Pages

Showing posts with label Kisah aku.... Show all posts
Showing posts with label Kisah aku.... Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Ikie & Ika big day at Bota, Perak...

Assalamualaikum....
So, stop kisah bebelan... Lapangkan dada, mohon kemaafan juga berikan kemaafan walaupun terkadang sukar melupakan hati yang tercalar... Semoga seiring dengan masa, hati kan terubat... Semoga dengan memohon kemaafan juga memberi kemaafan akan memberi ketenangan hati... Amin...

Sebelum memulakan kisah Walimatul urus, daku nak share di antara the best moment picture yg sempat dirakam...

~Irdina & Pak Langnya yg bergurau senda ... So sweet bak kata Eya ~



Perjalanan kami bermula dari Bahau, Negeri Sembilan pada Khamis 14 Julai... Kami bergerak pagi... Kami yang dimaksudkan di sini cumalah daku, my sis Ainn dan anak-anakku... Ainn yang drive... En Suami dah balik semula ke Kuwait... Tapi perjalanan kami Allah duga dengan kejadian kepancitan tayar dalam hujan lebat di sekitar Petaling Jaya... Kebetulan kejadian berlaku di atas highway berdekatan Exit Kelana Jaya, jadinya kami terus ke susur keluar Kelana Jaya perlahan-lahan dalam kepancitan... Sebab nak tukar tayar pun tak boleh dek kerana hujan lebat dan perlu memunggah segala isi perut bonet tu kan... Keluar jer tol terus daku telefon ibu mertua dan adik ipar bagi meminta bantuan... Alhamdulillah dengan bantuan mereka proses membaiki tayar berjalan lancar... Kemudian kami sambung semula perjalanan kami ke Bota, Perak dan tiba sekitar 3.15 pm...

Bermulalah agenda gotong royong dan menyiapkan segala keperluan kenduri kendara... Kenduri tahlil dan arwah diadakan pada malam sebelum kenduri besar... Syukur pada Allah semuanya selesai dengan baik... Menu pada kenduri tahlil adalah nasi putih, ayam goreng masak merah, gulai kuning pisang, rendang kacang panjang dengan hati dan ikan masin goreng... Menu kenduri besar pula nasi minyak dan nasi putih, daging masak itam, ayam goreng berempah, jelatah, dalca, gulai nangka, ikan masin, ulam ulaman, desert bubur kacang juga buah oren dan air siren (sirap oren)...

Makan dan makan dan makan ajerla kejer daku... ahahhhaa... rosak segala diet... hihihiih... Takperlah bukan selalu nak merasa kemeriahan kenduri kendara sebegini... Yang pasti anak-anak daku amat enjoy sekali sebab boleh main, main dan main... juga si kecik Iman silih berganti bertukar penjaga dek kerana ramai yang sudi membantu tatkala daku ada kerja yang perlu dibereskan... Di sini, daku kongsikan sedikit koleksi gambar yang sempat dirakam...


~Saudara mara from Pangkor n KL ~



~Our Acik n Kezen Anis from KL ~




~Our Kezen Apis (Acik Son) ~



~ Teman seangkatan Mak Long ~


~ Berarak ~



~Makan beradab~



~Possing kejap~



~ Kami 4 beradik putera puteri En. Mus n Pn. Lily Wif our kezen~



~ Mama, Mak Ngah n Me~





~ Acara malam bersama ahli keluarga ~




~ Potong Kek ~



Kami bermalam di homestay Seri Iskandar Perak selama dua malam berikutan full house di rumah Mak Long... Homestay tu Kami memulakan perjalanan balik pada hari Ahad tengahhari... Kami singgah sebentar di Lumut konon-konon nak mencari ikan pekasam ikan laut... tak jumpalah pulak... Kemudian kami singgah di Teluk Batik bagi menikmati hindangan tengahhari... Kami tiba di rumah sekitar 8.00 malam... Alhamdulillah perjalanan balik berjalan lancar... Tidak lama sampai jer kat rumah, tiba-tiba anak-anakku menjerit Tok Wan... Rupanya abah balik dari Perlis... Surpriseeee... Eheee... Kilang dah habis shut down... So, abah boleh balik cuti....

Esok lusa belum ada apa-apa program... Mungkin sekadar berehat-rehat di rumah aja... Rasa nak bawak anak-anak pergi mandi manda dekat mana-mana... Sampai sini dulu coretan daku... Insyallah ada kesempatan dalu letak pulak entry masak-masak... Lama betul daku takder entry masak-masak ni kan.... Sampai sini dulu... Moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah dan di bawah lembayung rahmatNYA...

Thursday, July 07, 2011

Cuti-cuti Malaysia yang busy...

Assalamualaikum...
Setelah sekian lama mengumpul kerajinan untuk kembali mencoret... teramatlah malas dicampur pula dengan jadual aktiviti yang agak penuh sepanjang sebulan pertama cuti-cuti Malaysia kali ini... En. Suami dah kembali semula ke bumi Kuwait dan telah mula bekerja semula, tinggallah kami anak beranak di bumi Malaysia duduk berperam di bawah ketiak Mama aka Nenek... Eheee...

Alhamdulillah kami selamat tiba dibumi Malaysia pada 2 Jun yang lalu... Flight kami delay sejam... So, terpaksalah mereka yg tunggu kami berlama-lamaan pulak di KLIA... Mujur jugaklah tak delay lama sangat... Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan walaupun masa nak take off dan landing Iman agak meragam sebab dia kena duduk di pangkuan dan pakai seat belt...Biasanya dia suka guling2 aja dan tak suka nak riba-riba... Sepanjang penerbangan Kuwait - KLIA, Iman tidur aja dan terjaga hanya untuk minum susu... Setelah dekat2 nak landing barulah dia terjaga semula... Alhamdulillah, takder adegan meraung2 di dalam flight...

Selepas selamat tiba di KLIA kami pun bergerak ke rumah mertua di Kelana Jaya... Bermalam dua malam di sana dan balik pula rumah Mama di Bahau... Seminggu lebih di Bahau terus kembali semula ke Kelana Jaya kerana En. Suami perlu menghadiri dua kursus di Putrajaya dan Bukit Bintang... Kini kami kembali semula ke Bahau setelah En. Suami kembali semula ke Kuwait... Insyaallah menjelang Aidilfitri nanti beliau akan kembali semula untuk menyambut lebaran bersama-sama keluarga, saudara mara dan sahabat handai di sini setelah dua kali Aidilfitri dan Aildiladha kami sambut di perantauan...

Semasa di Bahau kami ada ke Taman Mini Malaysia dan Asean di Melaka juga sempat menjengah sebentar ke Dataran Pahlawan... Singgah dinner Ikan bakar wif eksesori di Alai, Melaka... Kami pergi dua kereta... Sebuah dipandu En. Suami manakala sebuah lagi dipandu My Sis Ainn... Mama n Abah tak turut serta sebab abah nak berehat2 aja sebelum balik semula ke Perlis...

~Entrance Taman Mini Malaysia & ASEAN ~




~ Jambatan gantung ~


~Persembahan Kebudayaan~




~Dinner di Alai Ikan Bakar ~



~ Main masak2 di belakang umah Nenek Bahau ~

~Cari Kucing ~


~Jumpa Kambing ~


~ Marinade~


~Siap kebakaran~


~Laksa Mama~


~Belakang tabir~



~ Sume org main masak2, sape nak main dengan saya? ~




Keesokan harinya kami bergerak ke Ipoh untuk memenuhi undangan perkahwinan rakan lama daku di UKM... En. Fazlie dan Myra... Sempat jugaklah terserempak dengan En. Pojie dan keluarga...

~Persandingan Fazlie dan adik lelakinya ~



~Fazlie & Myra ~



~Pojie & Baby ~


Setelah itu kami terus menuju ke Sri Manjung... On the way, kami singgah kejap di rumah Mak Long di Kg. Pendiat, Bota... Usai Asar kami bergerak ke Sri Manjung dan minum petang di rumah Waed... Sempat jugaklah bertemu sahabat2 lama juga merangkap rakan2 pejabat yg turut serta berkumpul di rumah Waed...

~ Waed & Ibunya with Me ~


~Kak Su, Kak Zah n Me ~


~ Ina & Me ~


Kemudian kami check in di hotel dan selepas Maghrib kami ke rumah Iwan & Ita, memenuhi undangan dinner pulak... Penuh agenda daku dengan aktiviti makan-makan... No wonder badan dan pipi berkembang ... tu pun puas mengontrol... Nasib... Nasib... Eheee..

Keesokan paginya pula kami menjengah rumah kami yang disewakan... Sarapan pagi kami juga ditaja... Ehehee... Alhamdulillah, rumah kami juga dalam keadaan baik dan memuaskan... Terima kasih kepada En. Rizal dan Kak Julia sebab tengok-tengokkan jugak rumah kami dan jaga macam rumah sendiri...


~Ita & Me ~



Kini bertapalah kami di Bahau... Masih banyak agenda2 lain yg perlu dipenuhi... Jika ada cerita lain yang boleh dikongsikan bersama, Insyaallah akan dikongsi nanti... Insyaallah ketemu lagi di lain masa... Sekian, Wassalam...

Tuesday, February 22, 2011

Kawan, Teman, Sahabat atau Lawan…

Salam...
Kembali bersiaran... ada teman-teman bertanya mengapa sudah lama tidak beceloteh... rindu pada bebelan yang entah apa-apa itu agaknya... bukan apa... kadang-kadang cakap banyak-banyak pun tidak berguna... kerana apa yang disampaikan itu langsung tidak memberi makna... lagi tidak elok andai membuatkan ada yang makan hati atau terasa... dari cakap yang bukan-bukan baik duduk diam sahaja... namun sejak dua menjak ini rindu sangat pada teman-teman dan sahabat lama... sementelah melihat rakan-rakan mengadakan reunion dan mini gathering di tanahair... kenangan lama terlintas satu persatu... coretan kali ini memang agak panjang... tiba-tiba idea mencurah-curah... kalo rasa letih dan malas nak baca, sila angkat kaki... ehheee....


Seiring penambahan usia, sejak zaman kanak-kanak meniti remaja dan juga meningkat dewasa pasti kita mempunyai ramai kenalan, rakan, kawan atau teman yang mengiringi perjalanan hidup kita. Namun begitu bukan semua teman atau kawan ini adalah sahabat kita. Mereka ini walaupun hampir sama dan sinonim maknanya namun darjah keakraban berbeza antara satu sama lain. Kenalan, kawan atau teman cuma sekadar mengiringi dan mewarnai hidup kita... namun sahabat sejati, memang sukar dicari malah jika hilang tak mungkin berganti... sesungguhnya sahabat itu adalah seumpama bintang di langit, kadangkala kita nampak kerlipannya… juga kadangkala kita cuma nampak langit yang kelam… namun, jauh di sudut hati kita tahu ia tetap ada di situ menemani tidak kira di mana kita berada…

Dalam menganyam erti sebuah kehidupan, kadangkala kita terluka, juga kadangkala tanpa disedari kita mungkin melukakan insan disekeliling kita... dengan ini, sebelum daku meneruskan catatan, secara terbuka daku memohon ampun dan maaf buat semua kenalan, rakan, kawan, teman dan juga sahabat yang terguris, tercalar dan terluka dengan apa sahaja salah dan silap yang daku pernah lakukan... sama ada kekhilafan yang dilakukan tanpa daku sedar juga yang kadangkala sedar namun terkadang tidak dapat daku menahan… daku juga bukan manusia sempurna... banyak kekhilafan dalam diri... namun daku tahu itu bukan alasan untuk terus melakukan kesilapan tetapi daku akan berusaha memperbaiki... kerana pepatah menyatakan...

~ Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria, tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku adalah lebih satria. – Hamka - ~

Bukan mudah nak mencari sahabat dalam hidup ini... Pasti ramai yang bersetuju denganku… Kerana bukan mudah mencari teman yang boleh menjadi bayang kita kala kita keseorangan, yang sudi memberikan bahu kepada kita kala kita ingin menangis, yang rela menjadi bantal kita bila terasa ingin dipeluk dan juga tahu bilakah mereka cuma perlu memberikan sekuntum senyuman untuk mewarnai seluruh hari yang kusam dalam hidup kita…

Seorang yang bijak pandai pernah berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu…

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu…

* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu…

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik…

* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu…

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya…

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya…

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu…

* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu…

* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu…

* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu…

*Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan…

* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat…

* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat…

Dalam kesemua sifat di atas, berapa ramaikah insan disekeliling kita yang berupaya menjadi seperti itu… juga seberapa banyakkah sifat itu yang ada pada kita… sama-samalah kita renungkan dan muhasabah diri kita…

Dalam meniti perjalanan usia ini, pasti bermacam-macam ragam manusia yang kita temui… kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja… juga kita berhak memilih kawan kita… ada kenalan, rakan, kawan atau teman yang hanya akan tetap berada ditahap itu sahaja dalam hidup kita… juga ada yang akan kita angkat tahapnya menjadi sahabat bagi mendampingi dan menemani perjalanan hidup kita… tepuk dada tanya selera jenis manusia macammana yang kita inginkan jadi pendamping… Pasti nya semuanya sebab musabab kita berkawan adalah yang dirasakan ada chemistry dan yang memberikan keselesaan pada kita…

Namun kadangkala kita tidak lepas dari kesilapan membuat percaturan… kita berkawan dan cuba menyelami hati budi… kita angkat darjatnya dari seorang kawan atau teman menjadi sahabat tiba-tiba dia menikam kita dari belakang… dia menjadi talam dua muka… dia hiprokit dan suka berpura-pura… dia penghasad dengki… dia pengadu domba… dia sombong, riak dan takbur… sesungguhnya kita manusia yang punya hati dan perasaaan akan terusik rasa, terguris hati, tercalar jiwa juga mampu membuatkan kita luluh dan kecewa... aduhhhhh, memang amat sakit dan pedih... umpama luka tak berdarah namun meninggalkan kesan yang sangat pedih lagi mendalam...

Pengalaman daku? Sangat banyak dan tidak terhingga… manusia –manusia ini memang pandai bermain wayang dan pandai berbahasa… Antara jenis-jenis manusia yang pernah daku jumpa:

  • dia marah kalau kita bercakap buruk tentang dirinya… tapi kalau dia yang bercakap buruk tentang orang lain, dia tidak salah juga berdosa… dia cuma menyampaikan fakta…
  • dia pembelit dan penglipur lara… kita kadangkala cuma mendengar, namun dia yang menokok tambah cerita menjadikan cerita lebih menarik dan berbunga-bunga jalan cerita… kemudian kita pula dijadikan mangsa…
  • kita kadangkala cuma meluahkan pada teman terdekat dan rapat sahaja… tapi tiba-tiba si dia mencelah dan mengintai-intai pula apa yang kita bualkan sehingga sanggup bertanyakan pada orang lain apa yang kita bualkan dengan niat ada cerita panas yang ingin di jaja...
  • dia juga pandai mengadu domba… dia tidak tahu hujung pangkal dan cerita… tiba-tiba dia menjadi penyampai berita dengan niat memecah belahkan perhubungan yang sedia ada…
  • dia talam dua muka… sebenarnya dia juga berkata buruk tentang seseorang namun di depan mereka, dia pengampu, pengipas dan yang paling hebat lagi dialah juga seperti penghawa dingin yang dipasang di musim sejuk… grrrrrrrrr…
  • dia berlagak naïf, sempurna dan baik hati… walhal niatnya cuma ingin berlumba-lumba, menunjuk-nunjuk dan mendabik dada…
  • dia kaki pembelit, penipu dan pendusta… lain kisah asalnya, lain pula cerita dari mulut dia…
Memang banyak lagi jenis manusia negatif yang daku dah jumpa… memang kita harus berfikiran positif apabila berdepan dengan manusia-manusia ini… sedaya upaya berfikiran yang baik tentang mereka kerana sesungguhnya kita mungkin tidak tahu apa niat mereka sebenarnya… jangan bersangka buruk kerana niat mereka hanya Allah yang tahu… tapi kita insan lemah yang serba kekurangan… kadangkala ada juga tersasar rasa… geram, benci, marah, menyampah dan seangkatan dengannya… beristighfarlah…

Bila berdepan dengan mereka-mereka ini… tak perlu panjang cerita… tak guna berbahas bahasa… angkat sahaja kaki, jauhkan diri… usah lama berada di sisi mereka… mereka yang spesis ini, hilang akan berganti… hilang juga tidak akan memberi kesan pada kita… apatah lagi memberi kan kerugian buat kita… bak kata pasarnya … ‘Ada aku kisah?’ ... mungkin pada awalnya kita akan terasa geram, marah dan juga benci … namun seiring peredaran masa, ada suatu ketika nanti kita cuma akan tersenyum sendiri mengenang ragam manusia ini… tiada lagi amarah, kesal atau benci… yang penting kita harus berusaha meneruskan kehidupan kita dengan positif… biarlah mereka ini terjun dengan labu-labunya…

Memang daku ini simple saja... memang kita boleh berkawan dengan siapa sahaja... bak kata pepatah berkawan biar seribu... kita berbaik dengan sesiapa saja bukan bermakna kita hipokrit dan bermuka-muka... jika orang berbudi pastilah kita berbahasa... daku akan jadi biasa-biasa sahaja bila berdepan dengan mereka-mereka yang kadangkala kita rasa kurang serasi dan tak berkenan di hati... nama daku nak ampu, kipas, bodek, puji dan lebih-lebih, mahaplah...tiada dalam kamus hidup daku nak jadi kaki ampu... biarlah siapa pun kamu... orang berpangkat, ada nama, ketua, ada harta... tidak mungkin sama sekali... bukan kerja daku tukang ampu kamu... kamu bayar gaji pun daku tidak sudi...

Ingatan ini juga untuk diri sendiri… kala menambah kenalan, rakan, kawan, teman dan sahabat berhati-hatilah… jika niat kita ikhlas dan baik, insyallah baiklah balasan buat kita… namun jika ditakdirkan Allah ingin menduga kita, bersabarlah… tempuhlah dengan redha juga bijaksana…

Jika ada yang datang menyampaikan berita yang tidak baik tentang teman-teman disekeliling anda, jangan anda bersangka buruk kerana kita tidak tahu kesahihannya… lainlah kita sendiri nampak dengan mata kita dan memang juga pernah laluinya… biasanya pengadu domba dan pembawa cerita ini adalah pendusta… melainkan kita pasti dan yakin sumber kesahihannya… Janganlah cerita yang disampaikan itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau sebaliknya… kerana perbuatan kita itu akan mendorong kita membuka keaiban orang lain… Jangan merasa senang atau suka dengan perbuatan pengadu domba itu, dan seterusnya tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang diceritakan kepadanya itu. Kerana kita mungkin tidak tahu, dia menyampaikan cerita kepada anda DAN dia juga menyampaikan cerita anda juga kepada orang lain… berhatilah-hatilah…

Bukan mudah mencari sahabat sejati… jika tidak, masakan disamakan dengan intan permata yang tak ternilai harganya… Allah kurniakan sahabat ini tanpa tanda harga kerana jika tidak, pastilah sehingga mata tertutup rapat dan jantung tidak berdegup lagi kita tidak mampu memilikinya walaupun wang ringgit, emas, berlian dan permata kita setinggi gunung dan seluas lautan…

Buat mereka yang bernama teman & sahabat… daku sayang anda semua… baru atau lama… anda tahu siapa anda… tak perlu daku bariskan satu persatu... zaman sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi, alam pekerjaan dan meniti dewasa… walaupun kadangkala jarak dan masa memisahkan… namun kenangan itu tetap berkilau dan tidak pernah sirna dikabuti masa atau usia… terima kasih kerana mewarnai hidupku sentiasa ada di sisi tika waktu dan saat daku memerlukan… terima kasih juga kerana sudi menghulurkan tangan kala daku jatuh tersungkur… juga membalut dan merawat luka di kala hati ini berdarah tidak berwarna… budi dan jasa kalian daku semat erat di sudut hati… Thanks for the memories... insyaallah tidak akan padam sehingga hujung nyawa… hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian yang tidak ternilai itu…

Akhir kalam… sejuta kemaafan dan keampunan sekali lagi… andai sepanjang perkenalan ini daku bisa melakukan kesilapan dan melukakan… Insyaallah, daku akan berusaha memperbaiki kesilapan diri… Semoga Allah sentiasa memberikan rahmat buat kita, memberikan petunjuk dan hidayah, menyinarkan nur Iman ke dalam hati kita dan memberkati perjalanan hidup kita… Amin ya Rabbal Alamin..

Thursday, December 16, 2010

Sekitar Pembedahan & Our little Prince I

Salam...
Kembali bersiaran setelah hampir sebulan menghilangkan diri... pergi cuti2 mana plak kali ni menghilang ek? ahahhaa... takder ke mana2... just cuti2 di London Hospital, Kuwait... 4 hari 3 malam... then sambung pulak dekat umah... :P

Sebulan sudah melahirkan permata hati kami yang ke-3... Seperti yang dijangka, its a boy... Dilahirkan melalui csection kali ke-3 berturut-turut setelah kakak dan abangnya... Seberat 2.91kg... Dilahirkan pada pukul 9.54 pagi tanggal 20.11.2010... Dinamakan Muhammad Iman Bin Izham Khalil... Alhamdulillah, bersyukur atas kurniaanNYA...

Seminggu yang lalu... Photo by Achik Ainn...



Yahoo... saya merdeka bedung sekejap... playing time...


Pembedahan kali ni ditemani oleh encik suami... tak sangka pulak En suami tiba-tiba menjadi berani nak menemani... ehehhe... takut juga daku jika En suami tiba-tiba rasa nak pitam dalam OT... alhamdulillah dia O.K2 aja... perasaan tak terungkap lah kan masa hendak menyerahkan diri yang tidak sakit malah terlebih sihat tu di hospital tu kan... siapa dah pernah tempuh, pasti faham apa yang daku rasa... macam-macam berlegar di minda... pembedahan dijangka dijalankan pada 9.30 pagi tapi diminta hadir ke hospital seawal 7 pagi...

Sempat berFB sementara menunggu diusung ke bilik bedah...


Sedang di'proses' oleh Dr. Ewa & Dr. Soviet... baby baru ditarik keluar...


Dah selamat dikeluarkan... diperiksa pakar kanak-kanak...



Jumpa Ummi kejap sebelum dibawa keluar dari OT...


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar... cuma proses nak mengeluarkan baby terasa amat lama... puas Dr. menekan, menguli dan menyeluk perut nak keluarkan baby... last2 kata encik suami, kaki bayi yang ditarik keluar dulu... huhhhh.... Lepas daku dah dapat tengok baby, baby dibawa ke wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut... kemudian, tunggu pula proses nak menjahit tu kan... dalam hati tentulah tak putus-putus berdoa baby sihat hendaknya... dah lupa dah yang diri ni masih lagi terbungkang atas meja pembedahan...

Sepanjang proses pembedahan berlangsung, ada juga beberapa kali daku terasa ingin termuntah... tapi lepas pakar bius berikan oksigen terasa lega semula... cakap pasal bius, nilah part yang paling tak tahan... puas dicucuk, entah beberapa kali di tulang belakang, barulah dapat cari tempat nak dibius... bantal yang diberi untuk dipeluk dan tahan kedudukan badan masa bius tu nak dicucuk, rasa nak dikunyah dan ditelan aja... sakit giler oittt... daku diberi bius separuh badan di tulang belakang...

Lepas aja siap semua, daku diusung balik ke bilik, daku dapat berita mengatakan heartbeat baby agak laju dari biasa dan perlu di X-Ray... jika ada masalah, perlu ujian lanjutan... memang runsing dan tak putus2 berdoa... Tidak lama selepas itu, pakar kanak-kanak datang berjumpa En suami dan mengkhabarkan baby dah stabil, dah buang air, dimandikan dan diberi susu... Alhamdulillah, petang tu jugak baby dihantar ke bilik wad dan dapat bersama kami sekeluarga... :)

First day wif kakak, abang & nenek (my mama) ...



Kesimpulannya, pembedahan kali ke-3 nie memang la nampak biasa-biasa aja... tapi yang tak tahan bila sehari selepas pembedahan tekak mula terasa gatal dan start batuk-batuk... kena pulak hari kedua perut rasa sebu and bloating... walaupun dah start buang angin sket2, tapi still perut rasa tak sedap... menyucuk2 sebab angin... memang stress la... sakit perut bukan sebab luka operate ke apa, tapi sebab angin yg mencucuk2... memang rasa nak nangis... memang bila dah tak tahan sangat dgn batuk & sakit perut, nurse akan masukkan ubat tahan sakit dan tidur... so, legalah kejap.... hari ke-3 perut dah lega dari angin, tinggal batuk-batuk yang menyeramkan jer... owchhhh... sakiittttt n serammm....

Tengoklah Muhammad Iman masa first day... muka berbirat dan calar balar... maybe kesan kena tarik dan seluk... sebab tulah agaknya dia stress and heartbeart laju...



2nd day... calar balar dan kesan berbirat di muka dah hilang... Alhamdulillah...



London Hospital, Kuwait ...

View from bilik spital...



Buat masa ni, agak sibuk melayan si kecil dan double I yang bukan kecil lagi tu kan... Mama & Ainn sedang dalam perjalanan pulang ke tanahair... semoga perjalanan mereka dipermudahkan dan selamat sampai ke tanahair tercinta... tapi, ibu mertua dan adik2 ipar juga dah selamat sampai ke sini minggu lepas untuk ganti Mama & Ainn... Alhamdulillah... dapatlah bantu daku mana yang patut serta teman tukar shift jaga little Iman ... :)

Terima kasih yang tak terhingga buat teman-teman di sini yang sudi datang melawat kami di hospital dan di rumah... dengan segala buah tangan dan hadiah yang bermacam-macam... jasa baik kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya... Luv u olls... Insyaallah, jumpa kita di lain masa... moga anda semua sejahtera dan berbahagia bersama keluarga tercinta... sekian, wassalam...