Pages

Thursday, July 26, 2012

Little Strawberry Cheesecakes...

Assalamualaikum...

Selamat hari Khamis... Sudah sampai penghujung minggu buat kami di sini... Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-7 kami di sini berpuasa... Bersyukur juga ke hadrat Allah kerana anak-anak dapat berpuasa dengan lancar sehinggalah hari ini tanpa merungut sedikitpun tentang lapar dan dahaga... Mungkin kerana mereka telah biasa berpuasa penuh 2 tahun kebelakangan ini...



Entah kenapa terasa sangat nak makan cheesecakes... Nak buat loyang besar nanti asyik ulang makan sahaja... Maka dalam membelek resipi, jumpa resipi untuk buat cheesecake comel ini... Resipinya mungkin lebih kurang sama sahaja dengan cheesecake biasa yang lain... Cuma kaedahnya, dimasukkan ke dalam paper cup sahaja... 

Apapun daku kongsikan resipinya di sini...

~ Jom makan ~




LITTLE STRAWBERRY CHEESECAKES...

Olahan: aymywithlove.blogspot.com
Sumber: BBC Good Food

Base:
  • 50 g butter
  • 6 keping biskut digestive ( dihancurkan)
Filling:
  • 225 g cream cheese
  • 125 g double cream
  • 50 g gula ising
  • 1 biji telur
  • sedikit parutan lemon
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Topping:
  • Sedikit jem strawberry ( dicairkan)
  • Beberapa biji strawbery dipotong 4

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 150c. Griskan loyang muffin ataupun acuan yang sesuai. Susun paper cup ke dalam loyang ataupun acuan.
  2. Cairkan butter dan masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi. Gaul sebati. Masukkan sedikit adunan biskut kedalam paper cup tadi. Tekan sehingga padat. Sejukkan seketika.
  3. Untuk filling, pukul cream cheese, gula, telur, parutan kulit lemon, jus lemon dan esen vanila sehingga licin. 
  4. Di dalam bekas lain, pukul double cream sehingga bertanduk dan masukkan ke dalam adunan cream cheese. Gaul rata adunan.
  5. Masukkan adunan filling ke dalam piping bag. Gunting sedikit di hujung. Picitkan filling sehingga penuh di atas adunan biskut yang telah disejukkan tadi.
  6. Ketuk loyang di atas permukaan rata tadi agar filling menjadi sekata.
  7. Bakar selama 30 minit. Setelah masak, sejukkan.
  8. Untuk hiasan, letakkan sedikit jem strawberry yang telah dicairkan. Susun strawberry yang telah dipotong tadi.

~ Tekankan adunan biskut ~




~ Jem strawberry untuk topping ~






~ Sedia untuk dihidang~



Sampai di sini dulu entri kali ini. Jumpa lagi di lain entri. Sekian, wassalam...

Tuesday, July 24, 2012

Bubur Som-Som...

Assalamualaikum...

Selamat hari selasa... Alhamdulillah selesai sudah 5 Ramadhan buat kami di sini... Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk berpuasa juga menjalani ibadah di bulan yang mulia ini...

Semalam daku dah buat karipap kentang daging untuk Iftar... Karipap kategori kuih pedas... Maka hari ini, tukar giliran pula... Daku buat kuih manis untuk ahli rumah... Sudah lama daku dengar nama bubur som-som yang terkenal ni... Tapi memang daku tak pernah makan apatah lagi pernah buat... Disebabkan bahan-bahannya berkaitan dengan pandan dan gula merah maka daku memang tidak ragu-ragu untuk mencuba... Sebabnya memang kegemaran daku kuih muih berkaitan pandan juga gula merah... Alhamdulillah juga, ahli jawatankuasa rumah pun sukakannya... 

Resipi daku ambil di Myresipi... Resipi asal adalah bubur som-som pandan dari Kak Fida... Terima kasih buat Kak Fida kerana resipi yang sedap juga sukatan yang memang sedang elok... Daku buat setengah adunan kerana yang hendak makan cuma kami berempat...

Di sini daku kongsikan resipi tersebut juga untuk simpanan daku... kalau hendak lihat resipi asal, sila ke SINI...


~ Versi bunga-bunga cinta buat si kakak ~




BUBUR SOM-SOM ...
Resipi Asal : Kak Fida @ myresipi

Bahan-bahannya...

  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1600 ml santan (500ml KARA + air)
  • 100 ml air pandan ( atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • Sedikit pewarna hijau (opt)
Sirap gula melaka:
500g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan disimpul


Cara-caranya:
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis. Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata. Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka

~ Sirap gula melaka lebih satuuuu ! ~




~ Potong- potong kecik ~



~ Daku potong baji gunakan pisau agar-agar sahaja ~



Insyaallah, lain kali boleh buat lagi... Bubur ni kalau di makan sejuk-sejuk lagilah nyaman sahaja anak tekak... Ehehhehe... Sampai di sini dulu... Panjang umur jumpa lagi di lain siaran... Sekian, wassalam...

Monday, July 23, 2012

Air mata kucing & Nasi dagang...

Assalamualaikum...

Salam Isnin dan kembali bersiaran... Semoga rakan-rakan di luar sana sihat sejahteralah hendaknya... Menu ini menu Iftar hari ke-3 kami... Hari pertama cuma nasi ayam dan hari kedua nasi putih dan ikan bakar serta konco-konconya... Hari ini, entah apalah yang hendak dihidangkan untuk seisi keluarga...

~ Air mata kucing dan nasi dagang~



Air mata kucing ini daku gunakan longan kering yang diangkut dari tanahair... Beli dari kedai herba cina... Cara masaknya, mudah sahaja... Daku campurkan gula merah dan gula puti, air secukupnya, daun pandan dan longan kering... Masak sehingga air mendidih dan longan menjadi lembut... Semua campak sahaja... Kalau tak ada longan kering, daku pakai sahaja longan dalam tin... Boleh juga dari tiada langsung... Ehehee...

~Longan kering yang dah kembang~



~ Jom slurppppppppp masa berbuka ~




Untuk resipi nasi dagang, daku godek dari dapur Kak Ita Masam Manis again... Entah kenapa, daku suka sangat ke sana... Resipi menarik, gambar yang menggoda... Sungguh daku amat suka... Di sini daku kongsikan resipinya... Resipi asal Minami di Myresipi... 


NASI DAGANG TERENGGANU
By : Minami
  • 4 cawan beras biasa 
  • 1 cawan beras pulut 
  • 1/2 cawan beras merah - yg ni ita tambah
  • 1/2 tin santan - ita guna 1/2 kotak santan KARA
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar halba
  • bawang dan halia - di hiris
  • Daun pisang
  • air
Cara-caranya...
  1. Beras dibasuh dan direndam 1 malam. 
  2. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih.
  3. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. 
  4. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang.
  5. Kukus buat kali kedua.
  6. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap.
  7. Biarkan seketika.
  8. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas.
  9. Masukkan hirisan bawang, halia, halba dan santan yg dibancuh dengan sedikit garam dan gula .
  10. Sedia di hidangkan bersama acar dan gulai ikan tongkol

P/s: Daku kukus sekejap sekali lagi selepas masukkan bawang, halia, halba dan santan buat kali terakhir.



Untuk gulai ikan tongkol pula, daku ambil di rumah Kak Nor secubit garam... Ambil di SINI...

~Lupa pula daku nak letak acar mentah masa buat plating pinggan ni ~


Sampai sini dulu... Daku nak masuk dapur tengok apa yang ada dan apa yang nak dihidang sahur nanti... Insyaallah, panjang umur kita jumpa lagi. Sekian, wassalam...

Monday, July 16, 2012

Entri koboi campak-campak...

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin... Lepak sekejap depan lappy sementara tunggu helper kemas rumah... Helper pun bukan maid yang duduk sekali... Dia cuma datang seminggu dua kali untuk cuci dan kemas yang mana patut... Siap kerja dia balik... Sementara dia mengemas dan anak-anak masih lena diulit mimpi daku curi-curi masuk entry koboi sekejap... Ehehhee...

Cerita masak-masak dah tak tahu nak cerita apa... Masak pun sejak dua menjak ni main campak jer semua... Banyak yang order dan makan-makan di luar... Memang tak ada mood... Kononnya nak diet dek kerana berat yang turun naik sejak balik cuti-cuti Europe tempoh hari... Tapi baru nak diet dua hari, rasa nak makan pulak... Hai, nafsu nafsuuu... Ehehhee...

Ni masak-masak buat kanak-kanak... Pretzel... Budak-budak ni kalau asal ke Lulu hypermarket Qurain jer harus nak kedai pretzel depan tu... Sebijik dah 1kd atau RM 11... Kalau beli haruslah bukan sebijik kan... Sementara ada mood nak meroti daku buatlah sket dalam dua cawan tepung gitu... Ha, ambik... Dapat sebakul... Makan sampai nak tercabut gigi... Ehehehe... Bukan apa, bila panas memanglah sedap... Dah sejuk memang liat sikit... Tapi daku dah masukkan sikit water roux dalam resipi tu, maka kuranglah liat... Resipi daku google jer... Soft Pretzel... Daku tak share sebab belum berpuas hati dengan hasilnya... Kalau ada resipi yang ok yang daku dah cuba, daku share kemudian...

~ Cheesy pretzel ~



~ Oregano pretzel ~




Ini pulak laksa main campak-campak... Bertahun sudah tak buat laksa... Sampaikan stok laksa kering dalam simpanan dan pecah-pecah sebab pindah-randah... Daun kesum frozen adalah sikit agak-agak sekali je masak... Bunga kantan pun adalah dua batang dah lunyai sebab dah lama sangat beku... Campak ajalah asalkan ada bau... Ehehhee... Resipi biasa jer... Campakkkk...

~ Laksa ~




~ Eksesori seciput sebab yang nak makannya dua orang sahaja... Ehehee~



Ini pulak rojak buah untuk minum petang... Gara-gara malas nak goreng cekodok... Ehehhee... Petis dia tengah beku lagi... Dah gaul-gaul pun belum cair... Langsung tak nampak kuah petisnya... Petis dia homemade... Macam biasa, main campak jugak... 

~ Rojak buah... Kalau ada nenas dan pelam muda, lagi syokkk ~



Sampai sini dulu entri koboi kali ini... Insyaallah ada kelapangan berjumpa lagi... Sekian, wassalam...

Sunday, July 15, 2012

Simple Moist Chocolate Cake ...

Assalamualaikum...

Salam hari Ahad... Tinggal beberapa hari lagi menjelang Ramadhan... Semoga kita semua diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menempuhi Ramadhan kali ini... Insyaallah... Nampaknya Ramadhan dan Syawal kali ini daku sekeluarga akan berada di bumi Kuwait ini... Sedih juga tidak dapat bersama keluarga di tanahair... Jika panjang umur dan murah rezeki mudah-mudahan akan bersama keluarga di tanahair tahun hadapan...

Okey kembali kepada cerita kek... Kek coklat ni simple dan sangat mudah untuk dibuat... Daku percaya kanak-kanak sekolah rendah pun mampu nak buat kek ini :) ... Sudah bertahun-tahun daku ulang pakai resipi kek ini jika ingin membuat kek coklat versi kukus... Resipinya mudah sahaja...

~ Versi cuppies ~




Moist Chocolate Cake...
Bahan-bahan..
  • BAHAN A:
  • 1 cawan air
  • 1 cawan serbuk koko ( Kalau di Malaysia daku gunakan Van Houten, di sini daku gunakan Alali)
  • 1 cawan gula pasir


  • BAHAN B :
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung (Kalau tak ada, minyak masak pun boleh)
  • 1 cawan tepung *diayak
  • 1/2 sudu teh baking powder *diayak
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara...
  1. Campur semua bahan A di dalam periuk dan masak di atas api sehingga gula hancur. Ketepikan.
  2. Pukul gula dan telur sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan bahan A tadi dan kacau lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan pulak minyak dan kacau lagi.
  5. Akhir sekali baru masukkan tepung dan baking powder. Kacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilenserkan.
  7. Panaskan dulu kukusan sehingga mendidih. Masukkan loyang berisi adunan. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk elakkan air menitis. Kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.
  8. Untuk coklat ganache, panaskan 1 cawan whipped cream di dalam periuk. Apabila telah mendidih, tutupkan api. Kemudian masukkan coklat masakan lebih kurang 50g dan satu sudu besar butter. Kalau ingin lebih kecoklatannya boleh tambah coklat masakan ikut selera masing-masing.


~ Versi cuppies~



Memang macam-macam resipi kek coklat yang ada di luar sana... Terpulang pada selera anda lah kan... Resipi daku ini hanya gunakan air... Jika anda mahukan kek yang lebih berlemak, anda boleh gantikan air dengan susu... Daku sukakan kek yang kuat bau kokonya dan rasa coklatnya, maka daku hanya gunakan air sahaja... 

~ Versi potong ~



Sampai sini dulu entry kali ini... Semoga ada kesempatan untuk berjumpa lagi... Sekian, wassalam...

Tuesday, July 10, 2012

Prawn & Potato Fry...

Assalamualaikum...

Selamat hari Selasa... Seminggu lebih sahaja lagi menjelang Ramadhan... Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk menemui lagi Ramadhan kali ini... Insyaallah... Selamat Hari Lahir juga buat anakanda ke-2 Muhammad Irfan yang ke-7... Jatuh pada 4 Julai... Juga pada ibu mertuaku Saripah Halimah Bt. Syed Mokhtar yang jatuh pada hari ini... 10 Julai... Semoga kalian semua sihat sejahtera, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dalam lindungan Allah selalu... Kami semua sayangkan kalian... :)

O.K, cerita masak-masak kali ini, udang dan kentang... Resipi daku kidnap dari rumah Love @ Love2cook... Tidak daku sangka udang dengan kentang kombinasi yang harmoni... Seriously, memang daku tak pernah cuba kombinasi ini sebelum ni... Resipinya simple saja, tapi memanglah sangat sedap makan dengan nasi panas... Tak payah lauk lain pun dah sedap... Ratah begitu sahaja pun sedap juga... :)


~Sedappp~



Resipi daku copy dari Love untuk simpanan daku... Tapi kalau kawan-kawan nak tengok resipi asal dan singgah ke rumah LOVE boleh ke link SINI... Tq yer LOVE for sharing... :)


PRAWN & POTATO FRY...



Ingredients :~

(A) Mix together


1kg medium shrimps ~ cleaned and leave the tail intact
1 tbsp chilli powder
1/2 tsp turmeric powder
1/2 tsp salt


(B)
3 medium potatoes ~ cut into cubes ( you may add more ) 
1/4 tsp fennel seeds 
1 large onion ~ sliced
3 cloves garlic ~ minced 
3 dried chillies ~ halved
3 sprigs curry leaves
salt
oil 


Method :~
  1. In a bowl, mix ingredients (A) and set aside for 15 minutes.
  2. Heat oil in a pan and fry the cubed potatoes until light brown. Drain on a paper towel.
  3. Stir fry fennel seeds, garlic, onion, dried chillies and curry leaves for 1 minute. Add in the marinated prawn.
  4. Stir and cook with lid covered for 3-5 minutes, stirring occasionally.
  5. Mix the gravy and add the fried potatoes. Add a little more salt if needed and mix thoroughly. 
  6. This dish is dry, so no water needed. Dish out to serve :)

~ Another angle ~



~ Jemput makan ~



Sampai sini dulu entri kali ini... Mr. I cuti hari ini sebab hantar repair kereta yang mana patut... Kereta dah tua dan macam-macam ragam... Ehehhee... Sementara beliau dah cuti, maka daku nak cari ilham ajak Mr. I pusing mana-mana... Ngeee... Jumpa lagi di lain entri, Insyaallah... Sekian, Wassalam...

Monday, July 02, 2012

Salmon Fillet With Garlic Pepper Sauce serta konco-konconya...

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin... Euro 2012 telah pun tamat... Dengan ini, jadual tidur rakan taulan di tanahair bolehlah kembali seperti sedia kala... Kami di sini tidaklah terganggu jadual tidur dek kerana kelewatan  5 jam dari masa di tanahair... Usai perlawanan biasanya sekitar jam 12 tgh malam waktu di sini... Ok lagilah kan... 

Okey, kembali kepada cerita masak-masak... Kali ini tiada resipi yang daku hendak kongsikan... Ini kerana semuanya daku main agak-agak dan ikut suka sahaja,.. Kalau yang berminat, bolehlah cari menerusi Mr. Google... Pastinya banyak resipi yang akan memenuhi citarasa dan juga mengikut sumber bekalan bahan yang ada... Jadinya entri kali ini, entri tayangan sahaja.. Eheeeee... :P

Daku memanglah peminat Salmon No.1... Macammana ya, hendak digambarkan minatnya... Katakanlah kalau pada awalnya sebelum ke kedai makan dalam fikiran daku sudah terbayangkan menu lain yang ingin di'order' tetapi apabila sudah sampai ke kedai dan ada pulak salmon di dalam menu, pasti daku akan berbelah bahagi dan meronta-ronta jiwa raga samada ingin kekal dengan tujuan asal mahupun beralih arah kepada salmon... Ahahaha.... Terukkan? 

Biasanya kalau teringin hendak makan salmon, daku makan di luar sahaja... Kerana isirumah tak berminat dengan salmon... Hendak masak pun tak ada 'mood' rasanya... Tapi semasa keluar membeli bekalan isirumah minggu lalu, ternampak pulak salmon yang dah lama daku tak makan... Teringat pula tayangan perdana salmon steak oleh my old friend Puan Jonaina tidak lama dahulu... Aduh, teruja pula untuk cuba masak sendiri... Sudah terasa dan terbau-bau ke'ikanan'nya tatkala di pasaraya itu... Siapa yang tak suka bau ikan, sila angkat kaki... Eheee....

Hasil google berbagai resipi dan gravynya juga main campak-campak... Akhirnya...


~Salmon Fillet With Garlic and Pepper Sauce berserta konco-konconya ~




~ Spicy Creamy Prawn and Mushroom Pasta ~



~ Garlic Oregano Baguette With Mushroom Soup ~



~ Sumber Sayuran~



Sampai sini dulu entry tayangan kali ini... Entri akan datang insyaallah akan ada resipi untuk dikongsi bersama... Samada resipi kawan-kawan atau godek-godek sendiri... Sekian, Wassalam...