang suka yg spesis mcm ni...



Sampai sini jer coleteh kali ni... lenkali kalo sihat, panjang umur, kita jumpa lagi... Wassalam...