Pages

Tuesday, February 22, 2011

Kawan, Teman, Sahabat atau Lawan…

Salam...
Kembali bersiaran... ada teman-teman bertanya mengapa sudah lama tidak beceloteh... rindu pada bebelan yang entah apa-apa itu agaknya... bukan apa... kadang-kadang cakap banyak-banyak pun tidak berguna... kerana apa yang disampaikan itu langsung tidak memberi makna... lagi tidak elok andai membuatkan ada yang makan hati atau terasa... dari cakap yang bukan-bukan baik duduk diam sahaja... namun sejak dua menjak ini rindu sangat pada teman-teman dan sahabat lama... sementelah melihat rakan-rakan mengadakan reunion dan mini gathering di tanahair... kenangan lama terlintas satu persatu... coretan kali ini memang agak panjang... tiba-tiba idea mencurah-curah... kalo rasa letih dan malas nak baca, sila angkat kaki... ehheee....


Seiring penambahan usia, sejak zaman kanak-kanak meniti remaja dan juga meningkat dewasa pasti kita mempunyai ramai kenalan, rakan, kawan atau teman yang mengiringi perjalanan hidup kita. Namun begitu bukan semua teman atau kawan ini adalah sahabat kita. Mereka ini walaupun hampir sama dan sinonim maknanya namun darjah keakraban berbeza antara satu sama lain. Kenalan, kawan atau teman cuma sekadar mengiringi dan mewarnai hidup kita... namun sahabat sejati, memang sukar dicari malah jika hilang tak mungkin berganti... sesungguhnya sahabat itu adalah seumpama bintang di langit, kadangkala kita nampak kerlipannya… juga kadangkala kita cuma nampak langit yang kelam… namun, jauh di sudut hati kita tahu ia tetap ada di situ menemani tidak kira di mana kita berada…

Dalam menganyam erti sebuah kehidupan, kadangkala kita terluka, juga kadangkala tanpa disedari kita mungkin melukakan insan disekeliling kita... dengan ini, sebelum daku meneruskan catatan, secara terbuka daku memohon ampun dan maaf buat semua kenalan, rakan, kawan, teman dan juga sahabat yang terguris, tercalar dan terluka dengan apa sahaja salah dan silap yang daku pernah lakukan... sama ada kekhilafan yang dilakukan tanpa daku sedar juga yang kadangkala sedar namun terkadang tidak dapat daku menahan… daku juga bukan manusia sempurna... banyak kekhilafan dalam diri... namun daku tahu itu bukan alasan untuk terus melakukan kesilapan tetapi daku akan berusaha memperbaiki... kerana pepatah menyatakan...

~ Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria, tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku adalah lebih satria. – Hamka - ~

Bukan mudah nak mencari sahabat dalam hidup ini... Pasti ramai yang bersetuju denganku… Kerana bukan mudah mencari teman yang boleh menjadi bayang kita kala kita keseorangan, yang sudi memberikan bahu kepada kita kala kita ingin menangis, yang rela menjadi bantal kita bila terasa ingin dipeluk dan juga tahu bilakah mereka cuma perlu memberikan sekuntum senyuman untuk mewarnai seluruh hari yang kusam dalam hidup kita…

Seorang yang bijak pandai pernah berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu…

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu…

* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu…

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik…

* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu…

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya…

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya…

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu…

* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu…

* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu…

* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu…

*Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan…

* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat…

* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat…

Dalam kesemua sifat di atas, berapa ramaikah insan disekeliling kita yang berupaya menjadi seperti itu… juga seberapa banyakkah sifat itu yang ada pada kita… sama-samalah kita renungkan dan muhasabah diri kita…

Dalam meniti perjalanan usia ini, pasti bermacam-macam ragam manusia yang kita temui… kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja… juga kita berhak memilih kawan kita… ada kenalan, rakan, kawan atau teman yang hanya akan tetap berada ditahap itu sahaja dalam hidup kita… juga ada yang akan kita angkat tahapnya menjadi sahabat bagi mendampingi dan menemani perjalanan hidup kita… tepuk dada tanya selera jenis manusia macammana yang kita inginkan jadi pendamping… Pasti nya semuanya sebab musabab kita berkawan adalah yang dirasakan ada chemistry dan yang memberikan keselesaan pada kita…

Namun kadangkala kita tidak lepas dari kesilapan membuat percaturan… kita berkawan dan cuba menyelami hati budi… kita angkat darjatnya dari seorang kawan atau teman menjadi sahabat tiba-tiba dia menikam kita dari belakang… dia menjadi talam dua muka… dia hiprokit dan suka berpura-pura… dia penghasad dengki… dia pengadu domba… dia sombong, riak dan takbur… sesungguhnya kita manusia yang punya hati dan perasaaan akan terusik rasa, terguris hati, tercalar jiwa juga mampu membuatkan kita luluh dan kecewa... aduhhhhh, memang amat sakit dan pedih... umpama luka tak berdarah namun meninggalkan kesan yang sangat pedih lagi mendalam...

Pengalaman daku? Sangat banyak dan tidak terhingga… manusia –manusia ini memang pandai bermain wayang dan pandai berbahasa… Antara jenis-jenis manusia yang pernah daku jumpa:

  • dia marah kalau kita bercakap buruk tentang dirinya… tapi kalau dia yang bercakap buruk tentang orang lain, dia tidak salah juga berdosa… dia cuma menyampaikan fakta…
  • dia pembelit dan penglipur lara… kita kadangkala cuma mendengar, namun dia yang menokok tambah cerita menjadikan cerita lebih menarik dan berbunga-bunga jalan cerita… kemudian kita pula dijadikan mangsa…
  • kita kadangkala cuma meluahkan pada teman terdekat dan rapat sahaja… tapi tiba-tiba si dia mencelah dan mengintai-intai pula apa yang kita bualkan sehingga sanggup bertanyakan pada orang lain apa yang kita bualkan dengan niat ada cerita panas yang ingin di jaja...
  • dia juga pandai mengadu domba… dia tidak tahu hujung pangkal dan cerita… tiba-tiba dia menjadi penyampai berita dengan niat memecah belahkan perhubungan yang sedia ada…
  • dia talam dua muka… sebenarnya dia juga berkata buruk tentang seseorang namun di depan mereka, dia pengampu, pengipas dan yang paling hebat lagi dialah juga seperti penghawa dingin yang dipasang di musim sejuk… grrrrrrrrr…
  • dia berlagak naïf, sempurna dan baik hati… walhal niatnya cuma ingin berlumba-lumba, menunjuk-nunjuk dan mendabik dada…
  • dia kaki pembelit, penipu dan pendusta… lain kisah asalnya, lain pula cerita dari mulut dia…
Memang banyak lagi jenis manusia negatif yang daku dah jumpa… memang kita harus berfikiran positif apabila berdepan dengan manusia-manusia ini… sedaya upaya berfikiran yang baik tentang mereka kerana sesungguhnya kita mungkin tidak tahu apa niat mereka sebenarnya… jangan bersangka buruk kerana niat mereka hanya Allah yang tahu… tapi kita insan lemah yang serba kekurangan… kadangkala ada juga tersasar rasa… geram, benci, marah, menyampah dan seangkatan dengannya… beristighfarlah…

Bila berdepan dengan mereka-mereka ini… tak perlu panjang cerita… tak guna berbahas bahasa… angkat sahaja kaki, jauhkan diri… usah lama berada di sisi mereka… mereka yang spesis ini, hilang akan berganti… hilang juga tidak akan memberi kesan pada kita… apatah lagi memberi kan kerugian buat kita… bak kata pasarnya … ‘Ada aku kisah?’ ... mungkin pada awalnya kita akan terasa geram, marah dan juga benci … namun seiring peredaran masa, ada suatu ketika nanti kita cuma akan tersenyum sendiri mengenang ragam manusia ini… tiada lagi amarah, kesal atau benci… yang penting kita harus berusaha meneruskan kehidupan kita dengan positif… biarlah mereka ini terjun dengan labu-labunya…

Memang daku ini simple saja... memang kita boleh berkawan dengan siapa sahaja... bak kata pepatah berkawan biar seribu... kita berbaik dengan sesiapa saja bukan bermakna kita hipokrit dan bermuka-muka... jika orang berbudi pastilah kita berbahasa... daku akan jadi biasa-biasa sahaja bila berdepan dengan mereka-mereka yang kadangkala kita rasa kurang serasi dan tak berkenan di hati... nama daku nak ampu, kipas, bodek, puji dan lebih-lebih, mahaplah...tiada dalam kamus hidup daku nak jadi kaki ampu... biarlah siapa pun kamu... orang berpangkat, ada nama, ketua, ada harta... tidak mungkin sama sekali... bukan kerja daku tukang ampu kamu... kamu bayar gaji pun daku tidak sudi...

Ingatan ini juga untuk diri sendiri… kala menambah kenalan, rakan, kawan, teman dan sahabat berhati-hatilah… jika niat kita ikhlas dan baik, insyallah baiklah balasan buat kita… namun jika ditakdirkan Allah ingin menduga kita, bersabarlah… tempuhlah dengan redha juga bijaksana…

Jika ada yang datang menyampaikan berita yang tidak baik tentang teman-teman disekeliling anda, jangan anda bersangka buruk kerana kita tidak tahu kesahihannya… lainlah kita sendiri nampak dengan mata kita dan memang juga pernah laluinya… biasanya pengadu domba dan pembawa cerita ini adalah pendusta… melainkan kita pasti dan yakin sumber kesahihannya… Janganlah cerita yang disampaikan itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau sebaliknya… kerana perbuatan kita itu akan mendorong kita membuka keaiban orang lain… Jangan merasa senang atau suka dengan perbuatan pengadu domba itu, dan seterusnya tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang diceritakan kepadanya itu. Kerana kita mungkin tidak tahu, dia menyampaikan cerita kepada anda DAN dia juga menyampaikan cerita anda juga kepada orang lain… berhatilah-hatilah…

Bukan mudah mencari sahabat sejati… jika tidak, masakan disamakan dengan intan permata yang tak ternilai harganya… Allah kurniakan sahabat ini tanpa tanda harga kerana jika tidak, pastilah sehingga mata tertutup rapat dan jantung tidak berdegup lagi kita tidak mampu memilikinya walaupun wang ringgit, emas, berlian dan permata kita setinggi gunung dan seluas lautan…

Buat mereka yang bernama teman & sahabat… daku sayang anda semua… baru atau lama… anda tahu siapa anda… tak perlu daku bariskan satu persatu... zaman sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi, alam pekerjaan dan meniti dewasa… walaupun kadangkala jarak dan masa memisahkan… namun kenangan itu tetap berkilau dan tidak pernah sirna dikabuti masa atau usia… terima kasih kerana mewarnai hidupku sentiasa ada di sisi tika waktu dan saat daku memerlukan… terima kasih juga kerana sudi menghulurkan tangan kala daku jatuh tersungkur… juga membalut dan merawat luka di kala hati ini berdarah tidak berwarna… budi dan jasa kalian daku semat erat di sudut hati… Thanks for the memories... insyaallah tidak akan padam sehingga hujung nyawa… hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian yang tidak ternilai itu…

Akhir kalam… sejuta kemaafan dan keampunan sekali lagi… andai sepanjang perkenalan ini daku bisa melakukan kesilapan dan melukakan… Insyaallah, daku akan berusaha memperbaiki kesilapan diri… Semoga Allah sentiasa memberikan rahmat buat kita, memberikan petunjuk dan hidayah, menyinarkan nur Iman ke dalam hati kita dan memberkati perjalanan hidup kita… Amin ya Rabbal Alamin..

Wednesday, February 16, 2011

Yong Tau Fu ...

Salam...
Selamat hari Rabu... ni citer masak-masak kelmarin... memang sejak dua menjak ni, daku memang jarang masak lauk pauk beria tuk makan dengan nasi putih... kalau masak nasi pun, just untuk lunch anak-anak ajer... lauk pun, yang simple-simple yang diaorang nak makan ajalah... for dinner biasanya masak yang cecampak ajer ...

Sebelum tu, ni kuih lapis n soto kelmarin... saje nak meng'expose'kan diri mereka... layannn...





Back to kisah YTF... Untuk kuah hitam, daku ikut basic resipi ni... tapi yang daku buat, daku dah ejas2... disebabkan malas nak buat dua jenis kuah hitam dan merah, daku just tambah terus cili kering dibelah yang digoreng dengan sedikit minyak... then baru jerang semua bahan2 untuk kuah hitam tu... masa nak hidang, baru tabur kacang goreng tumbuk dengan bijan yang dah disangai...


~ YTF kuah hitam ~



Source : NORZAILINA NORDIN , Alaf21

Kuah Hitam...

560ml air rebusan ayam/daging
1 camt garam
3/4 camb gula
3/4 camb kicap pekat
3/4 camt serbuk rempah lima + 1 camb air
3 camb sos kacang hitam * daku guna taucu
2 camb sos tiram
serbuk lada hitam secukupnya * tak letak
1 camb tepung jagung + 3 camb air
1/2 camt minyak

Cara membuat:

1. Jerang semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan minyak.
2. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah minyak untuk mengilatkan kuah.

Bahan Sos Cili

7 biji cili merah- dibuang biji & dikisar halus
2 camb bijan baker- ditumbuk halus
100 ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
Sedikit garam
4 camb kacang tanah goring - ditumbuk/kisar halus

Cara membuat:

Jerang cuka di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Masukkan semua bahan lain, kacau rata. Ketepikan dari api dan biar sejuk sebelum dihidangkan.

Untuk kuah sup pulak... simple aja... ni memang versi orang malas okey... air secukupnya, kuib pati ikan bilis, sehiris halia, garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya... jerang sampai mendidih... siap...

~YTF Kuah sup ~



Untuk kuah cili makan dengan sup tu, daku dah buat sebelum ni masa buat mee kari tempoh hari... takder resipi sukat-sukat pun... semua agak-agak aje... bawang merah, bawang putih, cili kering, udang kering, halia & lengkuas... diblend dan tumis sampai pecah minyak... garam & gula secukup rasa... itu ajer...

Eksesori untuk YTF ni memang tak banyak ada kat sini... nak jumpa crab fillet tu pun, ada tempat-tempat tertentu yang nak kena pegi selongkar... bebola-bebola tu pun, ada la sejenis dua ajer... nak bagi jadi banyak eksesori dia, daku buatlah kuey teow gulung tu...


~ Kuey teow gulung ~


~Ni soto & kuih lapis kelmarin ~

So, ni ajerlah makan-makan tuk hari ini... jemput jamu mata... sebab semua dah line clearrrr... ehehehee.... sekian, wassalam....

Tuesday, February 15, 2011

Mexican Bun & Homemade Kuey Teow...

Salam...
Salam sejahtera buat semua... semoga kalian semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja... ni kisah sambungan meroti & projek buat homemade kuey teow... buat ni minggu lepas, entah hari apa daku dah lupa... main snap aje gambar & simpan buat pekasam... hihihi...

Lets start with Mexican bun... Resipi doh asas roti still pakai resipi Kal Lyn... dah mintak izin tuan punya resipi nak entry kat sini... tapi untuk filling & Topping daku pakai resipi Kak Lily @myresipi... dulu daku dah penah buat... so, boleh ambik resipi dia kat sini... untuk resipi asas doh, ni resipi Kak Ina Z'Lyna Lynn...

~Nyum nyum nyum ~



Doh Asas Roti...

  • 500 gm tepung roti atau gandingan 400gm tepung roti 100gm tepung gandum
  • 100 gm gula castor
  • 20 gm susu tepung * tak letak
  • 1 st bread improver (optional) * tak letak
  • 4 st yis
  • 1 st garam
  • 1 biji telur
  • 220 gm air suam (daku kurangkan sket... jumlah air & telur jadi 220 gm/ml)
  • butter 80gm atau gandingan 40gm butter dan 40gm shortening
  • 1 st bread softner (optional) * tak letak
  • 100 gm water roux (1 sudu besar)

Kaedah Menggunakan BM:

1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
3. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
4. Biarkan proses menguli hingga selesai.
5. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
6. Keluarkan doh, dan tumbuk doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian, bahagikan doh kepada beberapa bahagian mengikut jenis roti dan bentuk. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
7. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah Menggunakan tangan:

1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bancuhan yis tadi.
4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh lah teruskan dgn step no6 dan seterusnya bagi kaedah BM di atas.

Water roux: (kaedah 1:5 -1 utk tepung, 5 utk air )
50gm tepung gandum
250ml air

1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
5. Keluarkan dari peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Petua semasa membuat roti:

1. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
2. Untuk mendapatkan doh yang lebih kenyal, semasa menguli, boleh masukkan doh di dalam plastik bersih dan ramas- ramaskan doh beberapa minit. Kemudian, boleh diteruskan dengan menguli semula... (petua dari Ros Jintan Manis)

Projek meroti ni, biasanya daku buat setengah adunan setiap kali... kalau buat satu adunan memang banyak sangat bagi family kecik kami ni kan... alhamdulillah, budak-budak ni pun suka roti mexican dan roti ala2 cinnabon tu... memang esoknya, diaorang bawak bekal gi sekolah... tak sia2lah daku merajinkan diri meroti kan... :)


~ Sebelum masuk oven ~




Next time nak meng'mee' plak... mesin dah ada, kena rajinkan diri... kalau tak kang, sia2 jer beli simpan buat tukun mesin tu... eheee... sampai sini dulu... jumpa lagi next entry... Wassalam...