Pages

Showing posts with label Mee/Bihun/Laksa n Pasta.... Show all posts
Showing posts with label Mee/Bihun/Laksa n Pasta.... Show all posts

Friday, April 15, 2011

Rojak Buah & Mee Kari Udang...

Assalamualaikum...
Selamat pagi Jumaat... Dah lama tak sempat nak bersosial di alam maya... bukan sibuk apa pun, rutin biasa jer... cuma rasa kemalasan yang amat sangat... ehehee... cumanya minggu lepas ada aktiviti dengan geng dan ahli keluarga Malakoff kat Kuwait nie... kami buat bbq sempena musim sejuk yang dah sampai penghujung... citer bbq nanti entry lain pulak...

So, entry pendek jer kali ni... takder idea nak membebel... ni masak2 yang tak sempat nak masuk entry...

~ Rojak Buah ~



Kuah rojak ni, leftover yang daku buat tuk bbq hari tu... buah2 pun apa yang ada jerla... Untuk kuah rojak daku selitkan resipi campak sendiri okey... takde sukatan apa... sesedap rasa jerla... masa buat kuah tu rasa cam dah pedas dah dan takde la manis sgt... tapi bila dah campur buah, rasa macam manis la pluak... pedas pun dah kureng sket... huhuhu... ingatkan kuah Makbee ritu ada lagi... cek2 rupanya dah expired... tu yg kena buat sendiri tu... sebab buah2 nak buat rojak tu dah siap beli... bedal ajerlah ek...


Bahan-bahan:
  • Cili api/ Cili kering giling/blend/tumbuk halus
  • Kicap
  • Gula
  • Petis udang
  • Air asam jawa

~Mee Kari~



Dah lama tak mesen mee n masak betul2 untuk org rumah ni... buat la mee sket... agak cukup sekali makan jer pun...


~Nasi Ayam~



Salad tu dah hampir menopos... tu yang gagahkan diri gak buat nasi ayam ni ha... dah lama tak buat pun nasi ayam nie... bendanya bukan susah pun, tapi bila malas dah menjelang... ampunnn... hehehe...

Sampai sini dulu yer... nak siap2... kang lepas solat Jumaat nak kuar cuci mata... Sekian, Wassalam...

Monday, March 07, 2011

Choc Cake Wif Ice Cream, Mee Jawa & Taugeh Tin...

Salam...
Selamat bertemu kembali... sebenarnya mata dah mengantuk sangat ni, tapi sebelum mood nak masuk entry hilang sama sekali, daku gagahkan jua... eheeee...

Niat nak buat chocolate cake ni memang dah lama tertangguh... minggu-minggu sudah, dah keluar dengan Lina, Kak Ida & Zura... kami dah pekena Molten Cake kat Chilis... so, keinginan nak makan tu, dah terisi... last week pulak dah makan kek coklat kat McCafe walaupun kek dia tak best, tapi bolehlah... tapi semalam, masa skype my sis Ainn cakap nak wat kek ceklat sebab Emy nak belajar buat... mulalah daku ni terbayang-bayang kek dengan ganache yang meleleh tu kan... hihhihiih... so, rajinkan diri la ketung ketang di dapur... resipi biasa ajerla... kek coklat lembab kukus... kek tu makan dengan aiskrim Baskin perasa Royale Choc & Hersheys Choc Syrup... manalah progress diet tak slow kan... makan jer kejerr... eheeeee...

Kek ni bukan apa, kalau buat pun boleh suruh En suami bawak ke office... so, daku tinggalkan kat rumah cukup2 nak makan aja... yang lain, masuk bekas n suruh En suami bawak pegi opis... tak adalah nanti, asyik nampak kek tu, asyik nak ulang makan jer... agak-agak hilang teringin nak makan jer pun... yang dalam gambar ni pun, daku makan sikit aje... dua tiga suap aja pun... kontrol bebb... ehehee...


~Melelehhhhh ceklat~



Tetiba rajin pulak nak buat stok mee kuning tu... so, ingat nak buat mee berkuah la... mula2 ingat nak buat mee rebus aja... tapi nanti anak-anak bertuah tu bising pulak... lebih kurang jer dengan mee bandung yang dah buat last week... walaupun berbeza banyak jugak kan... tapi budak-budak ni, manalah reti... asal warnanya lebih kurang sama jer, dikatanya sama... so, tukar sketla... buat Mee Jawa... first time aku buat... aku pun dah lupa macam mana rasa dia... last makan, masa balik Msia kat umah Ina Manjung ritu... masa dia ajak minum petang kat umah dia... dah tahun bila entah... so, buat kali ni aku buta-buta ikut resipi la kan... tapi macam biasalah, aku mana ikut sukatan... ikut bahan2 jer... sukatan semua main agak-agak jer... ehehee... Resipi asal Kak Hanieliza... aku ambik kat forum.cari.com.my ... terima kasih yer Kak Liza...


~My Hubby's Plate~



MEE JAWA...

Bahan-Bahan:
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300gm tauge (buangkan kakinya)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:


  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
  • 3 ulas bawang putih ]
  • 5 ulas bawang merah ]
  • 3 batang serai ] mesin halus
  • Sedikit halia ]
  • sedikit lengkuas ]
  • 230 gm udang kering ]
  • 2 s/b cili kisar
  • 2 s/b serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula

Caranya:


1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.

2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Aku hantar sikit kat jiran atas... entahlah apa rasanya kan... maaflah kalau tak memenuhi selera tekak... lepas diaorang balik klinik, diaorang hantar pulak tartlet ni... terima kasih la yer ... susah-susah aja... :)


~From Mr. Baker~



Last sekali untuk entry kali ini, taugeh dalam tin... korang mesti nak tergelak kan... taugeh pun nak kena pakai yang dalam tin ke? ehehee... kat Msia bolehlah beli sekupang dua dah dapat sebemban... sini, sebekas pun Rm 6-7 hengget... tu pun kalau beli, kena betul2 time nak pakai... karang beli2, tapi entah bila nak pakai... bukan boleh simpan lama... rosak nanti, buang ajer... kan membazir jer... so, alternatifnya ialah taugeh tin ni... spare ajerlah setin dua dekat rumah... bila-bila nak pakai ada ajer... rasanya pun okla... ada la rasa taugeh yang dicampur garam... rupa bentuk dia pun nampak cantik la jugak... macam taugeh yang dicelur... tapi for sure la, ada tak baiknya kan... mesti ada bahan pengawet... tapi what to do... sekali-sekala pun pakai... bukannya pakai taugeh tiap minggu pun... tapi kalau dah bukak tin ni, kena lah ulang pakai sampai habis... sebab banyak jugak setin ni... boleh 2-3 kali jugaklah buat perencah or eksesori masak2...

~ Special kannn... tadaaa... ~


Sampai sini dulu... mata ni dah tak larat nak angkat... sikit lagi karang time baby Iman bangun minum susu pulak... baik daku tido kejap... Sekian, Wassalam...

Thursday, March 03, 2011

Homemade Mee Kuning & Mee Goreng...

Salam...
Selamat ari Khamis... Eeeee daku sangat suka hati sebab dah hujung minggu... bukan sebab apa, sebab boleh jalan-jalan cuci mata... tapi macam biasa, sementalah En suami yang sibuk, maka cuti weekend beliau tinggal sehari sahaja... so, segala2 benda nak kena buat hari tiu jugak... ke hulu ke hilir la seharian... penat tu memang penatlah kan... tapi best jugak sebab boleh cuti masak... makan kedai & tapau sahaja... :P

Minggu lepas jer kami bernasib baik, sebab En suami boleh cuti lama sempena Kuwait's National & Liberation day... dapatlah cuti Jumaat sehingga Ahad... lama lah sikit masa kami nak bercanda sesama anak beranak... :)

Balik kepada cerita masak2... mee kuning ni, buat entah minggu mana... lupa sungguh... agaknya 2 minggu lepas... resipi daku amik dalam Majalah Anis Bil 149, Januari 2010... Majalah yg diangkut masa balik cuti2 Malaysia tahun lepas... Resipi asal 1 kg tepung gandum... resepi ni, daku dah separuhkan ...

Sebelum tu, nilah rupa mesin yang daku guna... beli kat sini jer... malas nak angkut dari Malaysia... berattt... eheee...




Mee Kuning...




Bahan-bahan:

  • 500 g tepung gandum
  • 50 g tepung jagung
  • 200 ml air (daku guna 250 ml air)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air abu
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning
  • Minyak masak secukupnya untuk merenjis mee
  • Air secukupnya untuk merebus mee
Cara-cara...

1. Panaskan air untuk merebus di dalam periuk besar.
2. Campurkan 200ml air, air abu, garam dan pewarna kuning ke dalam bekas berasingan dan kacau sehingga larut.
3. Masukkan kedua-dua jenis tepung ke dalam bekas mengadun. Gaul rata seketika. Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan jangan lembik.
4. Uli seketika dan kepal-kepalkan doh menjadi bulat membujur. Leper-leperkan. Adunan tidak perlu di uli sehingga terlalu lembik atau terlalu lama.
5. Mulakan mencanai menggunakan mesin mee. Permukaan mee akan nampak kasar. Lipat-lipatkan doh dan ulang mencanai berulang kali sehingga kepingan menjadi licin dan cantik.
6. Laraskan ketebalan mee mengikut saiz yang disukai (daku guna sehingga saiz 2 sahaja). Jalurkan mee menggunakan bahagian menjalur. Letakkan mee yang dijalur memanjang di atas dulang.
7. Masukkan mee yang siap dijalur ke dalam air mendidih. Kacau sedikit agar mee tidak bergumpal. Setelah mee timbul, angkat dan toskan.

8. Sejukkan di atas dulang dan kirai-kiraikan sedikit. Apabila mee telah sejuk, renjis-renjiskan minyak dan lumur rata. Setelah itu boleh dibungkus atau disimpan di dalam bekas. Simpan di dalam peti ais.


Siap digoreng... Mee goreng hitam legam... Selamat menjamu selera...





Puri wif sambal bilis... Makan dengan kari pun sedap puri nie... :)



Sampai sini dulu cerita masak-masak... nanti rajin, ada cerita nak dikongsi, daku akan kembali... Sekian, wassalam...

Tuesday, February 15, 2011

Mexican Bun & Homemade Kuey Teow...

Salam...
Salam sejahtera buat semua... semoga kalian semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja... ni kisah sambungan meroti & projek buat homemade kuey teow... buat ni minggu lepas, entah hari apa daku dah lupa... main snap aje gambar & simpan buat pekasam... hihihi...

Lets start with Mexican bun... Resipi doh asas roti still pakai resipi Kal Lyn... dah mintak izin tuan punya resipi nak entry kat sini... tapi untuk filling & Topping daku pakai resipi Kak Lily @myresipi... dulu daku dah penah buat... so, boleh ambik resipi dia kat sini... untuk resipi asas doh, ni resipi Kak Ina Z'Lyna Lynn...

~Nyum nyum nyum ~



Doh Asas Roti...

  • 500 gm tepung roti atau gandingan 400gm tepung roti 100gm tepung gandum
  • 100 gm gula castor
  • 20 gm susu tepung * tak letak
  • 1 st bread improver (optional) * tak letak
  • 4 st yis
  • 1 st garam
  • 1 biji telur
  • 220 gm air suam (daku kurangkan sket... jumlah air & telur jadi 220 gm/ml)
  • butter 80gm atau gandingan 40gm butter dan 40gm shortening
  • 1 st bread softner (optional) * tak letak
  • 100 gm water roux (1 sudu besar)

Kaedah Menggunakan BM:

1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
3. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
4. Biarkan proses menguli hingga selesai.
5. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
6. Keluarkan doh, dan tumbuk doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian, bahagikan doh kepada beberapa bahagian mengikut jenis roti dan bentuk. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
7. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah Menggunakan tangan:

1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bancuhan yis tadi.
4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh lah teruskan dgn step no6 dan seterusnya bagi kaedah BM di atas.

Water roux: (kaedah 1:5 -1 utk tepung, 5 utk air )
50gm tepung gandum
250ml air

1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
5. Keluarkan dari peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Petua semasa membuat roti:

1. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
2. Untuk mendapatkan doh yang lebih kenyal, semasa menguli, boleh masukkan doh di dalam plastik bersih dan ramas- ramaskan doh beberapa minit. Kemudian, boleh diteruskan dengan menguli semula... (petua dari Ros Jintan Manis)

Projek meroti ni, biasanya daku buat setengah adunan setiap kali... kalau buat satu adunan memang banyak sangat bagi family kecik kami ni kan... alhamdulillah, budak-budak ni pun suka roti mexican dan roti ala2 cinnabon tu... memang esoknya, diaorang bawak bekal gi sekolah... tak sia2lah daku merajinkan diri meroti kan... :)


~ Sebelum masuk oven ~




Next time nak meng'mee' plak... mesin dah ada, kena rajinkan diri... kalau tak kang, sia2 jer beli simpan buat tukun mesin tu... eheee... sampai sini dulu... jumpa lagi next entry... Wassalam...

Thursday, August 27, 2009

Mee Sup n Jumbo Prawn Grilled...

Salam...
Selamat pagi Khamis... sini baru jer subuh ari... huhuu... masuk la entry kejap... pasni nak sambung ZZZ... huhuhu...

So, tulis pendek2 ajerla ekk... mee sup ni tuk iftar kelmarin... malas nak masak lauk pauk ngan nasik... lagipun terbayang2 bihun sup kat umah Deeja Tepeng... ngeee... wat sup ayam mulanya... pastu nampak lak ntah apa segala mak nenek yang dok bertapa dlm tapaware kecik2 dlm esbok tue... campak jerla semua yang ada... belasah ajerla.. takut kang benda2 tu sume dah tak elok... dari membazir, baik lebur jer sume dlm kuah sup tue... Masa nak makan tu, didihkan kuah semula n pecahkan telur... makan ngan sambal kicap... sodap jugak Cik Senah oiiii...

Kiuh pon tak wat semalam n kelmarin... kelmarin just goreng karipap sardin yang wat ritu... aderla sket yang difrozenkan... pastu semalam just masuk oven Stuffed Potato Kubbe yang beli frozen kelmarin n chicken kebab yg beli entah bile ntah... Potato Kubbe tu, ala2 potato croquet tapi ada inti daging... bolehla tahan... tapi chicken kebab frozen tu tak best sgt sebab rempah dia bau kuat sangat... pasni, tak beli dahler cap tu... try cap lain pulak... huhuuuhu...

Air mangga ni wat semalam... mangga tu beli 3 bijik kecik jer... agak2 dlm beso penumbuk tu... mmg niat nak wat air la, masa beli mangga tu... sbb tgk cam dah lembik jer... tapi potong gak sebijik tuk makan gitu jer... tapi mmg la berair n lembik dah... tapi rasa mmg manis la... Egypt marii rasanya... pastu, yg dua bijik tu, masuk FP jadik jus la kan... teringat air mangga pasar Ramadhan Manjung... shedapp... tapi yang wat sendiri ni lagila sedap kan...

Then ni lauk semalam... Jumbo prawn grilled... marinated ngan garlic, lemon juice, black pepper n garam sket... masa nak masuk oven tu, potong butter kecik2 sket... ngan campak2 jer atas udang tu... masa bakar tu butter tu melted la kat udang tue ... tanya Mr I, kot2 nak wat gravy ker... dia kate takyah... so, masa makan, just cicah ngan sos pencicah yang aku wat n masuk botol 2-3 ari lepas... celur sayur2 sket n makan ngan thousand island...

Udang ni agak beso la... kepala dia dlm lebar 2 ibu jari... Mr I makan ngan nasi udang tue... aku just ratah2 ajerla... tuk kanak2 yg tak suke udang just wat sup sket... masa sahur, udang ada 3 ekor lagi... sayur pun ader sket lagi... just tambah, ikan bilis goreng wif bawang n cili... ngan telur mata sweet n sour... siapp...

Sekianlah bersiaran tuk rini... rini nak masak apa ekk? dok pening2 lalat dah... tapi nak wat kuih apa dah tau... sebab laling dah request... so, kena gakler ghajin2kan diri tue... huhuhu... see u olls later... nak jemput tapau, sume dah licin... cuci mata ajerla yer... ekekke... sekian, wassalam...

Thursday, August 20, 2009

Sizzling Yee Mee yang tak sizzle...

Salam...
Selamat petang Khamis... malas nak citer panjang2... hehehe... ni menu dinner semalam... selepas tertunda dek jemputan pi umah Fatin kelmarin... yee mee ni aku gendong dari Bahau ritu... ekekke... tapi bwk sebungkus jer... sebab dah try ganti ngan mee telur n spaghetti tapi tak puas makan... so, tu yg bwk gak sket yee mee nie...

Sebelum aku pandai mengorek resipi kat MyR, resipi dia aku main campak2 jer... tapi pas pandai godek2 MyR, aku ada jumpa resipi yang sama cam bahan2 yang aku pakai... by Kak LilidValley yg femes itew... so, nak memudah kerja sapa yang nak try, aku CnP resipi kak Lily ni yer... sebab aku ni masak mane der men sukat... main campak2 n treban jer sume dlm kuali n piyuk... sume agak2 ajer... huhuhu... mmg sedap n sama jer cam makan kat food court tue... kalo nak lagi sama, pi beli sekali pinggan besi tue... kompom jadik sebijik segaban... aku pon dah buat juta2 lemon kali... :)


Sizzling Yee Mee...

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )...

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan(jangan banyak sangat, nanti bau agak kuat n dah lain sket)
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air(kalo takder, tpg gandum pon boleh)
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara...

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
Harap Maaf, telur tu extra okey... takdo dlm resipi... ekekek... sizzling mee ni makan ngan cili jeruk kicap tue... adoii mmg syiokkk... selamat menjamu selera... dah makan, tulun basuh pinggan yer... acik dah lotih ni ha... tenkiu... hehhe... sekian, wassalam...

Monday, August 10, 2009

Laksa n Chicken Curry Roll...

Salam...
Selamat malam... owg kat bumi Msia dah lolap pun... yg kat sini dok terkedek2 lagi lom dinner... huhuhuu... so, ni dinner tuk semalam n bekfest arini... sejak 2-3 ari ni, mmg senang sket kojo den ni ha... sebab ari2 aku tanya Mr Laling nak makan apa, dia pon ader idea nak request... laksa ni dia nyer suggestion la... dia bg option either laksa or sizzling mee... aku wat laksa dulu la yer... sebab ikan banyak dok banyak bertapa dlm esbok tue... kang nanti terlupa lak kewujudan ikan tu... bila dah ingat nanti, ikan pon dah tak rase ikan... ngeh3... resipi, biasa jerla yer... laksa negeri mana ntah... tapi ni la spesis laksa yang biasa mama buat n aku makan... huhuu...

Jom slurppp... sib baik kanak2 ni pon suke gak laksa... kalo tak, fenin la plak nak masak asing tuk diaorang... huuuhu... sorry la, gambo tak cun sebab eksesori tak complete... takder daun salad nak menghijaukan mangkuk tu... harap timun n bawang jer... hhuhuu...

Ni plak bekfest pagi nie... roti dah nak expired... inti chicken curry ni pun dah lama buat... belen buat pau aritu... dok bertapa dlm esbok... still in good condition, syg plak nak buang... amik roti benggali... gelek bagi nipis sket... letak inti... gulung... celup telur... goreng dlm minyak yg sket atas nonstick pan... siapp... tak suke deep fry roti sebab nanti minyak dok bergenang...

Selamat makan2... sekian, wassalam...

Sunday, July 19, 2009

Murtabak Mini Segera n Makaroni Goreng...

Salam...
Salam petang Ahad yang agak cerah... arini mula2 ingat malas ajer nak masuk opis tue... tapi kalo pi roger tuk delivery pun taktau nak makan apa... godek2 kotak ajaib kat opis tu, nampak ler kulit popia yang tinggal 5-6 keping tue... ahaaa... cun gak ler... boleh wat murtabak mini. segera.. tak kose aku nak tebar bagai... sebab nak makannya bukan banyak kan... so, jadilah murtabak spesis owg tak berapa nak ghajin ni kan... dah banyak kali aku buat dan memang best ... makan dengan jeruk bawang tu jer...

Ader petua kalau nak kulit dia lembut sket ala2 kulit murtabak tu... lap dulu kulit dia dengan air sket bagi lembab... pastu, letak inti dan bungkus... jangan sampai basah beria plak kulit dia tu... kang lepas letak inti, koyak n terburai pulak kan... pastu, api pon jangan kuat sangat... kang kalo garing sangat, dah jadik macam samosa la plak kan ... resipi bleh amik kat bawah nie... resipi asal oleh Minami from myresipi... tapi aku dah godek2 sket... thanks for the brilliant idea... hehhee.... resipi aku CnP ajerla yer...


Bahan-bahan ( 6 keping )...

  • 100 gram daging cincang
  • 1 biji ubi kentang
  • 2 sudu rempah kari
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • sedikit air asam jawa
  • daun sup
  • minyak
  • sedikit garam
  • kulit popia secukupnya
  • 2 biji telur

Cara-cara...

  1. Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar, bawang putih dan halia di potong dadu dan tumiskan..
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang..
  3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan air asam jawa . jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup...
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati...
  5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia...
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak...
Pastu, tuk malam just goreng makaroni... cam goreng mee goreng biasa tu lah... bwg putih, bwg merah, udang kering, cili kering diblend... lauk pauk n sayur2 ikut suka la kan... aku just letak ayam, daging, cendawan butang n sket sosej... sayur just letak seleri... nak bagi perasa guna sos tiram, garam, gula, cili sos n tomato sos, sesedap lidah memasing la... last sekali tabur sket oregano n gaul rata... siapp...
Sekianlah tuk arini... Wassalam...

Tuesday, May 19, 2009

Clear Soup Egg Noodles n Popia Goreng...

Salam...
Sabah Al Khair... selamat pagi selasa... kat Msia dah tengah ari nie... nie menu ketinggalan keretapi... buat ari Senin yang aritu... Clear Soup Egg Noodles... kononn.. padahal masak rebus2 jer... ekekkee... aku memang antu sup... kanak-kanak ribena apa lagi lah... dok punggah2 gobok tu, ternampak ler mee telur yang bile ntah beli...lupe dah... ehehhe... so, wat jerla kuah sup simple dan main rebus jer.... eksesori just letak wanton ngan tamago yaki yang buat aritu... wanton tu sebenarnya popiah goreng yang aku wat petang tu... tapi aku bentukkan jadi wanton... hehhee... cuaca tengah panas nie, sekali sekala hirup sup sedap gak kan.... resipi nanti lah yer... malas nak taip... lagipon nak cepat sebab pasni nak pergi sekolah Irdina... ader persembahan akhir sem...

Sekian, wassalam...

Sunday, May 03, 2009

Garlic Black Pepper Prawn n Fettuccine in Creamy Mushroom Sauce...

Salam...
Selamat ari minggu... arini dinner masak pasta jer... lom rase nak makan nasi putih... ingat esok or lusa baru masak nasik putih kott.... so, dok belek2 buku resipi tu cari menu beshh... terjumper la resipi fettucinne in creamy mushroom sauce... macam nampak lemak berkrim jer... walaupun pon badan nie dah penuh ngan lemak, i tak kire... nak jugakk... ekekke...

Eksesori dia aku masak ler garlic n black pepper prawn... senang jerr nak wat dia... resipi tuk dua2 ni, nantila aku tempek... malas nak menaip arini...

Dah siap masak masa tgh ari td... bebudak n mak budak ni pon dah rasmi makan... memang creamylicous... hehehe... tapi aku tak leh makan bebanyak... cepat muak... Irdina siap kate boleh tak esok ummi masak lagi... wakakaka... dia kate nanti malam nak makan lagi... hehehe.. bukan senang anak dara aku tue nak mintak makan... berkenan kat tekak dia ler tu... darah mat salleh n italiano maner la anak aku tu dapat... adik tak banyak songeh.. sume dia telan.. hehehe...
Sekianlah makan2 tuk arini... Sekian, wassalam...

Wednesday, March 04, 2009

Mee Kari Udang...

Salam...
Sejak dapat tauhu pok aka tauhu kembung/kering nie, rase nak wat mee kari la pulak... biasa aku makan mee kari kerang, tapi kat sini tak jumpe kerang ler... aku pun survey2 resipi yg tak pakai kerang... jeng jeng jeng... jumpa ler resipi Mee Kari Udang... memang ader udang dlm esbok aku... yeehaa... bleh cube nie... resipi ni dah edit2 sket ikut resipi mee kari mama... Ni menu semalam key...

Mee Kari Udang...



Bahan-bahan...

  • 1 peket mee kuning
  • Bahan dikisar *
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 biji bawang besar saiz sedang
  • * 8 tangkai cili kering -ikut nak pedas mana...
  • 1 btg serai - diketuk
  • 1/2 inci lengkuas -diketuk
  • 1/2 peket sudu serbuk kari ayam/daging
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga n cengkih
  • 10 ekor udang besar (jumbo) - nak banyak, ikut suker la kan...
  • 1 peket fish ball (belah 2) & 1 keping fish cake (hiris nipis)
  • 6 ketul tau pok (tauhu kering) - belah 2 atau 4..
  • Santan kelapa + air secukupnya
  • 1 ketul kiub pati ikan bilis dan sedikit garam- sesedap lidah
  • 1 keping asam keping
  • eksesori: Sayur sawi, taugeh, daun sup/bawang, bawang goreng, cili jeruk & telur rebus

Cara-cara...

  1. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih sebentar... masukkan plak bahan kisar dicampur dgn serbuk kari dan daun kari.. tumis sampai wangi n rempah masak n naik minyak... kalo kering, tambah air 1/4 cawan...
  2. Masukkan udang dan kacau kejap...
  3. Masuk plak santan ngan air secukupnya dan biarkan mendidih... Masukkan garam & kiub pati ikan bilis... kacau selalu, supaya tak pecah minyak..
  4. Apabila dah mendidih dan hampir masak, masukkan fish ball, fish cake dan tau pok tadi.. biarkan mendidih sekali lagi dan tutup api..
  5. Mee dan sayur tadi dicelur sebelum dihidang bersama dengan kuah dan eksesori...
Mee kuning tu aku ganti ngan spaghetti no.3 .. tapi tetap menjadi pojaan hatiku... hehhehe... jom makan... Sekian, wassalam...

Wednesday, February 18, 2009

Makaroni Goreng Bolognese...

Salam...

Hari ni pepagi lagi aku dah fenin nak masak aper? nak makan nasi putih takder mood lagi... dalam dok borak-borak ngan Kak Ham kat YM, dia cakap dia masak makaroni goreng masa breakfast... hehehe.. berkenan sangat la aku tu... lagipun sejak sampai pdg fasirun nie, aku blum pernah wat makaroni goreng.. kalo dulu memang sentiasa dalam menu harian aku... bahan2 pun memang ader dalam stok... canteekk... Tenkiu Kak Ham, I lap you... Ni kire resipi cecampak jugak yer... aku agak2 jer kuantiti bahan-bahan dia yer.. sesapa nak cuba, ejas2 ikut selera memasing yer...

MAKARONI GORENG BOLOGNESE...


BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus makaroni- rebus ngan sedikit garam n minyak sampai lembut dan toskan...
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 8 tangkai cili kering - kisar (nak pedas, tambah lagi)
  • ayam, daging, sosej (nak best pakai yang cheese/ lada hitam/ mushroom - campur pun boleh), cendawan butang- sume bahan2 nie dipotong kecil dan ikut selera, nak banyak mane
  • 3 sudu sos cili atau secukup rase
  • 3 sudu kicap mee/ kicap pekat atau secukup rase
  • 1 kiub pati ayam dan garam secukup rase
  • 1/2 peket perencah bolognese maggi (bancuh ngan air sikit) / 1/2 tin sos prego bolognese - nak lebih bau herba tu, letak lebih pun boleh...
  • minyak secukupnya
  • * Sape yang suka sayur bolehla tambah sayur yang sesuai dan memenuhi selera...

CARA-CARA...

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing... Masukkan ayam, daging, cendawan dan sosej... kacau rata... kalau kering sangat bleh tambah sedikit air...
2. Lepas ayam, daging, sosej n cendawan dah masak, masukkan sos cili dan kicap... kacau lagi...
3. Masukkan makaroni yang ditos tadi... kacau lagi... masukkan perencah bolognese, kiub pati ayam dan garam secukup rasa.. kacau lagi... siapp...


Disebabkan dah lama sangat tak makan makaroni ni, memanglah teramat selera aku makan... hehhehe.. sekian, wassalam..

Thursday, January 29, 2009

Mee goreng...

Salam....

Semalam aku takder mood nak men masak2 bagai... tuk dinner just masak mee goreng jer.. tu pun mee goreng bodo2 jer.. campak, campak n campakkkk... siapppp... jom makan... resipi takyah ler yer.. wat malu jerrrr... tapi, yang penting darlingku makan bertambah... sedap ler tuu.. sedap ker lapor bangattt... hehhehe...

Sekian, wassalam...