Pages

Thursday, July 26, 2012

Little Strawberry Cheesecakes...

Assalamualaikum...

Selamat hari Khamis... Sudah sampai penghujung minggu buat kami di sini... Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-7 kami di sini berpuasa... Bersyukur juga ke hadrat Allah kerana anak-anak dapat berpuasa dengan lancar sehinggalah hari ini tanpa merungut sedikitpun tentang lapar dan dahaga... Mungkin kerana mereka telah biasa berpuasa penuh 2 tahun kebelakangan ini...



Entah kenapa terasa sangat nak makan cheesecakes... Nak buat loyang besar nanti asyik ulang makan sahaja... Maka dalam membelek resipi, jumpa resipi untuk buat cheesecake comel ini... Resipinya mungkin lebih kurang sama sahaja dengan cheesecake biasa yang lain... Cuma kaedahnya, dimasukkan ke dalam paper cup sahaja... 

Apapun daku kongsikan resipinya di sini...

~ Jom makan ~




LITTLE STRAWBERRY CHEESECAKES...

Olahan: aymywithlove.blogspot.com
Sumber: BBC Good Food

Base:
  • 50 g butter
  • 6 keping biskut digestive ( dihancurkan)
Filling:
  • 225 g cream cheese
  • 125 g double cream
  • 50 g gula ising
  • 1 biji telur
  • sedikit parutan lemon
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Topping:
  • Sedikit jem strawberry ( dicairkan)
  • Beberapa biji strawbery dipotong 4

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 150c. Griskan loyang muffin ataupun acuan yang sesuai. Susun paper cup ke dalam loyang ataupun acuan.
  2. Cairkan butter dan masukkan biskut yang telah dihancurkan tadi. Gaul sebati. Masukkan sedikit adunan biskut kedalam paper cup tadi. Tekan sehingga padat. Sejukkan seketika.
  3. Untuk filling, pukul cream cheese, gula, telur, parutan kulit lemon, jus lemon dan esen vanila sehingga licin. 
  4. Di dalam bekas lain, pukul double cream sehingga bertanduk dan masukkan ke dalam adunan cream cheese. Gaul rata adunan.
  5. Masukkan adunan filling ke dalam piping bag. Gunting sedikit di hujung. Picitkan filling sehingga penuh di atas adunan biskut yang telah disejukkan tadi.
  6. Ketuk loyang di atas permukaan rata tadi agar filling menjadi sekata.
  7. Bakar selama 30 minit. Setelah masak, sejukkan.
  8. Untuk hiasan, letakkan sedikit jem strawberry yang telah dicairkan. Susun strawberry yang telah dipotong tadi.

~ Tekankan adunan biskut ~




~ Jem strawberry untuk topping ~






~ Sedia untuk dihidang~



Sampai di sini dulu entri kali ini. Jumpa lagi di lain entri. Sekian, wassalam...

15 comments:

  1. Sdpnye chiskek..i luv it too..so comel kecik2 cmtu...

    Selamat mnymbut ramadhan..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Soo... Makin kecik makin laju jer masuk mulut... Ehehhee...

      Delete
  2. Fuiyooooo..perghhh!! X tahan sehh..mmg kempunan la jwbnye pose2 nih...hehe!

    ReplyDelete
  3. owh man......serius sedap!!! ok jgk idea wat kecik2 ni kan..... so dr recipe ni akak dpt buat brp ketul semuanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari resipi ni akak dapat 10 ketul 1.5 inch diameter tu... leceh sketla nk kena piping2 bagai kan... tapi cute lah... sekali ngap jer... hihihii...

      Delete
  4. ooo ok sgt la 10 bijik tu. mmg tak jejas weight :)

    akak, double cream tu rupa mana?

    lg satu leh bg link rujukan ttg diet protein yg akak suggest kat ila tu? sebab dh gugel... mcm2 verse. pening tgk.

    ReplyDelete
  5. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  6. sedapnyeeee...bila la nk reti buat kek ni

    ReplyDelete
  7. salam...hi..salam kenal...saya ilyani from kelantan..aymy tinggal kat kuwait..datin azlinda tu my cousin..huhuhu..lama x jumpa dia.aymy kenal semua penduduk malaysia di kuwait?ada tak yg dari mersing?aymy suka masak ye..nice blog..nnt bolehlah dtg singgah sini lg.kalau jumpa datin azlinda kimsalam ye...ckp cousin dia ilyani from k.bharu...hehehe... ni emel saya balqis_tkd@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    http://wisataoutboundmalang.com/

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  9. Nice Post . . .:)

    may you want to stay in bali,you can book hotels in bali from my website (List of Bali Hotels Discount, Low Rates):



    Bali Hotels

    Seminyak Resorts Bali
    Seminyak Hotels
    kuta Bali Hotels



    Best Regards



    Bali Hotels Management

    ReplyDelete