Pages

Sunday, June 24, 2012

Otak-otak ikan tenggiri...

Assalamualaikum...

Entry masak-masak pertama setelah begitu lama memerapkan diri... Entah kenapalah mood seakan hilang untuk berblogging sejak dua menjak ini... Hendak dikatakan sibuk, tidaklah sesibuk mana... So, warming up dan streching sikit pembakar semangat...

Dalam peti ais adalah beberapa keping ikan tenggiri yang entah sudah sekian lama kejung bertapa di dalam tu... Tak tahu nak dibuat apa... Tertengok pula siaran Masterchef selebriti yang masak otak-otak... Maka dapatlah idea nak mencuba.. Tak pernah buat pun sebelum ni... Makan aje pandai... Cuba jugalah buat walaupun tak ada daun kelapa... Mana pula nak dicari daun kelapa dekat sini kan... Daun pokok kurma adalah...  Ehehee... Maka daku gantikan dengan daun pisang... Hasilnya... 




Memang ada rasa otak-otak yang daku biasa makan... Kalau bakar dengan daun kelapa juga atas bara arang, lagilah terangkat... Resepi asal  Otak-otak daku ambil daripada Kak Ita Masam Manis di link SINI... Namun di sini juga daku dah olah sedikit untuk simpanan daku... Terima kasih Kak Ita... Nanti bila lapang saya pergi geledah lagi dapur akak lagi... Banyak resipi menarik dekat sana...

OTAK-OTAK...


3 keping ikan tenggiri - Diambil isinya dan dicincang halus
3 batang cili merah * dikisar
5 batang cili kering *
1 cm kunyit hidup*
1 batang serai*
3 biji buah keras*
1 sudu besar serbuk ketumbar atau 2 sudu besar ketumbar biji*
1cm belacan*
Secarik asam keping
1/2 cawan santan
Garam gula secukup rasa
Daun kelapa untuk membungkus
Lidi secukupnya


Cara-cara...
1. Masukkan semua bahan kecuali isi ikan, daun kelapa dan lidi ke dalam periuk... Masak sehingga kuah menjadi pekat... Sejukkan...
2. Apabila sudah sejuk, masukkan isi ikan dan gaul rata...
3. Isikan inti ikan ke dalam daun kelapa dan sematkan lidi di kedua hujung... 
4. Panggang sehingga masak...


Jika hendak dibuat inti popia bahannya sama... Cuma kaedahnya sedikit berbeza dan ada sedikit tambahan bahan... Bahan kisar ditumis dengan sedikit minyak... Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga kering dan perisakan dengan garam, gula dan asam keping tadi... Sejukkan... Apabila bahan tumisan telah sejuk, masukkan isi ikan, 2 sudu besar tepung ubi dan setengah biji telur. Gaul sebati. Kemudian boleh diisikan ke dalam kulit popia. Kalau biasanya popia kita digulung bulat, tapi popia otak-otak dileperkan sedikit seperti bentuk lepat.


Intinya...




Selepas dibungkus daun pisang serta dipopiakan...



Edisi popia for tea... Edisi daun pisang for dinner... Khalasss... 



Sekian, sampai sini... Wassalam...

25 comments:

  1. salam ayu.. wah.. org jauh buat otak2 ya.. kalau kat ganu, yg letak dlm daun kelapa baru panggil otak2.. kalau letak dalam daun pisang dipanggil pais :)

    ermm ... khalass tu kalau tak silap k.nor habis kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya memang daun kelapa lah kan... Betullah tu... Dlm daun pisang panggil pais... Ckp pasal Terengganu, teringat pulak Sata n Otak2 Kemaman... Yumm Yumm...

      Delete
  2. Anak akak pun suka mkn otak2 tapi ibu dia tak pandai buat. Dlm peti ais ada juga ikan tenggiri yg dah hampir seminggu terperap. Kena cari daun pisang pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak, tak pandai juga... Try la kak... Pakai daun kelapa la kalau ada... Sure lagi meletoppp...

      Delete
  3. Salam kak Aymy,
    Terima kasih akak tinggalkan komen di blog :) saya pun baru back on track nak melawat kawan2. Hehe...
    Otak2 best. Kalau balik kampung kena makan ni , cuma beli saja lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak, tak pandai juga... Try la kak... Pakai daun kelapa la kalau ada... Sure lagi meletoppp...

      Delete
  4. Assalam Aymy, apa khabar? Thanks ya sudi lagi menjenguk dapur akak tu sesekali Aymy muncul...teruja pulak tgk otak2 ikan tenggiri ni....mesti sedap yg amat...akak x kesah la pais ke, otak2 ke...yg penting akak nak isi dalam tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ummi: Itulah kak, payah betul nak ronda-ronda sekarang... Entah apalah yang disibukkan pun saya tak tahu... Eheee..

      Delete
  5. Assalam Aymy,
    wow nampak sungguh sedap otak2 ikan tenggiri aymy tu..
    rajin betul aymy buat..akak pun sama juga macam ijan..beli aje lah sebab senang dapt kat sini..kalau kat sana tu kenalah buat sendiri sebab tak ada dijualkan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ayu: Betullah tu kak... Kalau senang dapat, memang beli aja... Nak buat berjam... Makan, sekelip mata... :)

      Delete
  6. wah ayu...buat comeback dgn otak2 yek...sedap nmpak tu... kat dubai pun lebih kurang la ayu...paneh...tak larat nak keluar rumah... kalau dah keluar mmg flat balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Moi, tu la kan... bercinta nak keluar... tapi tak keluar pun mati kutu jugak... kena pulak sales sana sini skang... hihihihi...

      Delete
  7. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete