Pages

Showing posts with label Ikan/Ikan Bilis/ Udang/ Sotong/ Ketam/ Seafood.... Show all posts
Showing posts with label Ikan/Ikan Bilis/ Udang/ Sotong/ Ketam/ Seafood.... Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Prawn & Potato Fry...

Assalamualaikum...

Selamat hari Selasa... Seminggu lebih sahaja lagi menjelang Ramadhan... Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk menemui lagi Ramadhan kali ini... Insyaallah... Selamat Hari Lahir juga buat anakanda ke-2 Muhammad Irfan yang ke-7... Jatuh pada 4 Julai... Juga pada ibu mertuaku Saripah Halimah Bt. Syed Mokhtar yang jatuh pada hari ini... 10 Julai... Semoga kalian semua sihat sejahtera, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dalam lindungan Allah selalu... Kami semua sayangkan kalian... :)

O.K, cerita masak-masak kali ini, udang dan kentang... Resipi daku kidnap dari rumah Love @ Love2cook... Tidak daku sangka udang dengan kentang kombinasi yang harmoni... Seriously, memang daku tak pernah cuba kombinasi ini sebelum ni... Resipinya simple saja, tapi memanglah sangat sedap makan dengan nasi panas... Tak payah lauk lain pun dah sedap... Ratah begitu sahaja pun sedap juga... :)


~Sedappp~



Resipi daku copy dari Love untuk simpanan daku... Tapi kalau kawan-kawan nak tengok resipi asal dan singgah ke rumah LOVE boleh ke link SINI... Tq yer LOVE for sharing... :)


PRAWN & POTATO FRY...



Ingredients :~

(A) Mix together


1kg medium shrimps ~ cleaned and leave the tail intact
1 tbsp chilli powder
1/2 tsp turmeric powder
1/2 tsp salt


(B)
3 medium potatoes ~ cut into cubes ( you may add more ) 
1/4 tsp fennel seeds 
1 large onion ~ sliced
3 cloves garlic ~ minced 
3 dried chillies ~ halved
3 sprigs curry leaves
salt
oil 


Method :~
  1. In a bowl, mix ingredients (A) and set aside for 15 minutes.
  2. Heat oil in a pan and fry the cubed potatoes until light brown. Drain on a paper towel.
  3. Stir fry fennel seeds, garlic, onion, dried chillies and curry leaves for 1 minute. Add in the marinated prawn.
  4. Stir and cook with lid covered for 3-5 minutes, stirring occasionally.
  5. Mix the gravy and add the fried potatoes. Add a little more salt if needed and mix thoroughly. 
  6. This dish is dry, so no water needed. Dish out to serve :)

~ Another angle ~



~ Jemput makan ~



Sampai sini dulu entri kali ini... Mr. I cuti hari ini sebab hantar repair kereta yang mana patut... Kereta dah tua dan macam-macam ragam... Ehehhee... Sementara beliau dah cuti, maka daku nak cari ilham ajak Mr. I pusing mana-mana... Ngeee... Jumpa lagi di lain entri, Insyaallah... Sekian, Wassalam...

Monday, July 02, 2012

Salmon Fillet With Garlic Pepper Sauce serta konco-konconya...

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin... Euro 2012 telah pun tamat... Dengan ini, jadual tidur rakan taulan di tanahair bolehlah kembali seperti sedia kala... Kami di sini tidaklah terganggu jadual tidur dek kerana kelewatan  5 jam dari masa di tanahair... Usai perlawanan biasanya sekitar jam 12 tgh malam waktu di sini... Ok lagilah kan... 

Okey, kembali kepada cerita masak-masak... Kali ini tiada resipi yang daku hendak kongsikan... Ini kerana semuanya daku main agak-agak dan ikut suka sahaja,.. Kalau yang berminat, bolehlah cari menerusi Mr. Google... Pastinya banyak resipi yang akan memenuhi citarasa dan juga mengikut sumber bekalan bahan yang ada... Jadinya entri kali ini, entri tayangan sahaja.. Eheeeee... :P

Daku memanglah peminat Salmon No.1... Macammana ya, hendak digambarkan minatnya... Katakanlah kalau pada awalnya sebelum ke kedai makan dalam fikiran daku sudah terbayangkan menu lain yang ingin di'order' tetapi apabila sudah sampai ke kedai dan ada pulak salmon di dalam menu, pasti daku akan berbelah bahagi dan meronta-ronta jiwa raga samada ingin kekal dengan tujuan asal mahupun beralih arah kepada salmon... Ahahaha.... Terukkan? 

Biasanya kalau teringin hendak makan salmon, daku makan di luar sahaja... Kerana isirumah tak berminat dengan salmon... Hendak masak pun tak ada 'mood' rasanya... Tapi semasa keluar membeli bekalan isirumah minggu lalu, ternampak pulak salmon yang dah lama daku tak makan... Teringat pula tayangan perdana salmon steak oleh my old friend Puan Jonaina tidak lama dahulu... Aduh, teruja pula untuk cuba masak sendiri... Sudah terasa dan terbau-bau ke'ikanan'nya tatkala di pasaraya itu... Siapa yang tak suka bau ikan, sila angkat kaki... Eheee....

Hasil google berbagai resipi dan gravynya juga main campak-campak... Akhirnya...


~Salmon Fillet With Garlic and Pepper Sauce berserta konco-konconya ~




~ Spicy Creamy Prawn and Mushroom Pasta ~



~ Garlic Oregano Baguette With Mushroom Soup ~



~ Sumber Sayuran~



Sampai sini dulu entry tayangan kali ini... Entri akan datang insyaallah akan ada resipi untuk dikongsi bersama... Samada resipi kawan-kawan atau godek-godek sendiri... Sekian, Wassalam...

Sunday, June 24, 2012

Otak-otak ikan tenggiri...

Assalamualaikum...

Entry masak-masak pertama setelah begitu lama memerapkan diri... Entah kenapalah mood seakan hilang untuk berblogging sejak dua menjak ini... Hendak dikatakan sibuk, tidaklah sesibuk mana... So, warming up dan streching sikit pembakar semangat...

Dalam peti ais adalah beberapa keping ikan tenggiri yang entah sudah sekian lama kejung bertapa di dalam tu... Tak tahu nak dibuat apa... Tertengok pula siaran Masterchef selebriti yang masak otak-otak... Maka dapatlah idea nak mencuba.. Tak pernah buat pun sebelum ni... Makan aje pandai... Cuba jugalah buat walaupun tak ada daun kelapa... Mana pula nak dicari daun kelapa dekat sini kan... Daun pokok kurma adalah...  Ehehee... Maka daku gantikan dengan daun pisang... Hasilnya... 




Memang ada rasa otak-otak yang daku biasa makan... Kalau bakar dengan daun kelapa juga atas bara arang, lagilah terangkat... Resepi asal  Otak-otak daku ambil daripada Kak Ita Masam Manis di link SINI... Namun di sini juga daku dah olah sedikit untuk simpanan daku... Terima kasih Kak Ita... Nanti bila lapang saya pergi geledah lagi dapur akak lagi... Banyak resipi menarik dekat sana...

OTAK-OTAK...


3 keping ikan tenggiri - Diambil isinya dan dicincang halus
3 batang cili merah * dikisar
5 batang cili kering *
1 cm kunyit hidup*
1 batang serai*
3 biji buah keras*
1 sudu besar serbuk ketumbar atau 2 sudu besar ketumbar biji*
1cm belacan*
Secarik asam keping
1/2 cawan santan
Garam gula secukup rasa
Daun kelapa untuk membungkus
Lidi secukupnya


Cara-cara...
1. Masukkan semua bahan kecuali isi ikan, daun kelapa dan lidi ke dalam periuk... Masak sehingga kuah menjadi pekat... Sejukkan...
2. Apabila sudah sejuk, masukkan isi ikan dan gaul rata...
3. Isikan inti ikan ke dalam daun kelapa dan sematkan lidi di kedua hujung... 
4. Panggang sehingga masak...


Jika hendak dibuat inti popia bahannya sama... Cuma kaedahnya sedikit berbeza dan ada sedikit tambahan bahan... Bahan kisar ditumis dengan sedikit minyak... Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga kering dan perisakan dengan garam, gula dan asam keping tadi... Sejukkan... Apabila bahan tumisan telah sejuk, masukkan isi ikan, 2 sudu besar tepung ubi dan setengah biji telur. Gaul sebati. Kemudian boleh diisikan ke dalam kulit popia. Kalau biasanya popia kita digulung bulat, tapi popia otak-otak dileperkan sedikit seperti bentuk lepat.


Intinya...




Selepas dibungkus daun pisang serta dipopiakan...



Edisi popia for tea... Edisi daun pisang for dinner... Khalasss... 



Sekian, sampai sini... Wassalam...

Wednesday, March 16, 2011

Kuih Gunting Mesin, ABC & Kembung Air Asam ...

Salam...
Selamat hari Rabu... apa cerita terbaru? tiada apa-apa yang luar biasa... last week kami joint Malakoff Q8 Outing... outing ni biasa buat 2 minggu sekali... sejak ada baby, ni la first time kami joint outing ni... berangkai2 la kami anak beranak naik coaster... cerita outing kami cerita kemudian sebab daku tak bawak kamera... tangan dah penuh usung stroller dengan beg baby bagai dalam coaster tu... nanti dah dapat culik gambar dari kamera Kak Ida & Fb Lina, daku masuk entry... Eheee...

Hari ni kanak-kanak ada Character Day... time nak melaram dengan costume la hari ini... tapi sebenarnya dah jemu sebab asyik2 kena beli costume untuk show budak-budak ni... sekolah sini nak masuk 3 tahun dah boleh buat wardrobe costume diaorang nie... lain kali daku nak buat iklan lah sapa nak pinjam costume yang kami dah ada boleh pinjam jer... tak payah bazir nak beli... nak pakainya sehari jer pun... ehhee... citer Character Day pun, daku citer kemudian ek... entry kali ni nak citer kuih gunting dan kroni-kroninya...

Kuih gunting ni ambik resipi asal oleh Chef Norzailina yang dientrykan oleh Kak Jun kat My Resipi... dah pernah buat 2-3 kali dah pakai resipi ni... Daku takdelah buat banyak pun... buat sket jer tuk kudap2 di petang hari... yang suka sangat kuih gunting ni, anak dara daku tu... makan nasi pun boleh eksesori kuih gunting nie... ehehee... daku hantar sket kat Syerah atas nun...

Biasa buat golek pepanjang & gunting jer... kali ni saje nak test gelek & potong pakai mesin... leceh sket la... sebab nak kena nipiskan betul... kalo tak kang jadik tebal tak cantik... mula2 daku gilis sampai no 5 jer... jadi tebal sket la... tak cun... pastu nipiskan sekali lagi sampai nombor 6... baru hasil nampak berhalus sket... kalo tak, nampak gedabak cam tuan tanah... ehehee... ni resipi dia okey... C n P dari My Resipi ...



Kuih Gunting ...

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 375gm tepung
  • 2 sudu besar gula aising
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2-3 tangkai daun kari-hiris halus
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • pepper
  • 90gm majerin ( daku kurangkan sket )
  • 130-140ml santan (tambah air jika x cukup)

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh.
  2. Gunting n goreng.

Krup krap di petang hari


Ni plak ABC idea Lina... disebabkan takde mesin parut air batu, Lina ajar buat guna teknik aiskrim Malaysia... ehehe... bancuh air bandung secukup rasa... masa nak makan, pecah-pecahkan air batu tu or kikis2 kan ... campo segala kekacang & eksesori... letak air gula merah & evaporated milk sesuka hati... kalo nak spesel, letak lah laici & eskrim... sejuk2 pun bedal gak ais batu... ahahhaa... kali ni buat versi malas... tak buat pun isi cendol & lengkong... letak aiskrim ceklat pun jadi tak berapa nak mengancam... nak ngam ngan eskrim vanila or jagung kot gamaknya... apapun, layannn...

ABC ada-ada aje


Ni plak kembung terpinggir... buat entah bila... sian dia terperap lama baru nak masuk entry... Ikan ni rebus jer... simbah air asam... daku tak makan nasi pun takpe... makan ikan ni semata-mata sampai tangan dah melekat bau belacan... ahahhaa... kena plak kalau pedas berapi... huhhh, meleleh air hidung... :P

Kembung air asam


Entry kali ini sampai sini dulu... kalau rajin, nanti sambung entry lain pulak... tengah kutip mood yang tercicir & sepah2 bawah kerusi, meja, meja makan, almari, bawah katil dan entah mana-mana... ehehe... sekian, wassalam...


Sunday, October 03, 2010

Cendol, ABC & Kopok Lekor...

Salam...
Selamat hari Ahad... kembali bersiaran... taktau nak citer apa... rutin weekday biasa2 aja... weekend kuar pusing2 jap... cari brg dapur & lengkapkan keperluan baby sket2 lagi... minggu depan dah nak masuk 8 bulan... alhamdulillah, minggu ni dah 31 minggu... Dijangka tarikh csection tu, sekitar minggu ke 37... so, tinggal 6 minggu jer lagi... insyaallah... kita merancang, Allah menentukan segalanya kan... takutt? huishhh ada ke tak takut... buta2, idup2, sihat2, pi serah perut nak kena belah... mestilah takut kan... tapi, kalo tak belah, cemana pulak baby tu nak keluar kan... mudah-mudahan segalanya dipermudahkan, sihat & selamat semuanya... Amin...

Kali ni stamina kurang sket... kalo dulu, 8-9 bulan masih gagah pusing MidValley... kali ni, baru nak masuk 8 bulan dah letih nak pusing merata... haisshhh... rugi sungguh... dah ler sales baru nak mula... ehehee... tapi yang pasti cik suami la yg paling lega kalau time2 sales macam ni, para isteri tak larat nak pusing2... lega sket poket n wallet... ahahha... anyway, walaupun macam tu, still lega jugalah, sebab banyak keperluan baby dah hampir siap semuanya... sebab pertengahan pregnancy ritu dah start beli sikit-sikit... sebab risau cam gini lah, last2 minit badan dah cam tak berapa nak gagah... so, lepas ni boleh rehat2, kurangkan aktiviti merayap2, kemas umah siap2, siap2 basuh kain baju baby, packing beg spital semua kan... ada la 2-3 ketul benda lagi nak dicari, tapi boleh cari pelan2 la kan... insyaallah still ada masa...

Jom cite masak2 plak... entah naper seminggu lepas tekak ni rasa nak minum segala spesis air la plak... kan senang kalo just terasa nak minum air sirap ke, oren ke, bandung ke... ni terasa nak minum ABC n Cendol la plak... adoila, makcik bercinta betul la... benonya ABC dah minum masa open house umah Kak Linda ritu... tapi rasa nak minum lagi bergelen2... ahaha... teruk tol perangai... maka terpaksa la menggodek segala eksesori yg ada... isi cendol, cincau & lengkong merah... cincau tu, kali ni just amik esktrak air rendaman akar aku cincau tu, dimasak ngan agar2 jer... so, dia tak jadi kenyal la... dulu penah buat resipi yg pakai tepung jagung... so, kali ni try pakai agar2 jer pulak... akhirnya, jadikla dua spesis air ni... tapi yg kureng umph nye daku takder kacang putih nak lempor dalam ABC tu... kalau ada, lagilah sedap... tak sempat dah nak pi cari... nak minum sesangat dah... ahahha...

Cendol again...


ABC campak2... takder mesin parut air batu... just crushedkan jer ice cube tu... tak kisahla, janji rasa ABC... 3 ari berturut aku dok mengadap ABC nie... ehehe... puas hati den...


Dah kena kacau...


Kopok lekor... kali ni wat pakai tepung sagu yang dikirim masa Ema nak back for good ritu... Mr. Sabri yang balik ke sini nak handover duty yang bawakkan... mekacih yer Ema cayang... mekacih gak atas ketupat palas segera tu... :) Resipi kopok lekor ni ada banyak sgt... taktau nak try yg mana... so, buat sket2 dulu la kan... try dulu... tapi cam best gak ler hasil kali nie... sbb dia mengecut pas goreng... aku memang suka yg spesis mcm ni...



Sampai sini jer coleteh kali ni... lenkali kalo sihat, panjang umur, kita jumpa lagi... Wassalam...

Wednesday, February 17, 2010

.: Tempura Udang, Fish Fillet n Vege & Laksa :.

Salam...
Arini, sakit pinggang daku, dah kurang sket... semalam teruk betul rasanya... nak luruskan badan pon rasa sakit ... malam tadi, si Irfan pulak demam... Mr I terpaksalah amik cuti rini nak bawak Irfan pi klinik... dia ni lain sket, kalo demam plus batuk or selsema jer kena cepat2 pi check... takut infection kat paru2 since dia mmg ada asthma... takleh just nak bagi mkn ubat demam n tunggu sampai baik... o.k lets go to citer masak2... Dinner semalam dok men masak2 owg malas jer... Shrimp, Fish Fillet & Vege Tempura... cicah2 ngan Sos Cili & Tartar Sauce jer... dah lama tak makan seafood... syiok jugak...

Disebabkan Mr I cuti rini, aku tanyalah dia nak makan per... dia jawab nak makan mee kari... huhuhu... actually mmg aku pon dah lama nak makan mee kari... tapi time nk buat, asyik tak cukup bahan jer... ni plak, mee pon tadak dlm stok... tauhu pon tadak... nak pi pekan cari, malas la plak... bukan takleh pakai spaghetti cam biasa buat tu... tapi mmg rasa nak makan mee kari guna mee kuning tue... nak buat, mesin pon tak sempat pi cari lagi... huhuu... lain kali la... tunggu weekend ni ke... so, KIV mee kari... bg option lain plak... so, dia pilih laksa... so rini masak laksa la...

Aku ngan laksa? isi laksanya aku makan sket jer... jangan tidak... tapi, kuah dia aku leh hirup bermangkuk2... ehhee... alang2 dah main perisi ikan, aku pau sket isi ikan tuk wat laksa tu... aku gi wat kopok lekor sket..


O.k bebeh... jumpa lagi next time... harap2 pinggang aku ni elok sket sok lusa... maybe dah dekat2 time bendera jepun nak berkibar la kot... satu badan rasa tak sedap... nak kata demam tak demam... tapi, rasa cam tak sedap badan jer... anyway, selamat jamu selera... sekian, wassalam...

Sunday, October 18, 2009

Creamy Garlic Butter Lobster n Soto Manjung ...

Salam...
Salam ari Ahad... another new week begin... tapi, tahap kemalasan tak hilang2 lagi nie... apo nak jadi ontahh... terus ajerla ke citer masak2... citer2 lain takder yg luar biasa...

Lobster ni dah bertapa dlm gua batu tu ntah baper lame ntah... yerla, umah ni bukan ari2 makan nasi kan... kdg2, bila time nak makan nasi, terasa nak makan lauk lain pulak... disebabkan Mr I dah request nak makan tomyam n telur dadar, so aku tambah agi satu lauk... lobster nie... kalo tak, taktau bile kurun baru nak masak lobster ni... masa beli tak nyempat2... nak masak asyik KIV jer... huhuu... sbb dulu, jrg jumpa... kali ni, sokmo plak ada kat spemarket tu... agaknya musim kot...

Kali ni masak, togelkan siap2 cengkerang dia... senang laling aku tu nak makan... kalo takpon kang, gefren mithali ni jugak yg akan tolong kopekkan tuk boipren dia tu... biar susah2 kopek dahulu... senang2 makan kemudian... ahakss... aku penah makan masakan2 ala2 camni kat Teluk Batik nun... tapi aritu kitaorang makan udang beso tu... ni resipi aku godek2 sendiri n agak2 jerla... bolehla edit ikut anak tekak n citarasa sendiri yer... :)


Bahan-bahan...

  • Isi Lobster secukupnya (lobster direbus dengan seulas bawang putih, 1 sudu butter n garam - di ambil isinya)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
  • 2 biji cili padi ( diketuk)
  • 1 tangkai daun kari
  • 50 ml susu segar / cair
  • 2 sudu besar butter
  • Serbuk lada hitam, garam dan gula (jika suka) secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit untuk menambah warna
  • Sedikit air jika perlu

Cara-cara...

  1. Cairkan dan panaskan butter dalam kuali... tumiskan bawang putih dan cili padi sehingga naik bau...
  2. Masukkan susu dan serbuk kunyit... kacau rata... masak sehingga kuah agak pekat... jika terlalu pekat boleh ditambah air...
  3. Masukkan isi lobster... masukkan daun kari dan kacau rata...
  4. Kemudian, perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan gula secukup rasa... Gaul rata... Tutup api... Siappp...
Sedap gak kalo ganti ngan udang... tapi udang tu, takyah le rebus lak kan... masuk sekali harung jer... hehhe...

Pastu soto ni wat bile ntah... soto ni, kalo my mum biasa wat yang lebur terus jer... takyah tumis... aku ni wat ikut dan jerla... kadang2 aku lebur, kadang2 aku tumis cam wat sup ayam biasa tu... bawang merah, bawang putih, halia n buah pelaga... pastu masukkan rempah sup n tumis sampai naik minyak n so on... kali ni, tang rempah tu aku guna dua jenis rempah... rempah sup ngan rempah kurma... sebab soto yang aku makan kat Manjung tu, memang ada bau2 ala2 rempah kurma sket... so, aku agak2 jerla... cuba jer... masukan gak serbuk lada hitam sket... rasa dia? ahaksss... bolehla... aku ni, asalkan sup jer sume jalan... cukup asam garam gula dia, sedap la bagi aku...originality nyer? ehehhee taktau la kan... sebab aku jumpa resipi soto ni segala jenis n macam... taktau yang mana satu... last2 aku masak yg mana aku sempat la kan... dah pekena ngan sambal kicap berapi n eksesori kompom sodapp... ekekke...



Donut ni lak wat petang semalam... wat minum petang... Dinner semalam just goreng bihun jer... pastu goreng sket agi begedel belen yg belum goreng lagi...



Tu jerla cite makan2 terakru tuk beberapa hari... sekian, wassalam...

Tuesday, October 06, 2009

Seafood Theme...

Salam...
Arini masak nasi la plak... semalam dah masak mee hailam, yg benonya spaghetti hailam... ekekke... mee kuning mmg aku tak pernah try lagi buat... bahan2 n alatan takder... later la yer... hhehee... tapi mee ke, spaghetti ke, pasta ke, bihun ke, sume kemain laju owg umah ni makan...

Rini aku masuk opis awal sket... sebab pastu nak lipat kain... pastu nak skype ngan Mama pas Mama balik jogging ngan Ainn ... setel awal2, ptg leh santai2... pas siap masak2 tu, sempat gakler mengelim karipap... inti dah buat semalam... rini just wat kulit n mengelim jerla... wat minum petang n bekfest plus bento for tomorrow... goreng sket tuk minum ptg, belen tu frozenkan jerla...

Teh tarik kurang manis wif karipap... jom minum... buih teh dah ilang ler... hehee...

Kalo nasi putih tu, Mr I takder hal la kan... kanak2 ni la payah sket... tapi nasi kaler2 boleh plak laju makan... sok2, kalo payah2 nanti, nasi putih pon aku kalerkan ala2 nasi minyak ujan panas tue... agaknya baru laju sket kot nak makan... tapi kdg2 my laling tu yg memang tak nak makan nasi... sebab, kat opis time lunch biasanya dah provide nasi... tu yang time dinner kdg2 nak tuko selera... menu rini tema seafood... ekekek... sape ada gout or high kolestrol, kena jeling ajer la... jgn tenung lama2... ehehe...

Udang n Sutun celup tepung...

Ikan 3 Rase n Seafood Tomyam... ikan ape ntah... ikan kat Msia pon aku tak lulus... ni plak, ikan kuwait yg semacam spesis n name nie... ehhe...

Petang tu masa skype, sempat skype kejap ajer... ader gangguan teknikal... laptop Ainn kena virus... adoiyai... sempat nampak muka kejap jer... sore ketaq2 n pastu bunyi bising cam short circuit tue... puas end call byk kali n redial... tapi still sama jer... huhhuu... pastu dah takleh on la plak... takperla, next time... sok lusa dah o.k leh on9 balik... tu jerla sambungan kisah rini.. kla, nak Zzzz... sok nak mula rutin harian awal pagi... Ilal Liqo' ... Sekian, wassalam...

Friday, September 11, 2009

Homemade Fish Ball n Yong Tau Fu ...

Salam...
Selamat ari Jumaat... dah weekend pon sini... arini kitaorang nak pergi majlis Iftar n terawih kat embassy... last week tak dapat nak pergi... aderla wat makan2 sket... pakat2 share n wat sumbangan masak2... masak nasi sowang sket n lauk pauk n kuih muih la kan... ape yg aku masak2, later la story ekk...

Ni citer semalam... kerana dek teringin nak makan YTF terpaksa la aku meghajinkan diri membola2kan ikan n udang tue... tapi tang udang tu, naper ntah lembik semacam... takleh nak bentuk la plak... aku pon tambah tepung, lagi dan lagi... last2 jadik cam batu seremban... kerass... ekekke... tapi fishball yang dibuat mmg la best... masuk bakul angkat sendiri la... teruk tul minah ni kan... aku just pakai white fish fillet campur tuna tin sket... yummy... lagi sodap dr boli kek kodai tu ha... huhuu...

Pestime gak buat bebola ikan nie... bukan susah sgt pon... senang jer nak buat... bahan2 pon simple... resipi godek2 kat MyResipi ... by dalinnasue ... tq yer tuan empunya resipi...


Fish Ball...

Bahan-bahan ( anggaran 3 org makan )

  • 400gm isi ikan tenggiri(pakai white fish fillet + tuna in water)
  • 1 sudu kecil garam (paras rata)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil tepung ubi
  • 60 ml air sejuk atau secukupnya(tak letak pon sebab fish filet tu dah berair sbb baru keluar dr esbok (separa beku) ... terus basuh n potong2... masuk FP)
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • secubit serbuk perasa jika suka

Cara-cara

  1. Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat.
  2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
  3. Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
  4. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
  5. Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.
Mahaplerkan sebab menggerutu sket bola2 tu n tak berapa nak bulat... maklumlah amatur... ekekke...

Pastu, hasil bola2 tu campo dgn ape2 ajer eksesori yg ader, jadikla YTF plak... dua versi la kan... YTF versi Taiping (kuah itam) n versi Manjung (kuah sup) ...

So, sekianlah tuk rini... nak uruskan umah tangga plak... pastu nak siap2 pape yg patut tuk makan2 Iftar nanti... wassalam...

Tuesday, September 08, 2009

Ikan Steamed Hor Neung Mok Pla...

Salam...
Ari2 dah letih nak pikir nak masak per... tiba teringat ikan bawal hitam yang ader dlm esbok tue... biasa wat sweet sour jer la... tapi semalam cam nak makan ikan steam la plak... aku pon taktau sedap ke tak ikan bawal dibuat steamed kan... belasah ajerla... dok godek2 resipi kat buku resipi thai dlm koleksi nie, jumpe la satu resipi Hor Neung Mok Pla... Hot n sour fish steamed in banana leaves... kemain panjang nama english die... huhuu...

Resipi dia, cam lebih kurang ikan steamed biasa jer... tapi ala2 thai la kan... musti la ader serai n daun limau purut ... pastu dia ader dressing dia... halia, bwg putih, lemon juice, fish sauce n sweet chili sauce n peanut sauce (aku tak letak sbb takder) ... campo2 sume n lumur kat ikan separuh dr dressing tue... perap dlm sejam... pastu tabur bahan2 tabur (cili, daun limau, serai, daun bawang, daun ketumbar dll) n stimkan... nak idang tu, letak lg separuh dressing yang belen tadi... aku mmg antu seafood... sume aku cakap sedap... tapi mmg wangi la kan dengan bahan2 yg digunakan tue... resipi penuh, nantila yer... bile ader mood nak taip... huhu...

Ikan steamed ni aku lagakan ngan tom yam udang n telur dadar... tapi kalo tambah agi ngan kailan ikan masin n sotong celup tepung, lagila meleleh kan... huuhuuhh... sabo jerla... sbb sini, kailan mmg takdo n sotong aku pon dah abishh...

Japgi nak siap2kan n anto Irdina pi sekolah... sebab perkhidmatan bas dia, time balik nanti baru mule... pagi ni kena anto dulu... menapak ajerla... tapi Ramadhan ni, sekolah start kul 9 am - 2 pm jer... biasa kul 8am-2pm... lewat sejam... arini 2nd day la pas summer break yg berbulan2 tu...

Dah start sekolah, tak dapat la anak dara tu pose... sian plak kat dia penat... aku pon sparekan jer dia ngan bento... dah pesan kat dia, kalo dia nak pose, teruskan... tak larat, leh makan... tapi dia siap cakap takut tak dapat pahala, kalo tak pose... huhuu... aduhai anakk... tapi at last ,dia makan jugak bekal tu, sebab dia cakap sume classmate dia tak pose... makan jer dlm kelas... takperla, baru belajar kan... nanti weekend leh sambung puasa balik... tapi for pes timer berpuasa cam dia tu, at 6 years old, dah dapat puasa 16 hari berturut2 kira oklah jugak kan... memang tak tinggal lagi kecuali semalam sebab dah start skul... Irfan plak, pada umo 4 thn, dapat puasa 4 hari.. jadi la tu kann... train pelan2... :)

Sekianlah, tuk rini... nak letih dah makcik... wassalam...

Thursday, August 27, 2009

Mee Sup n Jumbo Prawn Grilled...

Salam...
Selamat pagi Khamis... sini baru jer subuh ari... huhuu... masuk la entry kejap... pasni nak sambung ZZZ... huhuhu...

So, tulis pendek2 ajerla ekk... mee sup ni tuk iftar kelmarin... malas nak masak lauk pauk ngan nasik... lagipun terbayang2 bihun sup kat umah Deeja Tepeng... ngeee... wat sup ayam mulanya... pastu nampak lak ntah apa segala mak nenek yang dok bertapa dlm tapaware kecik2 dlm esbok tue... campak jerla semua yang ada... belasah ajerla.. takut kang benda2 tu sume dah tak elok... dari membazir, baik lebur jer sume dlm kuah sup tue... Masa nak makan tu, didihkan kuah semula n pecahkan telur... makan ngan sambal kicap... sodap jugak Cik Senah oiiii...

Kiuh pon tak wat semalam n kelmarin... kelmarin just goreng karipap sardin yang wat ritu... aderla sket yang difrozenkan... pastu semalam just masuk oven Stuffed Potato Kubbe yang beli frozen kelmarin n chicken kebab yg beli entah bile ntah... Potato Kubbe tu, ala2 potato croquet tapi ada inti daging... bolehla tahan... tapi chicken kebab frozen tu tak best sgt sebab rempah dia bau kuat sangat... pasni, tak beli dahler cap tu... try cap lain pulak... huhuuuhu...

Air mangga ni wat semalam... mangga tu beli 3 bijik kecik jer... agak2 dlm beso penumbuk tu... mmg niat nak wat air la, masa beli mangga tu... sbb tgk cam dah lembik jer... tapi potong gak sebijik tuk makan gitu jer... tapi mmg la berair n lembik dah... tapi rasa mmg manis la... Egypt marii rasanya... pastu, yg dua bijik tu, masuk FP jadik jus la kan... teringat air mangga pasar Ramadhan Manjung... shedapp... tapi yang wat sendiri ni lagila sedap kan...

Then ni lauk semalam... Jumbo prawn grilled... marinated ngan garlic, lemon juice, black pepper n garam sket... masa nak masuk oven tu, potong butter kecik2 sket... ngan campak2 jer atas udang tu... masa bakar tu butter tu melted la kat udang tue ... tanya Mr I, kot2 nak wat gravy ker... dia kate takyah... so, masa makan, just cicah ngan sos pencicah yang aku wat n masuk botol 2-3 ari lepas... celur sayur2 sket n makan ngan thousand island...

Udang ni agak beso la... kepala dia dlm lebar 2 ibu jari... Mr I makan ngan nasi udang tue... aku just ratah2 ajerla... tuk kanak2 yg tak suke udang just wat sup sket... masa sahur, udang ada 3 ekor lagi... sayur pun ader sket lagi... just tambah, ikan bilis goreng wif bawang n cili... ngan telur mata sweet n sour... siapp...

Sekianlah bersiaran tuk rini... rini nak masak apa ekk? dok pening2 lalat dah... tapi nak wat kuih apa dah tau... sebab laling dah request... so, kena gakler ghajin2kan diri tue... huhuhu... see u olls later... nak jemput tapau, sume dah licin... cuci mata ajerla yer... ekekke... sekian, wassalam...

Monday, August 24, 2009

Lemak Cili Api Ikan Masin Wif Nenas n Ayam Goreng Berempah Serai Again...

Salam...
Salam Ramadhan Malam Ke-4... tak larat la pulak rini nak bebel pepanjang... so, straight to the our menu today... masak pon mmg tak banyak jenis... biasanya memang 2-3 jenis jer... kadang2 yg ke-3 tu just sambal2 colek n ulam or goreng telur dadar or telur mata... ekekkeke... sebab my laling tak pandai makan byk2 jenis sekali gus n campur sekali harung... sapa yang untung? tentulah aku yang mmg tak ghajin ni kann... ekekkeke...

So, rini just masak lemak cili api ikan masin sepat wif nenas, ayam goreng berempah serai n sambal belacan wif timun... siappp...

Resipi ayam goreng ni cam entry lepas yer... atau leh amik kat SINI ...

Kuih ni, wat goreng2 plak rini... dah 2 ari makan kuih manis2... popia goreng ajer... feveret kami berdua la nie... inti n sambal cicah dia dah wat dr mlm tadi... rini just gulung jerla popia tu n goreng... kuah sambal dia pon wat lebih... masuk dlm botol n simpan dlm peti... bebila nak wat cicah2, senang... ekekek...

Sekianlah tuk rini... minggu ni bergelut sketla nak pikir menu apa ari2, sebab kena ikut stok dlm peti... sebab weekend ritu tak kuar sebab lauk cam banyak lagi plus kemalasan... hehehe... sekian, wassalam...

Saturday, August 22, 2009

Karipap Kentang Sardin, Sambal Ikan Tongkol n Donut...

Salam...
Arini pes day Ramadhan... kalo kat Msia nie, sure meriah bangat... dengan pasar Ramadhan yang di merata2 tu kan... ni kiranya dah kali ke-2 la kami berpuasa di perantauan .... jauh dari keluarga tercinta... kat sini suasana Ramadhan nie, tak meriah sangat... biasa ajer...

Terawih pun macam semayang sunat biasa jer... tak meriah... cuma, kat masjid2 tu ada jugak ler yang bukak khemah tuk makan2 berbuka puasa... dan pastinya masjid depan umah nie, kata Mr I , mmg la penuh n panjangnya barisan org berbaris tuk amik makanan n makan berbuka puasa... tapi apa yang depa jamu tak taulah... sebab Mr I pun lom pernah berbuka kat masjid tu sebab ramai sangat owg... huhuhu... tapi nanti bab sopping nak raya, taktau lah nak kata... depa ni mmg antu sopping... sopping dari pas tarawih sampai ke subuh... mall2 pun biasanya mmg musim nak raya bukak sampai nak ke waktu sahur... tapi kami tak pernah la pi sopping time camtu... thn ni, apa kata pi tgk live depa nyer aktiviti sopping? ekekke...

Karipap ni, aku wat tak byk sgt pon... frozen kan sket n wat minum petang semalam... nanti sok lusa terasa nak makan leh goreng lagi sket tue... biasanya, aku wat karipap biasa jer... ni tetiba rase cam nak makan karipap sardin la plak... inti cam biasa jerla... cam wat sambal sardin biasa tu... tapi skip serai n tambah kentang (potong dadu n rebus dulu- nak bg sambal cepat masak) ... :)

Nampak plak Miss Tongkol tu dok kejung dlm esbok tue... mula2 ingat nak wat sambal telur mata jer... tapi ikan ni dok kejung2 lama2 dlm peti tu kang, aku lupe lakk... mmg tekak tu rasa nak makan sambal jugak... so jadikla, sambal ikan tongkol tue... wat jugak sup daging n kentang... takderla kering sgt pinggan tu nanti... and goreng gak telur mata goyang... ekekke... tu la lauk sampai ke sahur... ehehhe...


Tuk sahur, anak dara tuk nak gak sahur n pose... nak ayam goreng... so, goreng gakler ayam sket... ganti telur mata yang dah licin tu kan... ni pes time la Irdina puasa... entahkan larat ke tak... ehhehe... tapi lagi 2 jam dah nak bukak posa ni, tgk dia steady jer... main pon tak kalah... still meloncat sana sini... jgn esok2 dia dah taknak pose udahh... ekkeke... ni muka pes time pose... nampak cam owg letih tak ? hehhehe...

Ni plak donut yg aku calling2 ritu... biasanya Mr I yang call kan tuk delivery pape makanan pon... ni gara2 dah tak tahan tgk donut Kak Hana makyung tu la... tetiba nampak lak katalog delivery Krispy Creme tu... lagilah cam meleleh jer air lior... huhuhu... last2 , aku pon tipon n order jer time lunch hour... nak tunggu Mr I balik kejer baru nak order, cam lambat sgt... dah tak sabo dah... Mr I terkujut balik keje tgk dah ader donut kat umah... ekeke...

Siap ler, aku pon dah pandai men order2... pasni jgn Mr I balik kejer, tgk lauk order dah idang atas meja udahh... wakakaka... Biasanya, beli Dunkin jer... ni pes time beli Krispy Creme ni... sedap gakk... cam JCo n big Apple jugak ler... tapi cuma bagi aku, topping/ glaze atas dia tu agak manis... yang filling dalam dia dah okey dah... tapi yang tabur sugar powder tu okeyla, tak manis sgt... cuma tak byk jenis sgt cam Big Apple n JCo tu la kan... tapi bolehla jugakk... donut dia mmg sedap n lembut sgt... :)


Selamat berbuka puasa... dah buka pose, jgn la segan2... jemputlah makan donut2 yg sedap itew... sekian, wassalam...

Thursday, August 13, 2009

Pulut Serunding, Sambal Bilis n Gulai Ikan Tongkol...

Salam...
Selamat pagi Khamis... mata n badan ni dah letih... tapi apsal ler payah nak lelap... masuk entry kejapp... amik ko, tajuk punyerla berjela... ngeh3... owg umah ni mmg suke bangat ngan pulut... tekak aku ni rasa cam nak makan pulut kuning ngan rendang... tapi Mr I nak makan pulut ngan sambal bilis... takperla, wat la apa yg dia nak makan dulu... aku nyer tekak leh KIV... serunding kat atas tu, saje gatai tambah... bola2 pulut tu aku pakai acuan onigiri bolatt tu ler... :)

Kanak2 ni pon suke sgt ngan pulut kan... cumenya, bebudak ni takler makan sambal bilis tue... so, aku pun wat ler gulai ikan tongkol nie... ader la kuah sket tuk kanak2 ni makan... sebenonya ummi diaorg yg lebih nak makan gulai ni... sebab, budak2 ni pulut kosong ngan kicap pon jalann... anak saper la nie kann... ekekeke... ha, kali ni kompom ikan tongkol okeyy... bukan ikan tenggiri... wakakaa... aper punya mak budak la kan... tongkol ngan tenggiri pon tak kenal... skang dah kenal dahh... :)

Masa kat pasar tu pun, Pinoy (Filipino) tu siap panggil... Mem, tongkol mem... ahahaha... kompom la tu kann... depa pon panggil tongkol yer... baru aku tau... tak pon, Pinoy tu tau org kita panggil ikan tu, ikan tongkol... tak tau la aku kan... idak ler aku tanyer kat Pinoy tu... huhuu... resepi gulai ni aku campo2 jer ngan resipi yg aku jumpa... rempah gulai takder... so terpaksalah pakai rempah kari sket plus serbuk kunyit... bolehla kann...

Nak jemput makan, pulut dah clearr... tinggal gulai n sambal bilis jer... esok nampaknye jerang nasik n wat sejenis lauk udah ler kot... tak baik membazirr kan... alasan owg tak berapa nak ghajin... sekian, wassalam...

Tuesday, August 04, 2009

Projek Men'Cendol' dan Udang Masak Tempoyak ...

Salam...
Ni sementara tgh ada mood nie, baik aku sumbat jer entry... sok lusa taktau rajin ke tak... rini Mr I tak kejer... amik emergency... sebab Irfan sakit gigi... dah berlubang teruk... malam pon asyik nangis jer... tido tak lena... kakak dia pon ngadu... adik asyik mangun n nangis jer... dia nak tido pon tak boleh... so, kena la cepat2 bawak pi dentist kan... kita owg tua sakit gigi pon azab... ni kanak2... tak tau nak cakap la kan... disebabkan Mr Laling tu ada kat umah rini, masak ler nasi... pagi2 kul 7 dah siap2 masuk opis... bekfest, leftover pizza n french toast... Irdina yang nak sangat roti tue... memang feveret dia...

Disebabkan nak keluar pi klinik, siap2 la masak awal2... biasa kalo keluar makan kedai ajer kan... tapi rini cam mood nak makan kedai takder... aku masak simple ajerla... sebab selagi skala penimbang aku tak achieve target setiap minggu, aku memang takkan makan beria... lagipun semalam dah bantai makan pizza cukup2... rini kena kontrol sketla kan...

So, teringatkan udang yang entah bila beli... entah ada rasa udang lagi ke tak? huhuhu... wat masak tempoyak ajer... potong timun memanjang sket... campak sekali dalam kuah tempoyak... hahaha... dah takyah masak sayur... memang pemalas kann... pastu wat daging masak kicap sket... siap... lauk rini... sempoi2 camni pon, Mr I makan tak toleh belakang... ekekke...

Haaa... ni kes dok YM ngan Nani la nie... dok sebut2 bab cendol... adoii, jejes air liur aku nie... huhuhu... biasa aku beli cendol kat mamak jer... kali ni, aku terpaksa memamakkan diri aku wat cendol... Ngeh3... apo jadikk? setelah bertungkus lumus dan mencuba beberapa kali... at last, jadik juga la cendol aku... tadaaa... ada ghupe cendol tak? ke ghupe ulat bulu naik daun? hehhee...

Jom minum cendol... tapi, rasa dia still tak sama cam rasa air cendol mamak tue la kan.. huhuhu.. takpela, janji dapat rase sket2 kan... layannzz...
Kalo pasni menghilang sehari dua, jangan la rindu rinduan ek... tak pi memana... bukan gak pi oliday... ekekke.. just nak setelkan umah ni mana2 yang patut sebelum Ramadhan menjelang... Sekian, Wassalam...

Saturday, July 18, 2009

Lemongrass Chicken n Tom Yam Putih...

Salam...
Terbayang2 aku lemongrass chicken yang K Nor tayang kelmarin tu... huuhuu... arini aku pon wat jugak... tapi ni bukan ayam kak LG okeyy... hehhehe... ni ayam aku... ampon kak Myn... sedap ayam nie... memang cam rasa satay sketla... sebab bahan2 dia ala2 bahan2 nak wat satay tu kot... kalo bakar pakai arang musti lagi cedap... aku mmg suke sangat kalo gril2 n bakar2 nie... :)

Sapa nak cuba, resipi dia kat bawah ni okies... aku amik kat umah Kak Nor chef hebat tu... Kak Nor amik kat umah Noreen UK... anyway mintak izin yer... aku CnP tuk share ngan kengkawan...

LEMONGRASS CHICKEN...

Bahan2...

4 keping chicken thigh and leg
8 biji bawang merah - ditumbuk atau dicincang
2 batang serai
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk ketumbar
2 camb gula perang
garam secukup rasa
1 camb sunflower oil atau apa2 minyak masak

Cara2...
  • potong serai bahagian hijau dan tinggalkan hanya bahagian putih
  • kemudian hiris dan tumbuk atau cincang halus
  • kemudian satukan semua bahan dan gaulkan sebati supaya menjadi paste
  • masukkan ke dalam freezer bag dan gaulkan dengan ayam
  • perapkan ayam dengan bahan2 perapan tadi dan biarkan beberapa jam atau semalaman
  • setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 30 min (pastikan ayam diterbalikkan sekali supaya kedua2 bahagian masak sekata)
  • kemudian panggangkan selama 10 min atau sehingga keperangan
  • bolehlah dihidangkan dengan nasi ayam/nasi lemak atau nasi putih
Pastu, selain ayam serai tu, aku just masak tomyam putih udang n telur dadar... cukup ler tu... hehhee...

Sekianlah tuk rini... Wassalam...