Pages

Tuesday, June 26, 2012

Jumbo Chewy Choc-Chunk Cookies...

Assalamualaikum...

Salam hari Selasa... Sempena cuti sekolah musim panas, banyaklah entri menu kegemaran kanak-kanak bagi mengisi keperluan kudap-kudapan mereka memandangkan masa mereka banyak dihabiskan di rumah... Hendak ke mana lagi jika di luar sana cuaca mencecah 48 celcius... Duduk bertapa di rumah, bermain dengan rakan-rakan jiran tetangga juga aktiviti mandi manda di indoor swimming pool kediaman kami sahajalah.. Hujung minggu barulah kami keluar melihat dunia luar  sambil cuci mata juga membeli bekalan dan keperluan rumah... Kalau keluar pun kami cuma akan ke kedai, supermarket ataupun mall yang mempunyai penghawa dingin... Tiadalah kunjungan ke souq atau bazar dalam cuaca sebegini... Sangat panas dan muka masing-masing macam akan seperti udang kena bbq walaupun cuma berjalan dari tempat letak kereta... Pasti ada yang akan kata, itu baru panas dunia kan... Eheee... Betul, memang sangat betul dan daku amatlah setuju... Sesungguhnya kita hanyalah hambaNYA yang lemah... Kelas karate juga daku 'cutikan' buat sementara ini kerana kasihankan mereka untuk keluar rumah dalam cuaca sebegini...

Back to cerita cookies... Keseluruhan, daku suka tekstur dan kekenyalannya... Rasanya juga tidak terlalu manis... Cuma daku kurang 'feel' sikit bila memakannya kerana kekacang yang daku gunakan daku terlupa nak panggang dahulu... Ahahaa... Nak salahkan siapa kan... :)

Cookies in the house...  



Chewy Choc-Chunk Cookies...

Sumber: Australian Woman Weekly
Saiz hidangan: 20 biji kukis jumbo ( Anggaran sebesar tapak tangan )

2 biji telur
1 1/3 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung naik sendiri 
1/2 cawan minyak sayuran
1 cawan kacang pecan dipanggang dan dicincang
3/4 cawan kismis hitam dicincang
1 cawan dark coklat dicincang
1/2 cawan coklat putih dicincang

Cara-cara...
1. Pukul telur, gula dan esen vanila sehingga adunan bertukar pucat. 
2. Masukkan minyak dan tepung. Kacau sebati.
3. Masukkan bahan yang dicincang. Gaul sebati.
4. Tutup bekas adunan dengan plastik cling dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
5. Setelah sejuk, keluarkan adunan. Bulat-bulatkan adunan seperti bola. Susun di atas dulang yang telah digriskan.
6. Dengan menggunakan telapak tangan, tekankan bebola tadi menjadi leper mengikut saiz dan ketebalan yang dikehendaki.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180-200 celcius. Bakar selama 10 minit ataupun sehingga bertukar keperangan.
8. Keluarkan dari oven dan dibiarkan selama 5 minit di atas tray bagi memastikan biskut tidak pecah.
9. Selepas 5 minit barulah dipindahkan ke atas redai untuk disejukkan.

P/s: 
1. Pastikan doh dibulatkan dengan kadar segera bagi mengelakkan adunan menjadi terlalu lembik, melekat di tangan  dan sukar untuk dibentukkan.
2. Untuk mendapatkan permukaan kukis yang cantik, lapikkan tangan dengan plastik semasa proses untuk dileperkan.
3. Pastikan kukis sedikit kering dan disejukkan sebentar di atas tray sebelum dipindahkan. Ini kerana kukis ini agak lembut dan mudah pecah semasa panas.
4. Jenis kekacang, coklat ataupun buah-buahan kering boleh ditukar mengikut citarasa dan kegemaran anda, 



Sumber kekacang... Daku tiada kismis hitam juga pecan... Daku gantikan dengan walnut dan badam... Tetapi pada citarasa daku, menggunakan kacang pecan akan membuatkan aroma kukis lebih wangi dan lebih sedap...



Kekacang adalah salah satu sumber yang membekalkan tenaga... Ia juga kaya dengan serat, mineral juga mengandungi lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan... Coklat juga yang pada suatu masa dahulu dianggap tidak mempunyai nilai pemakanan yang sihat adalah tidak benar sama sekali... Lemak koko yang terdapat di dalam coklat juga merupakan sumber lemak tidak tepu yang boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah... Ada juga menganggap coklat tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi kafein yang tinggi... Anggapan tersebut telah terbukti tidak benar... Secawan minuman coklat mengandungi jauh lebih rendah kandungan kafeinnya berbanding secawan teh, kopi dan juga minuman ringan berkarbonat... Selepas ini, jangan bimbang untuk memakan kekacang kerana takutkan jerawat... Juga jangan bimbang untuk memakan coklat kerana kononnya kandungan kolesterol yang tinggi... Namun coklat yang dimaksudkan di sini adalah 'dark' coklat yang mengandungi kandungan koko yang tinggi... Sebenarnya coklat itu sendiri tidak menjadikan anak anda hyperaktif, tetapi kandungan gula yang terdapat di dalam coklat itulah  sebenarnya penyumbang kepada keadaan tersebut...

Tidak bimbang untuk makan bukan bermakna lesen untuk anda makan semahu-mahunya... Makanlah mengikut keperluan dan sederhana kerana apa yang dimakan itu mempunyai kalori dan membekalkan tenaga... Risau juga jika terlalu hendak mendapatkan khasiat kekacang dan coklat, tetapi dipenghujungnya berat pula makin meningkat juga pakaian semakin sendat... Pesanan ini ditujukan untuk diri sendiri... Eheeee... Sesungguhnya bersederhana itu adalah yang terbaik. Insyaallah. 

Sampai sini sahaja perkongsian untuk kali ini. Insyallah panjang umur dan kesempatan kita bertemu lagi. Sekian, wassalam.

6 comments:

  1. Hello Aymy..hru??? Wahhh besnya tengok cookies tu..krap krup rasanya. Masuk list!

    Cute la your son kat profile :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehee... Hai Love... Cuti sekolah yang panjang, layan ajalah kanak-kanak tu kan...

      Delete
  2. salam Aymy....nampak tempting je cookies u ni. Ros pernah try buat crunchy cookies Chef Faizal Ng.....Sedap gak cuma letak choc chips je. nak try le ur resepi ni next time.tq ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ros, nanti Ayu try pulak crunchy cookies... Ni saja nak try cookies yang kenyal-kenyal sikit... Selalu budak-budak ni nampak cookies spesis ni kat subway n wayang... Mahal ya amat...

      Delete
  3. Ya kak, saya setuju pasal kandungan gula dlm coklat yg buatkan anak2 hyperaktif. Sebenrnya buka n colat saja, kadang jus dlm kotak pun sama bukan main byk gulanya. :)

    Nice cookies. Lama saya tak buat cookies, harap2 dpt buat sikit raya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Ijan, memang gula banyak sangat dalam jus-jus tu... Kita konon nak ambil khasiat jus, tapi gulanya... adoiii lah...

      Akak pun tak balik raya ni... Kena juga lah buat walau sedikit buat pengubat rindu... Ijan balik?

      Delete