Pages

Thursday, June 28, 2012

Kek Lapis Coklat Marble...

Assalamualaikum...

Salam hari Khamis... Selamat hari lahir ke-9 buat anakanda sulungku Nur Irdina Binti Izham Khalil... Cepat betul masa berlalu... Rasa seperti baru sahaja lagi berulang alik ke kelas di tingkat empat semasa mengikuti program KPLI tatkala sedang tunggu hari ketika mengandungkan Irdina... Pejam celik pejam celik sudah sembilan tahun usia si kakak... Ummi dan Abah doakan agar kakak panjang umur, membesar dengan sihat, diberikan minda dan otak yang cerdas, menjadi anak yang solehah, juga akan menjadi anak yang berjaya dunia akhirat... Amin...

~ Our sweetheart ~


Jom kembali ke agenda masak-masak... Terpandangkan botol horlick yang tinggal suku sahaja lagi kandungannya... Horlick itu pun dah entah berkurun bila daku beli... Nama untuk dibancuh dan diminum, jangan haraplah kan... Teringatkan juga bungkusan biskut marie yang sudah separa terbuka dek kerana memenuhi kehendak si Iman... Tetapi cuma ingin makan sekeping... Jika terlalu lama dibuka dan disimpan di dalam bekas kedap udara pun, akan memberikan rasa kurang 'fresh' jika ingin dimakan begitu sahaja... Maka daku gagahkan juga untuk membuat kek lapis versi kukus dengan menggunakan biskut Marie sebagai tepungnya...

Kenapa versi kukus? Ehehehee... Sebab boleh makan terus selepas sejuk... Jika yang dibakar perlu disimpan beberapa ketika agar ia menjadi lebih lembab dan sedap dimakan... Resipi asas kek lapis ini adalah resipi kek lapis serupa tapi tak serasa yang biasa daku buat... Diolah sedikit menggunakan bahan yang ada ...  Daku ketiadaan serikaya maka daku abaikan sahaja... Juga kali ini Milo diganti dengan serbuk koko...


~ Last piece... Abaikan sahaja marble yang macam tak marble jugak lapisan jongkang jongket ~


Kek Lapis Coklat Marble...

225 gram mentega
1/2 cawan gula
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung biskut Marie ( Biskut marie dikisar halus dan diayak)
1/2 tin susu pekat
100 gram horlick
30 gram serbuk koko

Cara membuatnya...
1. Panaskan pengukus dan griskan loyang yang ingin digunakan...
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang...
3. Masukkan telur satu persatu... Pukul sehingga sebati...
4. Masukkan esen vanila dan susu manis... Kacau hingga rata...
5. Masukkan tepung biskut marie dan kaup balik hingga sebati...
6. Bahagi adunan kepada dua bahagian... Satu bahagian dicampurkan horlick dan sedikit pewarna kuning, manakala satu lagi dicampurkan serbuk koko...
7. Bahagian putih dibahagikan lagi kepada lima bahagian...
8. Tuangkan dua bahagian berwarna putih ke dalam loyang... Kukus selama 10-12 minit atau sehingga masak...
9. Tuangkan pula adunan berwarna coklat diselang-seli dengan satu bahagian berwarna putih... Corakkan marble... Kukus selama 25 minit atau sehingga masak...
10. Tuangkan kesemua dua bahagian akhir berwarna putih... Kukus selama 10-12 minit... Tambahkan masa kukusan selama 30 minit bagi keseluruhan kek...
11. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong...


Yang daku malas kalau buat kek ni, pastilah kegagalan daku untuk mengawal tanganku yang nakal dek kerana laju sahaja memasukkan sepotong demi sepotong kek ini ke dalam mulut... Bahaya betul... Akibatnya, daku tak mahu tengok angka penimbang buat beberapa hari... Takutttt... Hihihihi....

Rasanya, biasa sahajalah macam kek lapis sarawak yang biasa... kalau resepi asal kek kukus serupa tak serasa itu digunakan Milo... Cuma yang ini digunakan serbuk koko... Terasa kecoklatan lebih kali ini... Kalau gunakan Milo, rasa kokonya lebih perlahan dan baunya lebih wangi kerana Milo merupakan minuman Malt yang seiras horlick... Tetapi, daku memang hantu kek lapis... Bagilah spesis apapun, pasti tangan nakal ini begitu laju memasukkannya ke mulut... Ini tengah bercita-cita ingin membuat kek lapis pandan pula... Cita-cita sahajalah... Entahkan bila dapat dilaksanakan daku tak tahu... Insyaallah andai panjang umur...


Sampai sini dahulu bicara masak-masak daku... Tengah mencari idea bagaimana hendak meng'suprise'kan birthday girl kerana dia dah request nak surprise untuk birthday kali ini... Yang nak tergelaknya, surprise pun boleh request ke? Ada-ada ajalah budak-budak zaman sekarang... :) Sekian, wassalam...

12 comments:

  1. happy birthday nur irdina....beza setahun je eldest kita berdua ni Aymy....cuma kros punya hero, u heroin.hehe....kros amik KPLI Arfa dah setahun lebih....sayu hati sbb kena tinggalkan dia dgn arwah mak mertua. cpt masa berlalu kan. rasa baru je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ros, sebaya la derang yer... Ayu amik KPLI part time sebab masa tu dah mengajar dengan MARA... So, kami kena buat KPLI masa cuti sekolah... Dua tahun jugaklah baru selesai... Sem pertama sarat mengandung anak sulung... Sem akhir baru lekat anak second... Eheee...

      Delete
  2. waaa... comey anak dara Aymy, hepi belated bday.... sedapnya kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Gee... Ehee, memang ulang makan jer kek ni... :)

      Delete
  3. Nmpk sedapnya kek lapis aymy....saya minat tul kek lapis tapi nak membuatnya kena teramat laaa bersabarnya huhu....mintak sket resepi ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama, memang nak kena ada mood baru boleh buat... memang jaranglah nak dapat moodnya pun... ehehhe...

      Delete
  4. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  5. Belated Birthday wishes to your daughter. She is stunning! :)

    ReplyDelete
  6. Salam kak Aymy,
    Happy belated birthday to her. She is so pretty :)

    ReplyDelete
  7. TQ Ijan... Moga membesar sukses macam Ijan jugak... :)

    ReplyDelete