Pages

Monday, July 23, 2012

Air mata kucing & Nasi dagang...

Assalamualaikum...

Salam Isnin dan kembali bersiaran... Semoga rakan-rakan di luar sana sihat sejahteralah hendaknya... Menu ini menu Iftar hari ke-3 kami... Hari pertama cuma nasi ayam dan hari kedua nasi putih dan ikan bakar serta konco-konconya... Hari ini, entah apalah yang hendak dihidangkan untuk seisi keluarga...

~ Air mata kucing dan nasi dagang~



Air mata kucing ini daku gunakan longan kering yang diangkut dari tanahair... Beli dari kedai herba cina... Cara masaknya, mudah sahaja... Daku campurkan gula merah dan gula puti, air secukupnya, daun pandan dan longan kering... Masak sehingga air mendidih dan longan menjadi lembut... Semua campak sahaja... Kalau tak ada longan kering, daku pakai sahaja longan dalam tin... Boleh juga dari tiada langsung... Ehehee...

~Longan kering yang dah kembang~



~ Jom slurppppppppp masa berbuka ~




Untuk resipi nasi dagang, daku godek dari dapur Kak Ita Masam Manis again... Entah kenapa, daku suka sangat ke sana... Resipi menarik, gambar yang menggoda... Sungguh daku amat suka... Di sini daku kongsikan resipinya... Resipi asal Minami di Myresipi... 


NASI DAGANG TERENGGANU
By : Minami
  • 4 cawan beras biasa 
  • 1 cawan beras pulut 
  • 1/2 cawan beras merah - yg ni ita tambah
  • 1/2 tin santan - ita guna 1/2 kotak santan KARA
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar halba
  • bawang dan halia - di hiris
  • Daun pisang
  • air
Cara-caranya...
  1. Beras dibasuh dan direndam 1 malam. 
  2. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih.
  3. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. 
  4. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang.
  5. Kukus buat kali kedua.
  6. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap.
  7. Biarkan seketika.
  8. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas.
  9. Masukkan hirisan bawang, halia, halba dan santan yg dibancuh dengan sedikit garam dan gula .
  10. Sedia di hidangkan bersama acar dan gulai ikan tongkol

P/s: Daku kukus sekejap sekali lagi selepas masukkan bawang, halia, halba dan santan buat kali terakhir.



Untuk gulai ikan tongkol pula, daku ambil di rumah Kak Nor secubit garam... Ambil di SINI...

~Lupa pula daku nak letak acar mentah masa buat plating pinggan ni ~


Sampai sini dulu... Daku nak masuk dapur tengok apa yang ada dan apa yang nak dihidang sahur nanti... Insyaallah, panjang umur kita jumpa lagi. Sekian, wassalam...

9 comments:

  1. assalamualaikum aymy, selamat berpuasa diucapkan buat aimy sekeluarga dan maaf zahir dan bathin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Jun... Selamat berpuasa juga buat akak sekeluarga... Maaf zahir batin... :)

      Delete
  2. salam aymy.....sedapnye tengok air longan tu. selamat berpuasa buat aymy sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, silap...air mata kucing

      Delete
    2. Ehehehe... sama jer pon kak ros, cuma yang ni pakai longan kering...

      Delete
  3. Salam kenal Aymy.... sedapnya menu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Kak Gee... Terima kasih sudi singgah... :)

      Delete
  4. alahai comel sangat gambar nasik dagang tu. menggamit perasaan je.

    ReplyDelete
  5. Tech support for Kaspersky customer service number +1-800-891-5603 for help Contact or to install/uninstall, plan renewal and technical help by kaspersky support USA.
    http://kaspersky.com-phonesupport.com/

    ReplyDelete